Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah telah diadakan pada 8. 02. 2012 yang lalu. Pertandingan bercerita ini telah diadakan pada waktu kokurikulum iaitu pukul 1.00 petang hingga 2.00 petang. Seramai 7 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk memilih peserta yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita yang akan diadakan pada bulan Mac nanti. Tahniah kepada peserta yang telah menang dalam pertandingan tersebut.
Sunday, February 19
Thursday, February 16
Kejohanan Bola Tampar MSSD Seremban 1 2012




Paroi, 13 Feb : SK Kg Daching buat kali kedua telah menyertai kejohanan bola tampar peringkat MSSD Seremban 1 yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Misi pada kali ini ialah sekurang-kurangnya menyamai pencapaian tahun lalu iaitu tempat ketiga bagi kategori lelaki dan perempuan.
Bagi kategori perempuan SKKD diletakkan di dalam kumpulan B bersama SJKC Kg baru Pajam dan SK Desa Cempaka. Kategori lelaki Kumpulan D bersama SK Mendum dan SJKT Labu.
Pasukan lelaki memulakan aksi dengan menewaskan SJKT Labu. Namun tewas di perlawanan kedua kepada SK Mendum. SKKD tetap layak ke pusingan suku akhir dan bertemu dengan SK Batang Benar. Perlawanan suku akhir yang berlangsung sengit akhirnya dimenangi SK Batang Benar. SKKD bagi kategori lelaki gagal mengulangi pencapaian tahun lalu.
Bagi pasukan perempuan memulakan peringkat kumpulan dengan menewaskan SJKC Kg baru Pajam namun tewas perlawanan ke dua ditangan SK Desa Cempaka. Pada separuh akhir SKKD bertemu SK Ulu Beranang. Harapan SKKD untuk menukar warna pingat yang dimenangi tahun lalu gagal apabila tewas dengan rubber set. Pasukan SKKD tempat ketiga Kejohanan Bola Tampar MSSD Seremban 1.
Mohd Riduan bin Mohamad Yusof
Wartawan Sukan Buletin SKKD
Friday, February 10
Skuad Bola Sepak SKKD Mengaum di Labu

Labu, 9 Feb : Skuad bola sepak bawah 12 tahun SK Kg Daching (SKKD) atau Daching FC memulakan langkah kanan di dalam siri perlawanan persahabatan Tahun 2012. Lawan SKKD bukanlah calang-calang pasukan kerana SK Labu Ulu (SKLU) telah beberapa kali sejak kebelakangan ini menewaskan SKKD.
Perlawanan bermula tepat 4.30 petang di padang SK Labu Ulu. Perlawanan bermula dengan dengan SKLU membuat beberapa cubaan ke arah kubu SKKD. SKKD yang agak gugup di 10 minit pertama mula mendapat rentak dan melancarkan serangan. Akhirnya pada minit 21 , Aiman Ghazali berjaya menjaringkan gol pertama SKKD. Namun sedikit kealpaan di barisan pertahanan 5 minit kemudian SKLU berjaya menyamakan kedudukan. SKKD kembali menyusun serengan dan di minit-minit akhir separuh masa, Haziq Aiman berjaya menjaringkan gol ke 2 SKDD. Separuh masa pertama SKKD 2- 1 SKLU.
Separuh masa kedua, SKKD bermula garang dengan beberapa serangan pantas dan pada minit ke 35 Aniq berjaya menjaringkan gol ke 3 SKKD. SKKD terus mengaum dengan jaringan ke 4 melalui Aiman Ghazali dan SKKD terus menambah jaringan pada minit ke 50 melalui Haziq Aiman. Namun SKLU yang ketinggalan cuba bangkit dengan gol ke 2 pada masa kecederaan. SKKD 5 - 2 SKLU .
Ketua jurulatih SKKD , En Arifin b. Hj Ismail yang ditemui selepas perlawanan menyatakan secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan prestasi pemainnya pada hari ini. Beberapa kelemahan akan segera di atasi bagi mempersiapkan pasukan untuk kejohanan peringkat MSSD Seremban 1 nanti.
Tahniah kepada pasukan SKKD dan perlawanan ini diharap berjaya membangkitkan semangat dan kemahiran pemain SKKD untuk kejohanan peringkat daerah.
Sekian.
Mohd Riduan b. Mohamad Yusof
Wartawan Buletin Sukan SKKD.
Sunday, February 5
Perlawanan Pembuka Tirai....Bola Jaring


Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah menghantar pasukan bola jaring yang diketuai oleh ketuai oleh pengurus pasukan iaitu Puan Suzzilawati Binti Hj Ghazali. Jurulatih pasukan bola jaring sekolah ialah Puan Faizah Binti Ali dan penolong jurulatih iaitu Puan Nurashikin Binti Malik. Pasukan bola jaring sekolah berjaya layak hingga ke peringkat suku akhir. Tahniah kepada pasukan bola jaring sekolah.
Thursday, February 2
Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru kali Pertama 2012
Perjumpaan ibu bapa dan pihak sekolah telah diadakan pada 19 Januari 2012. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk berbincang serta membuat beberapa keputusan penting dalam beberapa perkara demi anak-anak didik yang bakal mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 2012. Kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan. dalam perjumpaan tersebut tuan guru besar telah menerangkan KPI sekolah dalam peperiksaan UPSR 2012. D samping itu beliau memperkenalkan guru-guru yang menerajui kelas tahun 6 tahun 2012. Setiausaha peperiksaan telah membentangkan program yang akan dijalankan dalam tahun 2012. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang prihatin yang hadir di dalam perjumpaan tersebut.
Wednesday, February 1
1951-1976 dan 1951-2001...Dua wajah


Dua wajah yang berbeza mempunyai matlamat yang sama. Dua generasi berbeza mempunyai semangat yang sama. Jika kedua-dua generasi ini bersama, maka matlamat yang sama akan terlaksana bersama untuk membentuk kejayaan serta kecemerlangan. Disebalik dua wajah ini tersemat cita-cita. Jika pernah mengalami kesusahan, kita akan tahu erti kegembiraan....
Wednesday, January 4
Subscribe to:
Posts (Atom)