Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Monday, February 28

Tahniah kepada Pemimpin kecil sekolah….





Hari ini berlangsung majlis penyampaian tali leher kepada semua pemimpin kecil sekolah yang terdiri daripada ketua pengawas, penolong ketua pengawas, ketua pengawas perpustaakaan, penolong ketua pengawas perpustakaan, ketua darjah dan penolong ketua darjah. Semoga dengan adanya tali leher ini akan menjadi pemangkin kepada semua pemimpin kecil ini untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. TAHNIAH JALANKAN AMANAH DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB.

SELAMAT DATANG GURU BAHARU…..


Selamat datang kepada Cik Nurul Asyikin Bte Che Aziz yang baru melaporkan diri di SK Kampong Daching pada 21. 02. 2011. Beliau merupakan seorang guru J-Qaf yang akan menjalani latihan di IPG Kampus Raja Melewar. Beliau berkelulusan Bacelor Syariah dari Universiti Jordan. Moga menjadi guru yang berdedikasi dalam membentuk pembangunan insane di sekolah ini.

Tuesday, February 22

Persiapan untuk meraih kejayaan..........

Persiapan pertandingan Bahasa Melayu sekolah rendah sedang giat dijalankan. Semoga pada tahun ini SK Kampong Daching akan berjaya dalam pertandingan peringkat Daerah Seremban 1 dan seterusnya berjaya mewakili Daerah Seremban 1 dalam pertandingan peringkat negeri. Pada tahun ini SK Kampong Daching akan menyertai pertandingan Bahas Sekolah Rendah, Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan 2, Pertandingan Mengarang Tahap 1 dan 2 serta pertandingan Pidato 1Malaysia. Latihan sedang giat dijalankan. SEMOGA PADA TAHUN INI PASUKAN SEKOLAH AKAN BERJAYA.

Thursday, February 10

Lawatan Penandaan Aras Daripada IPGM Kampus Raja Melewar





Selamat Datang diucapkan kepada 40 orang guru pelatih Pemulihan Khas dan dua orang pensyarah pengiring daripada IPGM Kampus Raja Melewar, Seremban.Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat bagaimana Program Pemulihan Khas dilaksanakan disekolah-sekolah. Di samping itu ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua guru pelatih akan situasi yang sebenar berlaku disekolah. Dengan ini, akan memberi pendedahan awal kepada semua pelatih apabila bertugas disekolah nanti.Pengalaman berharga ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Riduan Bin Muhamad Yusof dan Encik Ayub Bin Mat Dahan iaitu dua orang guru Pemulihan Khas.