Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Friday, August 26

Majlis Khatam Al-Quran dan Menjelang Raya









Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di dewan sekolah yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Fadzil Bin Abdullah. Turut serta ialah guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Selesai majlis khatam Al Quran diadakan pula tazkirah yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Muhammad Fadzil berkaitan cara-cara merayakan aidul fitri yang sebenar. Di samping itu diadakan juga acara bersalam-salaman dengan semua murid dan pemberian duit raya. Majlis sesungguhnya dapat mengeratkan tali silatulrahim antara murid dengan guru dan antara guru dengan guru. Perasaan hormat menghormati kalangan warga sekolah pasti akan dapat mewujudkan kehormonian yang berkekalan. TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU DAN MURID.


Perjumpaan Ibu bapa dan Guru kali ke-3






Perjumpaan ibu bapa dan guru kali ke-3 telah diadakan pada 25. 08. 2011 di dewan sekolah. Kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan. Hadir dengan penuh harapan untuk melihat kejayaan anak-anak masing-masing. Semasa majlis ini keputusan peperiksaan telah diedarkan. Di samping itu satu taklimat tentang kemasukan ke sekolah berasrama penuh juga telah diadakan. Perjumpaan dapat dijalankan dengan penuh keharmonian. Dalam majlis ini juga 'ole-ole' diberikan kepada ibu bapa untuk disampaikan kepada anak-anak masing-masing untuk digunakan semasa cuti hari raya nanti. Kepada semua warga sekolah dan semua ibu bapa murid , doakan kejayaan mereka semua dalam peperiksaan UPSR pada 13,14 dan 15 September nanti. AMIN.

Wednesday, August 10

SAPS...OH...SAPS

Perkara yang menjadi bualan dikalangan pendidik seluruh negara. Memerlukan kesabaran dalam mengisi markah dalam SAPS. Masa usahlah diukur....mungkin tak cukup tidur semata-mata untuk mengisi SAPS ini. Mungkin ramai yang sudah lena diulit mimpi-mimpi indah tetapi kebanyakkan insan yang bergelar guru mengejar masa untuk mengisi SAPS. Terlelap dihadapan komputer, perkara biasa bukan lagi luar bisa. Mungkin para isteri mahupun suami tertanya-tanya gerangan apa yang melanda apabila suami mahupun isteri mengadap komputer sehingga hingga khusyuk tak sedar bapak ayam pun berkokok. Itulah pengorbanan guru yang kadangkala tiada insan luar begitu mengerti tambahan lagi untuk memahami. Namun niatkan dalam hati kita....kita bekerja kerana Allah Taala. JADI SENANGLAH HATI........

Monday, August 8

Memerah Otak......Memikir Strategi.......

Memerah otak dan memikirkan strategi untuk memastikan kejayaan murid-murid dalam peperiksaan UPSR 2011. Tenaga, wang ringgit bukan lagi ukuran....tapi dikala ini kesungguhan untuk mencipta kejayaan jadi satu sandaran. Susah untuk memikirkan perkara yang lain. Otak penuh sarat memikirkan langkah untuk mencapai kejayaan. Salah atau betul strategi bukan lagi jadi ukuran kini. Yang penting usaha keras perlu dilaksanakan. Langkah kini sampai penghujung. Kalau salah strategi tidak menjadi, tidak masa untuk berundur...teruskan. InsyaAllah dengan usaha yang keras ini, strategi akan tercapai.... Apa yang paling penting KERJASAMA. ITULAH STRATEGI YANG HEBAT SEBENARNYA.

Tuesday, August 2

Tinggalkan hasad....pupuk keharmonian.

Hasad boleh difahami pada pengertiannya ialah hati rasa derita atau tidak senang dengan nikmat dan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dan dia berusaha untuk menghilangkan nikmat daripada orang tersebut.Orang yang mempunyai hasad akan sentiasa dipanggang keresahan yang sangat menyeksakan. Kesan daripada hasad akan lahirlah dendam kesumat, umpat kata, fitnah dan adu domba serta seribu satu macam kejahatan yang akan memporak-perandakan kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Oleh itu marilah kita berusaha membebaskan hati dari penjajahan hasad dan kedengkian. Kita harus membina kesejahteraan dan menyuburkan mahmudah dan ketakwaan. :Tingggalkan sifat hasad, nescaya tenanglah hatimu".