Sekalung tahniah kepada Puan Hajah Faizah Binti Ali guru Tahun 1 SK Kampong Daching atas pelantikan sebagai guru penolong kanan kokurikulum di SK Batang Benar yang berkuat kusa pada 16. 12. 2013 yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah beliau tunjukkan sepanjang bertugas di SK Kampong Daching. Pihak sekolah telah kehilangan seorang guru yang sangat berpengalaman khasnya dalam mendidik murid tahun 1 serta seorang guru yang banyak membantu dalam aktiviti persembahan sekolah. Semoga beliau akan sukses di sekolah baharu.
Friday, January 3
Tuesday, December 17
Pencapaian Panitia Bahasa Melayu Tahun 2013
KOAKADEMIK
PANITIA
BAHASA MELAYU
BIL
|
PERTANDINGAN
|
D
|
N
|
K
|
PENCAPAIAN
|
01
|
BERCERITA
BM TAHAP 1
|
√
|
JOHAN
|
||
02
|
BERCERITA
BM TAHAP 2
|
√
|
JOHAN
|
||
03
|
MENGARANG
BM TAHAP1
(2
ORANG)
|
√
|
NAIB JOHAN
KETIGA
|
||
04
|
MENGARANG
BM TAHAP2
(2
ORANG)
|
√
|
SAGUHATI(4)
SAGUHATI(5)
|
||
05.
|
SAHIBBA
BM (2 ORANG)
|
√
|
NAIB JOHAN DAN
KEEMPAT
|
||
06
|
BICARA
BERIRAMA
|
√
|
NAIB JOHAN
|
||
07
|
PERTANDINGAN
PIDATO
|
√
|
NAIB JOHAN
|
||
08
|
PERTANDINGAN
BAHAS
|
√
|
KETIGA
|
||
09
|
PROGRAM
TUNAS MUDA MALAYSIA (4 ORANG)
|
√
|
PENYERTAAN
|
||
10
|
PERTANDINGAN
SAHIBBA (2 ORANG)
|
√
|
NAIB JOHAN
|
||
11
|
BERCERITA
BM THP 1
|
√
|
JOHAN
|
||
12
|
PIDATO
PIALA DIRAJA
|
√
|
JOHAN
|
||
13
|
MENGARANG
BM THP 1
|
√
|
JOHAN
|
||
14
|
BERCERITA
BM THP 2
|
√
|
PENYERTAAN
|
||
15
|
PIDATO
PIALA DIRAJA
|
√
|
PENYERTAAN
|
||
16
|
P. PUISI TRADISIONAL
|
√
|
NAIB JOHAN
|
||
17
|
PERKAMPUNGAN
BAHASA DAN SASTERA (2 ORANG)
|
√
|
PENYERTAAN
|
||
18
|
PIDATO
PIALA DIRAJA
|
√
|
PENYERTAAN
|
||
19
|
PERTANDINGAN
BERCERITA PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI (2 ORANG)
|
√
|
NAIB JOHAN DAN
SAGUHATI
|
Monday, November 25
Tahniah 5A Milik Anda.....Teruskan kecemerlangan....
Nik Nur Aqilah Binti Nik Yusof
Shahrul Fitri Bin Ramlee
Ahmad Amnan Bin Ahmad Hisham
Siti Nur Fathiah Binti Mohd Nor
Nur Aina Fatin Binti Mohayidin
Nur Athirah Fathiah Binti Jefry
Aidiel Bin Hasnoladie
Monday, November 18
Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2013
Pada 13 November 2013 yang lalu SK Kampong Daching telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2013 yang telah dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Abu Ubaidah Bin Dato' Hj Redza iaitu iaitu ADUN Ampangan. Beliau juga merupakan ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Buat pertama kalinya hari graduasi bagi murid PRA Sekolah juga diadakan. Nur Aina Fatin Binti Mohayidin telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid bagi tahun 2013 berdasarkan kecemerlangnya dalam bidang akademik dan juga aktif dalam bidang kokurikulum. Manakala Intan Farhana Binti Halid telah dipilih sebagai murid terbaik Kokurikulum (Sukan), Ahmad Amnan Bin Ahmad Hisham murid terbaik Akademik (Akhir Tahun ). Buat pertama kalinya juga anugerah buat guru yang berjaya membimbing murid ke peringkat negeri dan kebangsaan diadakan. Guru-guru yang terlibat ialah Puan Nurashikin Binti Malik, Puan Suzilawati Binti Hj Ghazali, Cik Nurul Asyikin Binti Che Aziz, Encik Mohd Riduan Bin Mohamad Yusof dan Encik Amran Bin Bakar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hari Anugerah Cemerlang ini terutama guru-guru serta PIBG SK Kampong Daching.
Sunday, November 10
Sukan Tahunan SK Kampong Daching Tahun 2013
Sukan Tahunan SK Kampong Daching telah selamat diadakan pada 03. 11. 2013 yang lalu di padang sekolah. Temasya sukan tahunan ini telah dirasmikan oleh Encik Mazley Bin Jamaludin iatu Pengerusi PIBG sekolah. Manakala perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Suhaimi Bin Mohd Yosof iaitu Ketua Unit Sekolah Rendah PPD Seremban. Dalam ucapannya, beliau telah memuji kerjasama yang telah ditunjukkan oleh para guru serta masyarakat kampung dalam menjayakan sukan tahunan ini. Menurut beliau lagi SARANA ibu bapa yang telah dijalankan oleh phak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berjaya dilaksanakan disekolah ini. Dalam temasya kali ini Olahragawan telah disandang oleh Muhammad Asraf Syazwan daripada rumah Biru manakala Farah Azieh Binti Azis pula muncul sebagai olahragawati sekolah. Rumah merah telah dinobatkan sebagai johan rumah sukan pada temasya sukan tahun ini. Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah berganding bahu dalam menjayakan sukan tahunan ini. Tahniah juga kepada Puan Siti Fatimah Binti Wahab yang telah berjaya memikul tanggungjawab sebagai pemangku guru penolong kanan kokurikulum sepanjang ketiadaan Puan Hajah Siti Mariyam Haji Othman yang menunaikan fardu haji. Juga kepada Encik Mohd Riduan Bin Mohamad Yusof yang menjadi pengurus kejohanan sukan tahunan ini.
Sunday, November 3
Naib Johan Pantun
Pada 26. 10. 2013 yang lalu SK Kampong Daching Lenggeng telah menghantar pasukan ke Pertandingan Puisi Tradisonal peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di SK Seremban 2B. Pihak sekolah telah menyertai 3 kategori iaitu pertandingan pantun, seloka dan syair. Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan pantun dan mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan seloka dan syair.
Tahniah..............
SK Kampong Lenggeng telah menghantar dua orang peserta ke Pertandingan Bercerita Anjuran Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan sempena Pesta Buku Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2013. Dua orang peserta tersebut ialah Intan Farhana Binti Halid dan Faizatul Aina Binti Fahmi Bassa. Syukur alhamdulillah kerana Intan Farhana telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan setinggi tahniah diatas kejayaan tersebut. Terima kasih juga kepada Cik Nurul Asyikin Binti Che Aziz yang telah menjadi guru pengiring dalam pertandingan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)









