Saturday, May 21
Lima Perkataan Membina Keyakinan
Bagi setiap orang, pasti ada sesuatu atau seseorang yang menjadi pendorong kejayaannya. Untuk berjaya bukan sahaja dorongan tetapi keyakinan diri untuk terus belajar dalam mencapai impian hidup. Kita mungkin dihalang perasaan takut, kurang keinginan atau kepercayaan bahawa kita mempunyai kemampuan. Semua ini sebenarnya menyekat untuk kita terus berjaya. Berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Kita sering berkata bahawa kita mempunyai kekurangan diri, kekurangan dalam segala hal berbanding dengan orang lain. Tapi adakah kita telah mencuba. Kita sebenarnya dihalang oleh perasaan keyakinan diri. Dengan kesabaran, kesungguhan dan doa, lama kelamaan, impian pasti menjadi kenyataan. Oleh itu mulai hari katakan pada diri" AKU MESTI MULA MENGUBAH HIDUP."
Sekitar Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan
Monday, May 16
SELAMAT HARI GURU 2011
Sambutan Hari Guru 2011 dengan tema "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" telah disambut dengan penuh kemeriahan dan hormani. Pelbagai acara telah dilangsungkan dan mendapat sambutan yang meriah. Acara dimulakan dengan bacaan doa yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaki. Kemudian bacaan perutusan yang dibacakan oleh En. Shaharudin Buyong dan En. Arifin Hj Ismail. majlis diteruskan dengan acara persembahan murid dan guru dan diakhiri dengan acara sukaneka.
Thursday, May 12
Khas Uuntuk semua rakan guru
Titipan diri
16 Mei muncul semula,
Membawa titip harapan,
Pada warga bergelar guru.
Dalam mengisi transformasi negara.
Bukan untuk sanjungan,
Tidak pula ingin merasai cacian,
Bukan juga untuk bersuka,
Apatah lagi untuk merasa selesa,
Dalam mengisi hasrat masyarakat,
Yang penuh rasa, penuh luka dijiwa,
Umpama lilin bukan ibaratnya lagi,
Takut kehangusan,
Kerna mahu berbakti lagi,
Masih mahu menyumbang hasrat hati,
Menyuntik sanubari, diri sendiri.
Terima kasih kepada diri,
Kerna masih mahu berbakti,
Dalam dunia penuh duri.
Tuesday, April 26
Kejayaan itu perlu dengan usaha dan kerjasama....
Setiap kejayaan itu perlu dengan usaha yang keras. Usaha yang keras itu pula perlu disulami dengan kerjasama agar sesuatu yang dirancang itu dapat dilaksanakan dengan baik. Itulah yang dapat disimpulkan dengan kejayaan seorang murid Sekolah Kebangsaan Kampong Daching yang berjaya menduduki tempat ke-2 dalam pertandingan olahraga peringkat negeri. Satu pencapaian yang hebat bagi sekolah luar bandar. Lebih manis kejayaan acara 100m, acara pecut yang menjadi ukuran kehebatan sesuatu kejohanan olahraga. Tahniah Fikri...... . Tahniah kepada En. Mohd Firdaus selaku jurulatih, En. Mohd Riduan Mohamad Yusof selaku Pengurus, En. Goh Chee Kean penghantar peserta yang setia, En. Mohd Fadzil Abdullah, En. Shaharudin dan En. Arifin Hj Ismail yang berjaya membuka mata pihak yang tertutup matanya akan kewujudan Sekolah Kebangsaan Kampong Daching ini.
Thursday, April 14
Tahniah untuk semua....
Syukur alhamdulillah berkat kerjasama semua guru Pertandingan Pidato Daerah Seremban yang telah diadakan pada 14. 04. 2011 telah dapat dijalankan dengan lancar . Tahniah juga kepada Siti Mawaddah Bin Mustapha kerana telah berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan pidato 1 Malaysia. Kerja keras semua guru dalam menjayakan program membuktikan ukhwah yang erat dalam menjayakan sesuatu majlis. Tahniah kepada semua rakan guru...
Monday, April 4
Kejayaan lalu pencetus minda berfikir………
Telah banyak kejayaan yang telah diperolehi oleh Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Jika sekitar tahun 70-an, sebut sahaja SK Kampong Daching pastinya kecut perut bagi jurulatih-jurulatih pasukan sepak takraw sekolah diNegeri Sembilan. Semua itu adalah kerana kehebatan pasukan sepak takrawnya. Jika bertemu Daching maknanya menempah kekalahan. Itu dulu….Dalam permainan bola sepak juga, sekolah ini pernah menempa nama yang setaraf dengan sekolah-sekolah yang besar. Pernah menjadi johan dalam pertandingan futsal anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Pernah juga mengulangi kejayaan dalam pertandingan sepak takraw dengan menjadi johan peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2007. Era kegemilangan ini diteruskan dalam pertandingan ko-akademik dengan menjadi johan dalam pertandingan NILAM peringkat Negeri Sembilan dan seterusnya mewakili Negeri Sembilan dalam peringkat Kebangsaan. Jika diimbau banyak kejayaan yang telah dikecapi, pernah juga menjadi Johan dalam Pertandingan Eureka Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di SMK Tingi Port Dickson pada tahun 2003. Kejayaan ini telah membolehkan sekolah mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan Eureka yang telah diadakan di Hotel Sri Malaysia Johor Bahru. Dalam pertandingan bahasa, sekolah pernah menjadi johan dalam pertandingan bercerita peringkat Negeri Sembilan iaitu pada tahun 2000 dan 2004, dan seterusnya mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan peringkat Kebangsaan. Pernah juga menjadi johan dalam pertandingan bahas peringkat Negeri Sembilan. Dalam pertandingan MTAQ, sekolah telah mencapai banyak kejayaan dalam tulisan Khat, dan tilawah. Jika diukur banyak kejayaan lalu yang seharusnya, menjadi pencetus minda berfikir……………
Subscribe to:
Posts (Atom)