Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Thursday, April 29

BENGKEL MEMBINA BLOG


Bengkel membina Blog telah diadakan pada 29hb April 2010 bertempat di Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Dr. Khairudin Bin Muhamad telah menjadi fasilitator dalam bengkel tersebut. Bengkel tersebut telah menjadi pemangkin kepada guru-guru untuk menghasilkan blog sendiri. Kepada Dr Khairudin pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian untuk melapangkan masa mencurahkan ilmu kepada guru-guru.

Wednesday, April 28

SEJARAH SEKOLAH



PENGASAS SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kampung Daching terletak bersempadan di antara dua buah negeri, iaitu Negeri Sembilan dan Selangor. Dalam tahun lima puluhan keadaan kampung ini terbiar terutamanya dalam lapangan pelajaran, anak-anak yang hendak belajar terpaksa bersekolah ke Beranang Hilir atau ke Beranang Hulu. Jauh dari kedu-dua tempat itu kir-kira tiga batu. Maka ramai murid yang tidak bersekolah. Ketika itu ketua Kampung Daching ialah Allahyarham Tuan Hj. Hussin bin Ali, dan Kampung Sesapan Batu Minangkabau di Selangor ialah Encik Silin Bin Muhammad Noh dn di Kampung Sesapan Batu Rembau ketuanya Datuk Dagang Jisat bin A. Ghani.
Sekolah ini pembinaannya diperingkat awal dahulu di usahasamakan oleh penduduk ketiga-tiga buah kampung secara bergotong royong dan tukangnya di ketuai oleh Datuk Empat Rabit (Haji Rabit ). Pembinaan sekolah dimulakan pada bulan Mac 1951 dan siap di bina pada bulan Jun 1951 dn diadakan istiadat pembukaan rasminya pada 16hb. September 1951 dengan cara besar besaran. Bangunan sekolah berukuran 90 ka x 20 kaki, dan hanya boleh memuatkan murid dalam 3 aliran sahaja.

Pengasas Sekolah.

Mereka yang terlibat ialah,

1. Allahyarham Tuan Hj Hussin Bin Hj Ali.
2. Dt. Dagang Hj Silin Bin Muhammad Noh
3. Dt. Dagang Jisit
4. Encik Z. Bidin b. Md. Lati( Beks Wakil Rakyat Kawasan Lenggeng)
5. Tuan Hj Rabain Bin Kaman
6. Dt Penghulu Talib bin Jonoh
7. Tuan Hale (Beks Pengurus Ladang Lenggeng)

GURU YANG KU KAGUMI.....AL-FATIHAH


Inilah guru yang ku kagumi. Dalam keadaan kesakitan, menanggung derita penyakit buah pinggang yang kronik masih mampu tersenyum mengukir derita dalam kepasrahan. Masih mampu mengukir bait-bait sajak yang dicipta untuk dipersembahkan. Lagak sebagai seorang ibu yang memimpin anak-anak untuk berjuang.Pernah satu ketika beliau pengsan kerana mengajar kelas tambahan diwaktu malam. Tapi kedegilan untuk berbakti untuk melihat kejayaan anak-anak bangsa mengatasi perit derita dalam diri.Cadangan serta pandangan untuk kebaikan pelajar sentiasa dilontarkan. Kini pemergiannya sungguh dirasai....kami di sini hanya mampu mendoakan agar rohnya damai di sana..........

Datang bersama harapan........


Ingin berjaya kita seharusnya berkorban. Berkorban masa, tenaga juga wang ringgit. Semoga dengan adanya kelas tambahan pada waktu malam ini, akan memberi ruang untuk menambhkan ilmu untuk menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki pada bulan September nanti.Inilah nikmat pengorbanan yang harus dilakukan. Pengorbanan bukan untuk balasan, juga bukan untuk pujian cuma untuk kepuasan menjadi INSAN BERGELAR GURU.

Sunday, April 25

Perjumpaan Ibu bapa UPSR kali ke - 3/2010

Perjumpaan ibu bapa dan guru UPSR kali ketiga telah diadakan pada 24 April 2010 (Sabtu) di Dewan Baru SKKD. Perjumpaan dipengerusikan oleh Guru Besar En. Noorlin Saad. Seramai 30 orang penjaga telah menghadiri perjumpaan ini yang bertujuan untuk berbincang dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para murid setelah ujian bulanan kali kedua dijalankan. Turut hadir En. Abd. Aziz Ishak GPK 1, YDP PIG En. Mazli serta semua guru yang mengajar tahun 6. Setiauasaha Peperiksaan SKKD En. Amran bin Bakar membentangkan keputusan ujian dan sekaligus membuat analisis serta menerangkan usaha-usaha yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah demi meningkatkan lagi prestasi murid-murid. Beliau berharap ibu bapa akan membantu memerhatikan dan membimbing anak-anak di rumah untuk memastikan murid-murid Tahun 6 mengisi masa dengan bijak dan terurus.