Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Sunday, November 11

Jamuan Perpisahan Cikgu Ariffin bersama guru dan PIBG di Aston Nilai....






Pada 7hb. yang lalu satu majlis Jamuan Perpisahan telah diadakan khas untuk Cikgu Arifin bersama guru-guru dan PIBG. Majlis yang bermula sekitar 8.30 itu sungguh meriah dengan kehadiran hampir semua guru bersama keluarga masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Zuraidi Bin Abd Wahab. Encik Aziz bin Ishak berucap mewakili guru. Turut serta dalam majlis tersebut ialah En. Mazley Bin Jamaludin iaitu Pengerusi PIBG SK Kampong Daching serta beberapa orang ahli jawatankuasanya. 

Thursday, November 8

Hari Anugerah Cemerlang 2012 dalam kenangan.....








Syukur alhamdulillah Hari Anugerah Cemerlang 2012 yang diadakan pada 8. 11. 2012 telah berjalan dengan meriah dan lancar. Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mustafa Bin Salim, ADUN Kawasan Lenggeng. Terima kasih kepada semua guru dan kaki tangan sekolah yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang 2012 ini. Berkat kerjasama, komitmen serta perasaan bertolak ansur telah menjadi kunci kejayaan dalam Hari Anugerah Cemerlang ini. Terima kasih juga kepada seluruh AJK PIBG yang diketuai oleh En. Mazley Bin Jamaludin kerana telah memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan majlis ini. Kepada pihak PPD Seremban yang diwakili oleh Tuan Haji Azaman Bin Baharuddin pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan. 

Monday, November 5

Hari Anugerah Cemerlang 2012


SK Kg Daching Mara Ke Separuh Akhir Liga Super Bawah 11 Tahun Seremban 1

Labu : Pasukan bawah 11 Tahun SK Kg Daching telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Liga Super Bawah 11 Tahun Seremban 1. SKKD telah menewaskan SK Desa Cempaka 3 - 0 di dalam perlawanan yang dikuasai oleh pemain SKKD dan anya sesekali diancam dengan serangan balas SK Desa Cempaka. Pasukan SKKD agak bergelut di awal permainan sebelum Haziq Aiman berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke 12 dan keputusan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa ke dua. Separuh masa ke 2, pasukan SKKD mengandakan asakan dan Haziq Aiman sekali lagi menerusi larian yang mengelirukan berjaya menghasilkan gol kedua. Fairuz terus menghukum kealpaan barisan pertahanan SK Desa Cempaka menerusi sepakan leret dari luar kotak penalti. SK kg Daching akan bertemu SK Desa Jasmin di separuh akhir yang akan berlangsung pada Rabu, 7 Nov 2012, jam 3.00 petang di PAdang SK Labu Hilir. Keputusan lain suku akhir: 1.SK KLIA 0 - 1 SK LBJ 2.SK Desa Jasmin 4 - 1 SK Labu Hilir 3. SK Kg Daching 3 - 0 SK Desa Cempaka

Sunday, November 4

Aiman Ghazali (Daching 9 FC) bantu KLIA Juara di Karnival Bawah 11 Tahun YAYASAN N.Sembilan

Seremban, 4 Nov : Penyerang Daching 9 FC, Muhd Aiman bin Ghazali telah dipilih mewakili sebuah pasukan SK KLIA pada kejohanan Bawah 11 tahun anjuran Yayasan N.Sembilan. Pemilihan Aiman merupakan satu kebangaan bagi Daching 9 FC dan warga SK Kg Daching keseluruhannya. Semoga pemain lain dapat meningkatkan lagi prestasi agar mendapat perhatian kelab lain sebagai pemain.Terima kasih kepada Cikgu Firdaus yang menguruskan pemain pada hari berkenaan.Kejohanan di Padang IPG Kampus Raja Melewar bercorak karnival ini telah berjaya menarik banyak pasukan dan pasukan yang diwakli Aiman telah menjuarai Kategori bawah 11 Tahun.
Go Daching 9 FC.............

Saturday, November 3

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka







 Pada 03. 11. 2012, SK Kampong Daching, Lenggeng telah mengadakan satu Lawatan Sambil Belajar ke Melaka. Seramai 80 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 serta 7 orang guru pengiring iaitu Encik Abdul Aziz bin Ishak, Pn. Siti Mariyam Hj Othman, En. Mohd Firdaus Bin Mustafa, En. Ahmad Zuraidi Bin Abd Wahab, En. Goh Chee Kean serta Amran Bin Bakar.  Tempat yang dilawati ialah sekitar Banda Hilir, Masjid Selat serta Zoo Melaka. 

Friday, November 2

Jika Sepakat.....semua kerja berkat.....




Tahniah kepada semua guru kerana telah berjaya melaksankan sukan tahunan sekolah. Walaupun keadaan padang agak becak kerana hujan lebat yang turun sebelum berlangsungnya sukan tahunan namun sukan tahunan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Rumah Biru telah berjaya merampas kejuaraan yang telah disandang oleh rumah kuning. Tahniah kepada Puan Siti Mariyam Hj Othman selaku GPK Kokurikulum kerana telah berjaya menjalankan tugas yang pertama dengan jayanya. Tahniah sekali lagi kepada semua guru yang berjaya bekerjasama dalam menjalankan sukan tahunan ini. TAHNIAH, ANDA MEMANG HEBAT.