Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, February 20

SKKD menempa nama lagi......





Tahniah kepada pasukan bola tampar sekolah kerana telah berjaya memenangi pertandingan bola tampar peringkat daerah yang telah diadakan pada 19. 02. 2013 yang lalu. Pihak sekolah telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan. Pasukan perempuan telah berjaya muncul menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Ini merupakan julung kali pasukan sekolah menjadi johan dalam pertandingan ini yang mulai disertai pada tahun 2011. Manakala pasukan lelaki pula muncul tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada pengurus pasukan dan jurulatih pasukan bola tampar sekolah yang terdiri daripada Encik Ahmad Zuraidi Bin Abd Wahab, Puan Suzilawati Binti Hj Ghazali, Encik Mohd Firdaus bin Mustafa, Cik Nurul Asyikin Binti Che Aziz. TAHNIAH KERANA BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH.

Thursday, February 14

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 34 TAHUN 2013






Syukur alhamdulillah mesyuarat agung PIBG kali ke-34 telah berjaya dijalankan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung tersebut. Semoga kerjasama yang erat akan dapat dijalinkan antara pihak PIBG dengan pihak sekolah bagi menjamin kelangsungan kecemerlangan sekolah ini. Majlis yang dimulakan dengan taklimat tentang SARANA ibu bapa yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Mesyuarat agung ini telah dirasmikan oleh YB Tuan. Mustafa Bin Salim, iaitu ADUN Kawasan Lenggeng. Turut hadir sama ialah Puan Khalidah Binti Omar iaitu wakil Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.

Thursday, February 7

Sambutan Maulidur Rasul 2013





Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan penuh meriah di SK Kampong Daching, Lenggeng. Majlis sambutaan Maulidur Rasul ini telah dirasmikan oleh guru besar iaitu Encik Arifin Bin Md Yusof. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti perarakan yang disertai oleh murid-murid , guru-guru serta kakitangan sekolah. Selepas majlis perarakan telah diadakan pertandingan melukis, hafazan serta pertandingan azan. Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan oleh guru besar sekolah. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Ustaz Mohd Fadzil Bin Abdullah, Ustazah Suryati Binti Ali serta guru-guru J-Qaf iaitu Puan Nurashikin Binti Malik, Cik Nurul Asyikin Binti Che Aziz serta Ustaz Khairil  kerana telah berjaya menjalankan majlis ini dengan sempurna. Terima kasih juga kepada semua guru SKKD yang telah bekerjasama menjalankan majlis ini. Teruskan usaha yang murni ini.........................

Monday, February 4

Amukan di Padang SK Mantin

Mantin, 2 Feb : Pasukan bola sepak SK Kg Daching mencatat keputusan di luar dugaan pada pagi sabtu dengan kemenangan bergaya. Perlawanan yang sepatutnya berlangsung lebih awal telah tertangguh telah bermula tepat jam 8.30 pagi. Pasukan SKKD dilihat mendominasi permainan dengan beberapa percubaan yang tersasar dan berjaya dibaca penjaga gol SK Mantin. Namun kelekaan pertahanan SKKD akhirnya dihukum melalui satu serangan balas SK Mantin untuk lawan menjaringkan gol pertama melalui serangan pertama mereka. Ketua pasukan SKKD Azim, menyemarakan semula saingan dengan menjaringkan gol penyamaan 5 minit selepas gol awal lawan itu. Separuh masa tamat SKKD 1 - 1 SK Mantin. Aksi di separuh masa ke 2 diteruskan lagi dengan SKKD yang mendapat suntikan semangat dari jurulatih En Arifin b. Hj Ismail mula mengorak langkah melancarkan serangan ke dalam kotak penalti SK Mantin. Haziq Aiman membuktikan beliau masih penyerang utama SKDD melalui jaringan cantik hasil kelam kabut di hadapan gol lawan. Giliran Aiman Ghazali menambah derita SK Mantin pada minit ker 40 untuk gol ketiga. Haziq Aiman menambah hatrik pada minit ke 45 dan 48 untuk SKKD di depan dengan 5 - 1. SKKD terus bernafsu memburu jaringan melalui pemain tengah Fairuz menambah gol ke enam dan pemian gantian yang merupakan pemain bawah 10 tahun Daching 9 FC, Ariff menamatkan pesta gol SKKD dengan jaringan ke 7. Keputusan penuh SK Kg Daching 7 - 1 SK Mantin. Ketika diminta mengulas tentang perlawanan persahabatan pada hari ini, Cikgu Firdaus menyatakan beliau berpuas hati dengan peningkatan permainan beberapa pemain dan beliau juga mengingatkan bahawa ini baru permulaan dan sasaran sebenar adalah kejohanan MSSD Seremban 1 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Melaporkan @Cikgu Duan Nadi Sukan Daching 901

