Thursday, July 19
Daching Nine FC Tewas di Perlawanan Pertama Liga U11
Nilai, 6 Julai : Bertempat di Padang Sk Taman Semarak , Pasukan bola sepak SK Kg Daching (Daching Nine FC) telah membuka tirai liga U11 Seremban 1 dengan pertemuan pertam bertemu SK Desa Jasmin. Mengikut jadual asal Daching Nine Akan bertemu SK Mantin, namun pasukan lawan tidak kunjung tiba.
Perlawanan bertemu SK Desa Jasmin yang diperkuat beberapa pemain daerah berlangsung dengan seimbang dengan kedua pasukan saling mengancam kubu lawan. Namun dihujung saingan babak pertama Sk Desa Jasmin berjaya memecah kebuntuan untuk mendahului 1-0.
Separuh masa kedua bersambung dengan Sk Desa Jasmin mendominasi saingan sehingan berjaya mendapat gol ke 2 yang kelihatan off-side namun dibenarkan oleh pengadil. Ketinggalan 2 gol tidak mematahkan pasukan Daching Nine yang dibimbing Ariffin Hj Ismail dengan seringkali mengancam kubu lawan. Penyerang Haziq Aimah beberapa kali berjaya mencemaskan kubu Desa Jasmin namun hampa hingga hujung saingan.
Keputusan penuh :
SK Kg Daching 0 - 2 SK Desa Jasmin
SK KLIA 1 - 2 SK LBJ
Melaporkan : Cikgu Duan - NADI SUKAN DACHING
Monday, July 16
Sekitar Senamrobik 1Malaysia
Pada 10. 07. 2012 satu senamrobik telah dijalankan di SK Kampong Daching. Program ini telah dijalankan serentak seluruh negara. Pada hari tersebut guru-guru, murid-murid serta kaki tangan sekolah telah bersama-sama menjalankan senamrobik selama 35 minit. Program ini telah berjalan dengan lancar. Selepas senamrobik itu satu program berjalan telah diadakan. Guru-guru, kakitangan sekolah serta murid-murid telah menjayakan program ini dengan berjalan kaki sekitar kawasan Kampung Daching. Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Murid Contoh Bulan Julai
Tahniah kepada semua murid yang terpilih menjadi murid contoh pada bulan Julai. Semoga semoga program ini menjadi satu pemangkin kepada semua murid SK Kampong Daching untuk mengikut jejak langkah rakan-rakan yang pernah terpilih menjadi murid contoh. Tahniah sekali lagi.
Thursday, July 5
Tahniah.....Semoga cemerlang selalu....
Tahniah diucapkan kepada Puan Siti Fatimah Binti Wahab dan Puan Saripah Binti Hasan kerana telah terpilih untuk menerima APC. Semoga dengan kejayaan ini, akan menambahkan lagi semangat serta usaha dalam bidang masing-masing. Warga sekolah mengucapkan setinggi tahniah. Teruskan kecemerlangan anda.....
Wednesday, July 4
Daching9 FC Bakal Sertai Liga Super BaWAH 11 Tahun 2012
Daching, 4 Julai : Pasukan Daching 9 Fc yang telah ditubuhkan sejak awal januari 2012 bakal menyertai Liga Super Bola Sepak Bawah 11 Tahun Daerah Seremban 1. Liga yang dianjurkan oleh SK KLIA ini akan disertai 8 buah sekolah dari daerah Seremban 1. Antara sekolah yang akan mengambil bahagian ialah SK Kg Daching, SK Klia, SK Mantin, SK LBJ, SK Shahbandar Abu Bakar, SK Desa Cempaka, SK Taman Semarak dan SK Desa Jasmin.Liga ini bertujuan membantu sekolah yang bertanding untuk membuat persiapan bagai menghadapi Kejohanan MSSD 2013.
Daching 9 FC akan membuka tirai liga menentang SK Mantin pada 6 Julai 2012 (Jumaat) Jam 4.15 petang di Padang Sk Taman Semarak.
Seluruh warga SK Kg Daching dijemput memberi sokongan.
Tuesday, July 3
Tahniah kepada Adik Syifa
Tahniah kepada adik Syifa kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan mengarang Tahap 1 peringkat negeri sekolah-sekolah kebangsaan yang telah diadakan di SK Wawasan pada 23 Jun 2012 yyang lalu.
Thursday, June 14
Perkampungan Bakat 1Malaysia 2012
Sekali lagi SK Kampong Daching berjaya melahirkan peserta untuk ke peringkat kebangsaan. Kali ini adik Siti Mawadah Binti Mustapha berjaya untuk kali kedua mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan bahasa. Jika tahun lepas beliau mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan bercerita peringkat kebangsaan di Pulau Pinang, kali ini beliau berjaya mewakili Negeri Sembilan dalam program Bakat 1Malaysia. Pencapaian beliau ini telah menepati sasaran KPI Panitia Bahasa Melayu SK Kampong Daching.
Subscribe to:
Posts (Atom)