Tuesday, July 19
Kuasa Karisma
Anda berkarisma? Kuasa peribadi yang hebat ialah karisma. Kuasa yang luar biasa. dengan menggunakan kuasa karisma, seseorang itu boleh mendorong orang lain untuk mengubah pemikiran dan tingkah laku mereka sama ada positif atau pun negatif. Hanya dengan melihat wajah dan penampilan sahaja, orang sudah terpengaruh, apatah lagi apabila mendengar kata-kata yang diucapkannya. Karisma bukanlah anugerah Tuhan sejak lahir tetapi boleh diperolehi dan dipertingkatkan. Tidak mustahil akan hilang. Sebagai seorang guru kita perlu berkarisma dan mempertingkatkan karisma kita demi tugas. Dengan mempunyai karisma kita mampu memimpin anak didik kita ke arah yang positif. Kepakaran adalah unsur yang penting dalam karisma. Apabila murid yakin kepakaran kita maka mudah untuk mereka percaya, tidak meragui pandangan dan nasihat yang diberikan.
Monday, July 18
Sekitar Jamuan Perpisahan Puan Hani Azmidah
Friday, July 15
KFC di SK Kampong Daching.
Pada 12. 07. 2011 yang lalu pihak KFC telah menjalankan Program Sosialnya dengan menjalankan pertandingan esei bahasa Inggeris dan pertandingan mewarna untuk murid-murid. Program ini julung-julung kali diadakan di SK Kampong Daching. Terima kasih kepada pihak KFC yang memilih SK Kampong Daching sebagai destinasinya dalam progam sosialnya.
1M1S Gaya SKKD
Selamat Bertugas.......

Selamat datang diucapkan kepada Puan Suryati Binti Ali yang baru memulakan tugas di SK Kampong Daching mulai 01. 06. 2011 yang lalu. Beliau mengggantikan Puan Hani Azmidah Fatimah Bte Azmai yang bertukar ke Selangor. Sebelum ini Puan Suryati bertugas di negeri Sarawak. Beliau merupakan guru Pendidikan Agama Islam. SELAMAT BERTUGAS CIKGU.
Monday, June 27
Tahniah kepada adik Mawaddah
Tahniah kepada adik Mawaddah Bin Mustapha kerana telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan bercerita Tahap 2 peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan pada hari Sabtu 25 Jun 2011 yang lalu di SK Kampong Baru Si Rusa, Port Dickson. Kejayaan ini ini merupakan kali ketiga buat Sekolah Kebangsaan Kampong Daching dalam masa 1o tahun. Seluruh warga sekolah mengucapkan setinggi tahniah kepada adik Mawaddah.
Sekitar Program Motivasi dan Bicara Ilmu 2011
Program Motivasi dan Bicara Ilmu 2011 telah berlangsung dengan pada 17, 18 dan 19 Jun 2011 yang lalu. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya. Pelbagai program telah dijalankan seperti bengkel menjawab soalan, Program Motivasi Ibu bapa, sukaneka dan majlis bacaan yasin. terima kasih kepada semua guru SK Kampong daching yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua AJK PIBG serta ibu bapa yang telah memberi sokongan dalam menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)