Saturday, February 2

Penyampaian Watikah Lantikan Pengawas 2013

Daching, 21 Jan : Majlis penyampaian watikah lantikan pengawas sekolah bagi Tahun 2013 telah disempurnakan oleh gur besar SKKD , En Arifin bin Md Yusof. Upacara lantikan pada pagi itu dimulakan dengan bacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh Muhammad Asyraf Syazwan bin Sulaiman. Majlis seterusnya ialah penyampaian watikah kepada semua 25 orang pengawas Tahun 2013. Semoga dengan penyampaian watikah ini, semua pengawas akan bertugas denga bersungguh-sungguh demi menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Keputusan Lenggeng Derby : SKKD VS SKUB

Ulu Beranang, 31 Jan : Pertemuan 'derby' diantara dua buah sekolah yang jiran SK Kg Daching dan SK Ulu Beranang memihak kepada pasukan pelawar iaitu SK Kg Daching. Bagi perlawanan bola tampar lelaki SKKD telah menumpaskan SKUB dengan 2-0. Manakala bagi bola tampar wanita SKKD tewas kepada SKUB dengan 1-2. Walau pun tiada kemudahan gelanggang bola tampar yang sebenar, namun pemain SKKD dilihat mampu bersaing memberi cabaran dan diharap mementum ini kekal sehingga kejohanan peringkat MSSD. Sementara itu, perlawanan bola sepak yang menjadi tumpuan pada hari itu juga memihak kepada SK Kg Daching. SKKD yang diwakili Daching 9 Fc berjaya menewaskan tuan rumah SKUb dengan 2-0. Perlawanan bermula dengan agar perlahan kerana pemain SKKd masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan padang. Namun hasil percubaaan bertali arus ke kubu SKUB akhirnya kapten , M. Azim berjaya memecah kebuntuan menerusi tendangan separuh volley pada minit ke 19. Tamat separuh masa SKKD 1-0 SKUB. Bemula separuh masa kedua SKKD terus rancak menyerang terutama melalui pemain sayap Zulfazli dan sesekali cubaan jarak jau dari Fairuz@Kuna. SKKD akhirnya menambah gol kedua melalui Haziq Aiman hasil kelam kabut dihadapan gol SKUB. Di hujung saingan SKUB dilihat cuba mengatur serangan namun sehingga tamat keputusan kekal SKKD 2- 0 SKUB. Nadi Arena 901 Daching.

Friday, February 1

Pesta Buku 1Malaysia....






Syukur alhamdulillah kerana akhirnya terlaksana juga impian membawa murid-murid ke Pesta Buku IMalaysia yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC). Walau banyak rintangan untuk mendapat kebenaran Jabatan Pelajaran namun dengan berkat usaha akhir berjaya mendapat kebenaran untuk lawatan ke pesta buku tersebut. Seramai 80 orang murid serta 5 orang guru dan 3 orang bekas murid telah menyertai lawatan ke pasta buku ini. Terima kasih juga kepada Encik Kamal iaitu penjaga salah seorang murid tahun 6 yang telah berusaha untuk mendapatkan sebuah bas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang ). Semoga ini menjadi pemangkin kepada murid-murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2013 nanti. Kepada semua guru serta bekas murid yang sama-sama menjaga murid-murid semasa lawatan tersebut diiucapkan ribuan terima kasih.