Tanggal 9 November 2014, SK Kampong Daching telah berjaya mengadakan program Hari Sukan Tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua murid, guru dan penduduk kampung. Puan Khalidah binti Omar, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Seremban turut hadir sama bagi merasmikan majlis hari sukan tersebut. Pelbagai acara individu dan kumpulan telah dijalankan. Rumah Merah telah mendapat mata terkumpul tertinggi dan dinobatkan sebagai juara rumah pada tahun ini. Tokoh Olahragawan telah disandang oleh Muhammad Aiman bin Ghazali dari Rumah Merah manakala Tokoh Olahragawati disandang oleh Ainur Najwa binti Noorulazman dari Rumah Kuning. Tahniah kepada semua guru dan AJK PIBG yang telah bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan Hari Sukan Tahunan SKKD pada tahun ini.
Saturday, November 8
Wednesday, November 5
Program Lawatan Sambil Belajar SKKD Tahun 2014

Sekali lagi, program lawatan sambil belajar telah diadakan di sekolah ini. Jika sebelum ini, murid yang terlibat terdiri daripada murid pra-sekolah dan murid tahap 1, namun kali ini, ia disertai oleh murid-murid tahap 2 pula. Seramai 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring terlibat dalam program tersebut iaitu Ustaz Mohd Fadzil, Cikgu Ahmad Zuraidi, Cikgu Sharifah Munirah dan Cikgu Siti Fatimah. Tempat yang dilawati ialah Petrosains, Kilang Chokolat dan Bangunan KLCC, Diharap dengan adanya program lawatan sambil belajar ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada murid-murid di sekolah ini.
Dicatat oleh Pn Hjh Siti Mariyam
Tuesday, November 4
Program Selepas UPSR Tahun 6-Perkhemahan
Salah satu program selepas UPSR iaitu perkhemahan, telah selamat dijalankan dengan jayanya selama dua hari satu malam yang diadakan di perkarangan sekolah.Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari itu seperti sukaneka, malam kebudayaan, berjalan malam, memasang unggun api, senamrobik dan sebagainya. Murid-murid tahun 6 kelihatan begitu seronok menjalankan aktiviti tersebut. Dengan adanya program seperti ini diharap dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan baharu serta dapat menjalinkan hubungan yang erat dalam kalangan murid-murid dan guru-guru di sekolah ini. Tahniah kepada penyelaras program tersebut iaitu Puan Siti Fatimah serta semua guru di sekolah ini yang bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan program perkhemahan itu.
Dicatat oleh Pn Hajah Siti Mariyam
Dicatat oleh Pn Hajah Siti Mariyam
Monday, October 13
Karnival Puisi Tradisional Peringkat Kebangsaan
Tahniah kepada semua murid dan guru yang telah berusaha sehingga mencapai kejayaan yang amat cemerlang dalam semua acara yang disertai dalam pertandingan Puisi Tradisional Peringkat Kebangsaan di SK Seremban 2B pada 11 Oktober 2014 yang lalu. Antara kejayaan yang diraih ialah naib johan dalam Pertandingan Pantun, mendapat hadiah Pemantun Terbaik oleh adik Nur Anis Najwa, ketiga dalam pertandingan Syair oleh adik Nur Faziedatul Aina Fahmi Bassa dan tempat ketiga dalam Pertandingan Seloka. Untuk berjaya bukanlah mudah kerana cabarannya memang hebat. Hal ini kerana sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini adalah dari sekolah kluster dari negeri-negeri Zon Tengah. Antaranya seperti Negeri Sembilan (SK Puteri,SK Seremban 2B,SK Seliau,SK Chengkau), Pahang, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur. Usaha tangga kejayaan. Syabas dan tahniah daripada pihak sekolah atas kemenangan yang dicapai ini.
Dicatat oleh Puan Hajah Siti Mariyam
Wednesday, October 8
Sambutan Penutupan Hari Merdeka Peringkat Sekolah
Alhamdulillan, sambutan Hari Kemerdekaan berjaya disambut walaupun agak lewat dari tarikh yang sepatutnya diadakan. Ini memandangkan peperiksaan UPSR dijalankan pada masa tersebut. Pelbagai acara telah berjaya dijalankan. Antaranya seperti pertandingan mewarna dan melukis poster, pertandingan pakaian beragam, kuiz kemerdekaan, pertandingan nyanyian lagu patriotik dan sebagainya.Bersesuaian dengan tema Hari Kemerdekaan ke 57 iaitu "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" nampaknya murid-murid begitu menghayati sambutan tersebut dengan membawa bendera dan bersemangat menyanyikan lagu Tanggal 31. Diharap dengan adanya majlis ini akan menambahkan lagi kecintaan kita terhadap negara ini.
Dicatat oleh Pn.Hajah Siti Mariyam
Thursday, September 11
Peperiksaan UPSR Bermula....
Tanggal 9 September 2014 bermulanya peperiksaan UPSR bagi 28 orang murid tahun 6 di SK Kampong Daching dan di semua sekolah rendah di negara ini. Pelbagai persiapan telah dilakukan oleh semua murid dan guru untuk mencapai target sekolah dalam peperiksaan tersebut. Apa yang diharapkan ialah semoga murid-murid dapat menjawab soalan UPSR dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.Aamiin..
Dicatat oleh Pn Hjh Siti Mariyam
Sunday, September 7
Program Bacaan Yassin Perdana

Majlis Bacaan Yassin Perdana telah diadakan pada 5 September 2014 di surau SK Kampong Daching sebagai usaha terakhir pihak sekolah kepada murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada 9,10 dan 11 September 2014 ini dan juga untuk murid-murid tahun 5 yang akan menghadapi peperiksaan UPKK. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah guru besar, En. Shamsuddin Mohamad, YDP PIBG, En. Mazley Jamaludin, GPK-GPK , guru-guru dan murid-murid tahun 5 dan 6 berserta ibu bapa mereka. Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah bersembahyang maghrib berjemaah, tazkirah keibubapaan daripada ustaz undangan, solat Isyak dan solat hajat berjemaah. Sebelum bersurai, tetamu dijamu dengan jamuan nasi dan lauk-pauk yang dibawa oleh ibu bapa murid-murid. Diharap dengan adanya program ini akan dapat memberi kemudahan kepada murid-murid tahun 5 dan 6 menjawab soalan peperiksaan UPSR dan UPKK itu nanti, insya-Allah, Aamiin.
Dicatat oleh Pn Hjh Siti Mariyam
Subscribe to:
Posts (Atom)



























