Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, May 6

Program Motivasi UPSR 2014 dalam kenangan...








Program Motivasi UPSR 2014 telah diadakan pada 18, 19 dan 20 April 2014 yang lalu. Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa serta Jawatankuasa PIBG yang diterajui oleh En, Mazley Bin Jamaludin yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Jasa anda semua tetap dikenang. Program ini telah di rasmikan oleh YB. Tuan Haji Abu Ubaidah Bin Dato Hj Mohd Redza, iaitu ADUN Ampangan. 

Koakademik terus memacu kejayaan.....

Koakademik terus memacu kejayaan. Bermula dengan kejayaan merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pertandingan sahiba yang telah diadakan di SK Pantai. Usaha Hajah Siti Mariyam  yang bermula sejak awal tahun ini telah membawa kejayaan yang berganda buat SK Kampong Daching. Nursalina binti Ibrahim, Nur Arisya dan Nur Nadrah binti Abd Razak telah membawa kejayaan yang penuh bermakna buat SK Kampong Daching.
Kejayaan ini diteruskan dengan pertandingan Karnival Bahasa Melayu. Lokman Hakim Bin Ahmad Zuraidi telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita tahap 2, manakala Maisarah binti Kamal Arifin telah menjadi johan dalam pertandingan pidato. Manakala dalam pertandingan mengarang dua orang peserta telah mendapat tempat ketiga. 



Rangkuman Kejayaan....Usaha Berterusan

Syukur alhamdulillah banyak kejayaan telah diperolehi . Kejayaan yang dicapai ini adalah hasil usaha yang gigih serta tidak pernah kenal jemu kalangan guru SK Kampong Daching.  Bermula dengan kejayaan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan sepak takraw, di susuli dengan kejayaan pasukan lelaki dan perempuan yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan bola tampar. Tanhiah kepada kepada En. Ahmad Zuraidi Bin Wahab, Puan Nurashikin Binti Abdul Malik dan Puan Suzilawati Binti Haji Ghazali.



.

Monday, March 17

Usaha Tangga Kejayaan.....Tahniah





Tahniah kepada pasukan olahraga sekolah kerana telah berjaya mendapat 1 emas dan 4 gangsa. Berikut senarai pemenang;

1. Aiman Bin Ghazali                Lompat pagar -      Gangsa
2. Norziana Mohd                    Lompat Pagar-      Gangsa
3. Hazim Muzakkir                   Lontar Peluru -      Gangsa
4. Nurin Syukrina                     Lontar Peluru -       Emas
5. Norziana Mohd                    4 x 100m
    Amalia                                 4 x 100m
   Syuhada                                4 x 100m
   Fatihah                                  4 x 100m
   Aishah Raudah                      4 x 100m

Setinggi tahniah kepada guru-guru yang terlibat....Encik Goh Chee Kean, Puan Suryati Binti Ali, Puan Sharifah Munirah Binti Mustapha, Encik Mohd Fadzil Bin Abdullah dan Puan Nurashikin Binti Malik.....TERUSKAN USAHA MURNI ANDA ITU.

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-35

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-35 pada 8 Mac 2014 yang lalu. Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh wakil PPD Seremban iaitu Puan Khalidah Binti Omar. Seramai 90 orang penjaga telah hadir dalam mesyuarat agung tersebut daripada 140 orang penjaga yang berdaftar. Dalam ucapannya Puan Khalidah telah menyeru agar semua ibu bapa berganding bahu dengan pihak sekolah dalam menjayakan perancangan yang telah diaturkan.Satu pemilihan jawatankuasa yang baharu telah diadakan. Berikut senarai jawatankusa baharu bagi sesi 2014/ 2016,

Pengerusi              :Encik Mazley Bin Jamaludin
Naib Pengerusi     :Encik Hasnoladie Bin Bahari
Setiausaha            :Puan Zaimah Binti Mohamad
Naib Setiausaha    :Puan Sharifah Munirah Binti Mustapha
Bendahari             :Encik Ahmad Zuraidi Bin Abd. Wahab

AJK (Guru)          :Encik Amran Bin Bakar
                            :Encik Mohd Fadzil Bin Abdullah
                            :Puan Suzilawati Binti Haji Ghazali
                            :Puan Siti Fatimah Binti Wahab
                            :Puan Nurashikin Binti Abd Malik
                            :Puan Suryati Binti Ali

AJK (Ibu Bapa)

                           :Encik Abdullah
                           :Encik Solehin Bin Mohd Tahir
                           :Puan Zunaini Binti Buhari
                           :Puan Haskina Binti Salleh
                           :Puan Habibah
                           :Puan Norlida Binti Abdullah

Juru Audit

                           :Puan Rosmaliza
                           : Puan Siti Hawa Binti Ahmad



Wednesday, February 5

Kejayaan menguji lagi.......


Syukur alhamdulillah SK Kampong Daching sekali lagi menempa kejayaan dalam UPSR. Satu lawatan tanda penghargaan telah diadakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan yang diketuai oleh Encik Zainal Abidin Bin Ahmad iaitu Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah. Dalam ucapan beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang banyak memainkan peranan dalam kejayaan sekolah. Di samping itu beliau berharap agar sekolah akan dapat meningkatkan keputusan yang lebih baik dalam UPSR pada tahun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kejayaan ini. 

Sambutan Maulidurasul Peringkat sekolah Tahun 2014

Majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan pada 29. 01. 2014 yang lalu. Majlis sambutan Maulidurasul ini telah dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan Panitia Arab. Majlis dimulakan dengan perbarisan maulidurasul yang telah dijalankan sekitar kawasan kampung. Selepas acara perbarisan, seluruh warga sekolah telah diperdengarkan dengan ceramah maulidurasul. Seterusnya terdapat juga acara persembahan daripada murid-murid SK Kampong Daching. Pihak sekolah mengucapkan setinggi tahniah kepada seluruh warga sekolah kerana telah bekerjasama untuk menjayakan majlis ini.