Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Sunday, October 31

Syukur alhamdulillah peperiksaan akhir tahun 2010 telah selamat melabuhkan tirainya. Walaupun dalam kekangan guru yang silih berganti berkursus yang menjadi satu trend penghujung tahun. Yang pastinya guru-guru kini sibuk menanda kertas soalan. Bagi murid pula pastinya berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan. Keputusan peperiksaan ini penting untuk menentukan kelas pada tahun hadapan dan bakal menerima hadiah berdasarkan keputusan pepriksaan akhir tahun ini. Para guru juga pastinya bersedia untuk 'headcount'nya.

Thursday, October 14

Kita berfikir.....

Masalah tidak akan selesai jika disambut atau ditangani dengan marah atau sumpah seranah. Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita adalah doa. Oleh itu kenalah dituturkan melalui doa-doa yang baik.Setiap kesalahan harus dinasihati dan pujuk dengan kata-kata rasional. Jangan musuhi mereka. Tiada ada pendidik yang boleh dianggap berjaya tanpa menjadikan dirinya sebagai contoh teladan kepada anak-anak didiknya. Anak-anak berhak diperlihatkan dengan contoh teladan dalam soal kesabaran, keberanian, keyakinan, adab, sopan santun. dari situ mereka akan belajar seperti apa yang dicontohkan.Peranan guru kaunseling dan disiplin perlu hadir seiring untuk menangani murid-murid bermasalah dan membina kesedaran untuk berubah, seterusnya memberi ruang pada diri mereka untuk memberi manfaat kepada masyarakat sehingga menimbulkan keadaan yang melayakkan mereka rasa dihargai.

Monday, October 11

Kalau dah jodoh tak ke mana......






Tiga orang wakil dari SK Kampong Daching telah mengikuti Ceramah Jambatan Ilmu Rakan kamus anjuran IPG Kampus Raja Melewar dengan kerjasama DBP Kuala Lumpur yang telah diadakan pada 11. 10. 2010 bertempat di Balai Ilmu.Bak kata pepatah 'Kalau dah jodoh, tak kemana' begitulah yang terjadi kepada salah seorang guru yang asalnya terpaksa mengikuti kursus lain, tetapi akhirnya ke Ceramah Jambatan Ilmu juga.

Wednesday, October 6

Penyerahan kutipan Derma Untuk GAZA 2010



Kuala Lumpur, 6 Oktober : Misi menghantar wang sumbangan warga SK Kampong Daching untuk GAZA telah selesai. Diketuai oleh Guru Penolong Kanan Hem , En Arifin B Hj Ismail dan diiringi oleh Cikgu Riduan dan Cikgu Firdaus. Rombongan ke Masjid Wilayah Persekutuan , Jalan Duta ini tiba tepat 1.50 minit petang. Selesai solat Zuhur, kami bertiga terus ke pejabat Dewan Pemuda Masjid Malaysia yang terletak di bangunan sama. Kunjungan kami ini diserikan dengan pemberian cenderahati berupa 'mafla palestine' oleh petugas Dewan Pemuda Masjid Malaysia yang mampu meningkatkan semangat perjuangan membebaskan bumi Palestin. Sumbangan yang tidak seberapa dari kami warga SKKD di harap dapat membantu saudara kita di sana.

Saturday, October 2

Biarlah Sapi yang Dapat Nama


Belajarlah berasa bahagia dengan membuat kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Jika kita sibuk melakukan kebaikan, kita tidak akan sempat melihat keaiban orang lain. Jika kita masih sempat, itu petanda kebaikan yang kita buat masih sedikit. Dan kita masih belum benar-benar baik.Tetapi sesungguhnya, sukar sungguh untuk mendidik hati agar rasa begitu.Kita harus ingat, ramai orang yang tidak bahagia dengan jawatan, harta dan nama yang tersohor tetapi lebih ramai orang yang tidak bahagia kerana dengki akan harta, jawatan dan nama yang dimiliki oleh orang lain. Yang satu 'tak dapat' apa yang mereka dapat. yang satu golongan lagi 'tak dapat' apa yang mereka memang tak dapat!". KESIMPULANNYA..."Biarlah sapi yang dapat nama....kerana kita bukannya lembu yang terkenal dengan kedunguannya!" TIDAK ADA MILIK KITA. SEMUA YANG ADA, ALLAH YANG PUNYA!

Thursday, September 30

Tukarkan masalah kepada Peluang.

Sesuungguhnya, segala-galanya bermula dari dalam fikiran. Kalau fikiran kita mengatakan bahawa kita sedang berhadapan dengan masalah, maka perkara itu akan menjadi masalah dan bebanan. Tetapi, kalau fikiran kita mengatakan bahawa kita sedang berhadapan dengan peluang maka kita selangkah untuk mencapai kejayaan. Segala-galanya bermula dari dalam fikiran kita. Fikiran kita akan menentukan hala tuju berlandaskan keimanan.

Wednesday, September 29

Kejohanan Futsal UPSR 2010 peringkat SK Kampong Daching



Kg. Daching Hilir, 29 September : Aktiviti fusal menjadi pilihan murid Tahun 6 SKKD bagai mengisi masa selepas tamatnya peperiksaan UPSR minggu lalu. Kejohanan peringkat sekolah ini telah disertai 4 buah pasukan bagi kategori lelaki dan 4 buah pasukan kategori perempuan. Seramai 4 orang guru secara bergilir-gilir telah memantau kejohanan ini. Kejohanan ini juga bertujuan memilih 8 orang pemain yang bakal mewakili sekolah ke pertandingan futsal peringkat Daerah nanti. Berikut keputusan kejohanan dan murid yang terpilih mewakili pasukan futsal sekolah.

Kategori lelaki :

Pertama - Kambing Liar
Kedua - Monyet
Ketiga - Harimau
Keempat - Cheetah

Kategori perempuan:

Pertama - Tulip
Kedua - Kaktus
Ketiga - Orkid
Keempat - Mawar

Senarai pelatih : (L)
1. Amirul Hakim
2. Afif
3.Karim
4. Qayyum
5. Rasul
6.Rosli
7. Muhaimin
8. Asraf

Senarai pelatih : (P)
1. Hafizah
2.Nabila
3.Nasha
4. Shikin Ramli
5. Shikin Rahim
6. Shahira Afendi
7.Aishah Eidi
8. Fazlin