Saturday, September 22
Takziah buat Cikgu Ahmad Zuraidi
Pada jam 8.00 malam 20hb September 2012 bonda Cikgu Ahmad Zuraidi Bin Abd Wahab telah kembali ke rahmatullah. Semua warga sekolah mengucapkan takziah dan berdoa agar rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AMIN.....
Thursday, September 20
Lawatan Murid Tahun 6 Selepas UPSR 2012
Syukur alhamdulillah program lawatan murid Tahun 6 selepas UPSR telah dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Seramai lima orang guru pengiring yang mengikuti rombongan tersebut iaitu Encik Amran Bin Bakar, Encik Ahmad Zuraidi Bin Abd Wahab, Puan Siti Mariyam Binti Hj Othman, Puan Faizah Binti Ali serta Cik Nurul Asyikin Binti Che Aziz. Tempat-tempat yang dilawati ialah Wetland di Dengkil, dan sekitar Putraya. Terima kasih kepada semua murid tahun 6 kerana telah menunjukkan disiplin yang tinggi semasa lawatan tersebut.
Tuesday, September 18
Jasamu dikenang.....Terima kasih...
Encik Arifin Haji Ismail selaku Pengerusi Bilik Guru sedang menyampaikan hadiah kepada Encik Zahari Bin Zakaria sempena majlis perpisahan yang telah diadakan di SK Kampong Daching. Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang beliau bertugas di sekolah ini.
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012 telah disempurnakan oleh Encik Abd. Aziz Bin Ishak, Guru Penolong Kanan 1 SK Kampong Daching. Sempena majlis penutupan ini pertandingan mewarna dan pertandingan nyanyian lagu patriotik telah diadakan. Terima kasih kepada semua guru yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan majlis penutupan rasmi bulan kemerdekaan ini.
Thursday, September 13
Friday, September 7
Bacaan Yasin Perdana UPSR 2012
DOA Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan....
- Al-Fatihah 7 kali
- Selawat 7 kali
- Subhanallah 44 kali
- Alhamdulillah 44 kali
- Allah hu Akbar 44 kali
- Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
- Teruskan dengan bacaan doa..
Thursday, September 6
Selamat Berjuang......Semoga berjaya UPSR 2012
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah
Ali imran : 159
Ali imran : 159
- Taat kepada guru dalam semua
perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
- Bertutur dengan lemah lembut
dan penuh rendah diri.
- Meminta izin untuk bertanya
atau beredar dari majlis.
- Memberi salam apabila
berjumpa dan sentiasa hormat kepadanya.
- Beri sepenuh tumpuan dalam
pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
- Lakukan apa yang paling
disegani oleh guru.
- Hindari dari menyinggung
perasaan guru.
- Mendoakan keampunan dan
kesejahteraan buat guru.
- Selalu menziarahi mereka
atau menziarahi maqam mereka setelah mereka meninggal dunia.
- Mengambil berat dengan
mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu
juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan
mereka.
Wednesday, September 5
Sekitar Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2012
Pada 30. 08. 2012 yang lalu dua majlis telah diadakan serentak iaitu Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah dan Sambutan Hari Raya. Pelbagai juadah telah di bawa oleh murid-murid sempena majlis tersebut. Diharapkan majlis ini akan dapat mengeratkan hubungan antara warga SK Kampong Daching.
Majlis Khatam Al-Quran 2012
Majlis Khatam Al-Quran ini telah diadakan pada 15. 08. 2012 yang lalu. Khatam Al-Quran ini yelah diketuai oleh Ustaz Mohd Fadzil Bin Abdullah. Peserta khatam Al-Quran ini tediri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 yang telah mengikuti tadarus Al-Quran pada bulan Ramadan. Tahniah kepada Panitia Agama Islam kerana telah berjaya menganjurkan majlis khatam Al-Quran ini. Tidak lupa juga kepada semua guru SK Kampong Daching.
Subscribe to:
Posts (Atom)