Monday, August 16
Sekadar ingatan untuk diri.....
Pengalaman gagal dan bangkit banyak kali dari kegagalan demi kegagalan serta kebolehan mengubah kehidupan sehingga menjadi satu kejayaan. Tidak kira latar belakang, kita boleh berjaya. Hidup ini banyak pilihan, terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jalan lurus atau jalan bengkok. Sesetengah daripada kita terpaksa melalui jalan yang berliku-liku untuk sampai ke destinasi dan ada pula yang sebaliknya. Namun begitu matlamat tetap sama, tetap satu. Mahu kepuncak.Oleh itu kita perlu berfikiran positif dalam segala hal untuk mengubah nasib. Allah berfirman dalam Surah Al Ra'd:11 "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri". Oleh itu marilah kita sama-sama renungkan, adakah kita hanya perlu berserah kepada takdir tanpa melakukan sesuatu usaha. Oleh itu kita jadikan semua ini untuk meningkatkan prestasi diri kita dengan mengubah segala tingkah laku kita yang tidak baik.Marilah kita bersama-sama berazam menjadikan prestasi murid-murid kita menjadi satu titik tolak mengubah kehidupan mereka. Kita tak perlu menyoal diri sama ada apa yang kita lalukan diingat atau dikenang. Apa yang perlu kita fikirkan adalah kita telah memberi yang terbaik untuk anak-anak murid kita. TEPUK DADA TANYALAH IMAN!
Ujian Bulan Ogos 2010
Daching Hilir , 17 Ogos : Demam peperiksaan melanda lagi. Mengambil keberkatan Bulan Ramadhan, pada 17 dan 18 Ogos 2010 akan diadakan Ujian Bulanan Kali 3 (Ogos). Ujian selama 2 hari ini merangkumi semua subjek utama (BM, M3, BI, Sains) dan tambhan kertas P.Seni bagi tahap 1. Selamat mendudki ujian anak-anak murid ku. Puasa bukan alasan untuk tidak menjawab denga bersungguh-sungguh.
Cikgu Duan @ Seremban Jaya
Cikgu Duan @ Seremban Jaya
Saturday, August 14
Lakukan yang terbaik selagi ada ruang
Cepat sungguh masa berlalu. Tup,tup dan bulan lapan. Macam itulah lajunya masa berlalu. Dalam usaha untuk memulakan sesuatu yang baru, tidak pernah ada istilah terlambat. Yang penting adalah kesedaran dan usaha!. Jika belum, eloklah memperkemaskan usaha yang masih tertinggal. Waktu tidak pernah menanti kita. Kita haruslah bersiap sedia mengisi setiap detik dengan segala yang perlu. Jika kita sentiasa merasa diri sering tertinggal, itu sebenarnya adalah kelemahan diri kita sendiri yang paling nyata. Kita seharusnya berusaha memperbaiki diri. Bukan hanya memikirkan kelemahan diri tanpa berusaha untuk memperbaikinya. Langkah memperbaiki diri itu adalah satu kejayaan dalam hidup kita. Kita seharusnya melakukan yang terbaik selagi masih ada ruang. Jangan berpuas hati dengan apa yang telah kita perolehi. Kepada murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR ruang untuk memperbaiki masih ada. Yang penting USAHA -. Teruskan usah tanpa jemu kerana segala usaha itu nescaya ada ganjaran. Teruskan usaha. Cikgu-cikgu sentiasa mendoakan kamu…
Wednesday, August 11
Tahniah ...5A PRA UPSR 21010
SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA
Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua guru dan murid-murid. Semoga ibadah puasa kali ini akan lebih meningkatkan ketakwaan kita pada Allah. Semoga ukhwah yang telah terjalin akan menjadi lebih jitu berlandaskan kasih sayang Allah. Kepada murid-murid yang akan menjalani peperiksaan UPSR jadikanlah ibadah puasa ini sebagai pemangkin kejayaan dalam hidup. SELAMAT BERPUASA SEMUA.
Wednesday, August 4
Detik kejayaan........
Dalam memikirkan apakah kaedah yang sesuai untuk menghadapi saki baki hari menjelang UPSR ini, lantas teringat saat tahun 2000 di mana itulah detik permulaan kejayaan yang cemerlang bagi sebuah sekolah yang terletak ditengah kampung. Berkhat kerjasama serta kepercayaan penuh guru besar kepada guru-guru membuahkan satu detik yang indah buat sebuah sekolah kampung ini.Di saat itu hingga kini sekolah kampung ini sentiasa menghasilkan murid yang berjaya mencapai kejayaan dalam UPSR. Bagi sekolah yang ternama kejayaan ini amat kecil tetapi bagi sebuah sekolah kampung, ia amat bermakna. Sekolah ini juga telah berjaya menghasilkan murid yang berjaya menjawat jawatan yang tinggi.Apa yang penting dalam mencapai kejayaan kita harus buang sikap mementingkan diri, hasad dengki dan kita perlu isi dengan sikap kerjasama, sanggup berkorban dan saling hormat menghormati. Jika sikap mementingkan diri wujud maka sukar kejayaan akan digapai.
Kesungguhan PERLU kecekalan
Hanya tinggal sebulan lebih lagi untuk anak-anak didik berperang dengan minda setelah enam tahun mengharungi alam pendidikan rendah. Dengan isu untuk memansuhkan UPSR yang masih lagi diperkatakan oleh masyarakat tidak kira latar belakang pendidikan. Bagi guru-guru disekolah rendah khasnya guru-guru tahun 6 isu ini tidak sedikit pun mematahkan semangat untuk memberi didikan kepada anak-anak didik untuk berjuang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Seharusnya dikala ini isu yang harus diperkatakan ialah bagaimana untuk meningkatkan prestasi akademik anak-anak. Inilah bekalan untuk mereka berjuang untuk masa depan mereka. Kita tidak sedar bahawa betapa pentingnya kebolehan akademik ini. Boleh merubah struktur keluarga, jika anak-anak berjaya ekonomi keluArga juga boleh berubah.
Hari ini semua murid berjuang menjalani peperiksaan Pra-UPSR. Selangkah kaki ke peperiksaan UPSR sebenar. Semua murid, cikgu doakan agar berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti. JADIKANLAH ALAM PERSEKOLAHAN RENDAH INI, SATU PENGALAMAN MANIS DAN INDAH. KESUNGGUHAN PERLU KECEKALAN.
Hari ini semua murid berjuang menjalani peperiksaan Pra-UPSR. Selangkah kaki ke peperiksaan UPSR sebenar. Semua murid, cikgu doakan agar berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti. JADIKANLAH ALAM PERSEKOLAHAN RENDAH INI, SATU PENGALAMAN MANIS DAN INDAH. KESUNGGUHAN PERLU KECEKALAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)