Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, May 16

Selamat Hari Guru 2012


Al-Quran telah memberikan beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas termasuklah:
“Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun”. (Surah Al-Baqarah: 263)
Guru dengan itu mestilah sentiasa bersedia menerima pandangan para muridnya dan sebarang kesilapan atau kekurangan padanya mestilah diperbetulkan juga dengan cara yang berhikmah bukannya dengan sindiran sinis atau memperlekehkannya. Di dunia tanpa batas ini, guru perlu bersedia melakukan transformasi. Tidak perlu untuk mengikuti setiap inci perkembangan dan minat muridnya tetapi cukup kiranya memiliki sedikit sebanyak pengetahuan tentang minat dan perkembangan terkini dunia muda belia. Hal ini pastinya dapat merapatkan jurang perbezaan pemikiran antara murid dengan guru serta memudahkan interaksi.
Hadis Rasulullah SAW yang maksudnya: “Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari daripada guru” (Mastika Hadis di dalam nota untuk Hadis ke-20) menegaskan dan memperkukuhkan hal ini. Kesannya, pemerolehan ilmu melalui buku, sumber digital dan Internet adalah boleh diragui kebenaran, kesahihan dan ketepatan pemahamannya. Ini bersalahan dengan maksud ilmu yang dinyatakan terdahulu.

Wednesday, May 2

Tahniah.....kepada pasukan bahas




Pada 30 April 2012 yang lalu, SK Kampong Daching telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bahas peringkat Seremban 1. Pertandingan bahas ini telah diadakan di SK Jijan, Labu. Peserta SK Kampong Daching terdiri daripada Siti Mawaddah Binti Mustapha, Nur Syafiqah Binti Safrin, Mohd Najmi, Mohamad Saiful Nizam dan Khairunisa Binti Abd Aziz. Tahniah kepada pasukan bahas sekolah.

Permulaan yang baik.....


Pada 28 April yang lalu, SK Kampong Daching telah muncul sebagai pemenang tempat ke-3 dalam pertandingan Bicara Berirama yang telah diadakan di SK Wawasan. Pertandingan ini baru diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Pertandingan berkumpulan ini telah disertai oleh 30 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Terima kasih kepada En. Mohd Fadzil Bin Abdullah, Encik Goh Chee Kean dan Puan Siti Mariyam Hj Othman yang telah membawa para peserta ke tempat pertandingan di SK Wawasan. Terima kasih juga kepada guru-guru yang memberi pandangan dalam proses membentuk pasukan sekolah dalam pertandingan ini.Walaupun cetek pengalaman, namun usaha yang gigih akan membuahkan hasil yang baik. Semoga kejayaan ini akan menjadi dorongan yang lebih besar lagi pada masa hadapan.

Tuesday, May 1

Daching Nine FC Tunjuk Taring Di Padang SK KLIA

Kompleks Klia, 28 Mac : Pasukan Bawah 10 Tahun , Daching Nine FC memulakan aksi di Kejohanan Liga Perdana Prokid Academy 2012 dengan keputusan positif. Pasukan yang dilatih oleh Cikgu Arifin bin Hj ISmail menang 2 dan seri 1 perlawanan di minggu ke 2 liga. Daching Nine FC memulakan perlawanan pertama menentang SK Desa Cempaka, ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama, Daching Nine kembali menyusun rentak kemenangan bagi memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.Perlawanan ke dua Daching Nine bertemu KJF Ghome Kids juga bermula dengan episod sama apabila Daching Nine FC ketinggalan 0-1 hampir keseluruhan permainan namun jaringan sendiri pemain lawan di minit akhir membolehkan mencatat keputusan seri. Daching Nine FC 1 - 1 KJF Ghome Kidz. Rentak kemenangan kembali diraih Daching Nine FC apabila menentang pasukan Prokids Academy B dengan 8-0. Pesta gol Daching Nine dibantu oleh kepincangan pasukan lawan yang beraksi dengan hanya 8 pemain disepanjang perlawanan. Daching Ninen FC kini dikedudukan ke 3 liga selepas 3 perlawanan dengan 3 perlawanan lagi menanti pada 5 Mei 2012. Doakan kejayaan Daching Nine FC. Terima kasih kepada semua penyumbang dan penaja . Selepas perlawanan pemain dan pegawai pasukan diraikan dengan jamuan tengahari di rumah GPK KOKO SK Kg Daching, Cikgu Shaharudin. Terima kasih daun keladi. oleh : Mohd Riduan bin Mohamad Yusof Pengurus Daching Nine FC

Perkampungan Bahasa Peringkat Negeri 2012








Pada 24-26 April 2012 yang lalu, SK Kampong Daching telah menghantar 4 orang peserta ke Program Perkampungan Bahasa dan Sastera Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Murid-murid yang terlibat ialah Siti Mawaddah Binti Mustapha, Siti Nurul Nafisah Binti Mohd Rizal, Khairunisa Binti Abd Aziz dan Mohd Arif Hakimi.  Program ini telah diadakan di SK Patesih (Berasrama) Jelebu. Berbagai aktiviti telah dijalankan seperti Bengkel Penulisan Cerpen yang telah dijalankan oleh Puan Nisah Haron iaitu penulis cerpen dan novel. Bengkel puisi pula telah dijalankan oleh Puan Mahaya Mohd Yasin iaitu ketua PEN 1 Negeri Sembilan. Dengan adanya program Perkampungan Bahasa dan Sastera 2012 ini , akan memberi pendedahan kepada murid-murid untuk menjadi penulis pada suatu harti nanti. Dalam Program Perkambungan Bahasa dan Sastera itu Siti Mawaddah Binti Mustapha telah terpilih menjadi 10 peserta terbaik daripada 100 orang peserta yang mengikuti Perkampungan Bahasa dan Sastera itu.

Tahniah Buat Adik Syifa

Tahniah buat adik Syifa kerana telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan mengarang Tahap 1 Daerah Seremban 1. Adik Syifa akan mewakili Daerah Seremban 1 ke peringkat negeri yang akan di adakan di SK Wawasan pada 23 Jun 2012. Semoga kejayaan adik Syifa ini akan menjadi pemangkin kepada murid-murid yang lain untuk mencapai kejayaan. Teruskan kecemerlangan, moga berjaya diperingkat negeri nanti. Warga SKKD mendoakan kejayaan adik Syifa.