Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Monday, February 28

Tahniah kepada Pemimpin kecil sekolah….





Hari ini berlangsung majlis penyampaian tali leher kepada semua pemimpin kecil sekolah yang terdiri daripada ketua pengawas, penolong ketua pengawas, ketua pengawas perpustaakaan, penolong ketua pengawas perpustakaan, ketua darjah dan penolong ketua darjah. Semoga dengan adanya tali leher ini akan menjadi pemangkin kepada semua pemimpin kecil ini untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. TAHNIAH JALANKAN AMANAH DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB.

SELAMAT DATANG GURU BAHARU…..


Selamat datang kepada Cik Nurul Asyikin Bte Che Aziz yang baru melaporkan diri di SK Kampong Daching pada 21. 02. 2011. Beliau merupakan seorang guru J-Qaf yang akan menjalani latihan di IPG Kampus Raja Melewar. Beliau berkelulusan Bacelor Syariah dari Universiti Jordan. Moga menjadi guru yang berdedikasi dalam membentuk pembangunan insane di sekolah ini.

Tuesday, February 22

Persiapan untuk meraih kejayaan..........

Persiapan pertandingan Bahasa Melayu sekolah rendah sedang giat dijalankan. Semoga pada tahun ini SK Kampong Daching akan berjaya dalam pertandingan peringkat Daerah Seremban 1 dan seterusnya berjaya mewakili Daerah Seremban 1 dalam pertandingan peringkat negeri. Pada tahun ini SK Kampong Daching akan menyertai pertandingan Bahas Sekolah Rendah, Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan 2, Pertandingan Mengarang Tahap 1 dan 2 serta pertandingan Pidato 1Malaysia. Latihan sedang giat dijalankan. SEMOGA PADA TAHUN INI PASUKAN SEKOLAH AKAN BERJAYA.

Thursday, February 10

Lawatan Penandaan Aras Daripada IPGM Kampus Raja Melewar





Selamat Datang diucapkan kepada 40 orang guru pelatih Pemulihan Khas dan dua orang pensyarah pengiring daripada IPGM Kampus Raja Melewar, Seremban.Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat bagaimana Program Pemulihan Khas dilaksanakan disekolah-sekolah. Di samping itu ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua guru pelatih akan situasi yang sebenar berlaku disekolah. Dengan ini, akan memberi pendedahan awal kepada semua pelatih apabila bertugas disekolah nanti.Pengalaman berharga ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Riduan Bin Muhamad Yusof dan Encik Ayub Bin Mat Dahan iaitu dua orang guru Pemulihan Khas.

Sunday, January 30

Menumpang Kasih di Sekolah

Masa kanak-kanak kita banyak dihabiskan di sekolah. Banyak pengalaman yang kita perolehi di sekolah secara sedar mahupun tidak sedar. Tugas seorang guru memang berat, berat mengikut peredaran masa. Walaupun proses pembentukan peribadi setiap individu bermula di rumah tetapi guru juga mempunyai impak yang dalam proses pembentukan ini. Selain itu guru juga sering dijadikan teladan kepada murid. Pasti diri kita mahupun sesetengah orang dapat mengingat apa yang berlaku semasa di alam persekolahan. Oleh hal demiukian, tidak hairanlah jika ada murid yang tidak dapat melupakan jasa guru walaupun sudah meninggalkan alam persekolahan. Kalau di sekolah kita amati pasti terdapat murid yang menumpang kasih di sekolah.

Pengalaman seorang teman yang begitu menyanjung gurunya mungkin dapat dikongsi bersama. teman yang telah kematian ibunya sejak berusia lima tahun sering ke sekolah dengan keadaan yang kurang terurus. pernah, ketika di sekolah rendah, beberapa butang bajunya tercsabut, lalu meminta ayahnya menjahitkan butang bajunya. Sayangnya ayahnya terlalu sibuk untuk menolong. Dia cuba meminta kakaknya menolong, jawapannya pun menghampakannya. Akhirnya, dia menjahit butang baju itu seadanya-menggunakan butang pelbagai warna. Di sekolah, gurunya terpandang akan butang bajunya yang agak kurang sempurna. Gurunya meminta dia menanggalkan bajunya, lalu menjahit butang baju itu semula.

Mungkin pengalaman teman tadi dianggap biasa-biasa sahaja oleh sesetengah orang, namun meninggalkan kesan yang mendalam bagi murid yang kehausan kasih sayang seorang ibu sepertinya.

Alangkah indah jika kita pun begitu dikenang kerana menyumbangkan sesuatu dalam diri murid......

Sunday, January 23

Perjumpaan Ibu bapa tahun 6......Selamat bertugas Setiausaha Peperiksaan Baharu..























Pada 22hb. Januari 2011 satu perjumpaan ibu bapa dan guru-guru tahun 6 telah diadakan di dewan sekolah. Majlis ini telah dihadiri bersama YDP PIBG Encik Mazley Bin Jamaludin. dalam perjumpaan tersebut Puan Siti Fatimah Bte Wahab telah membentangkan program UPSR tahun 2011. Kehadiran ibu bapa sangat mengalakkan . Di samping itu guru mata pelajaran telah mengulas keputusan Peperiksaan Pengesanan Prestasi 2011 bagi murid yang akan mengambil peperiksan pada 13, 14 dan 15 September. Keseluruhan semua guru berjanji akan meningkatkan prestasi murid pada tahun ini.

Wednesday, January 19

Detik bersejarah itu kembali lagi.......





Pada 18hb Januari 2011 satu lagi detik bersejarah tercipta di SK Kampong Daching. Rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban yang diketuai oleh Ustaz Mohamed Zaki Bin Ab Ghani, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Tujuan rombongan ini adalah untuk menyampaikan penghargaan kepada pihak sekolah di atas kejayaan dalam peperiksaan UPSR tahun 2010. Seramai 13 orang murid yang mendapat 5A iaitu 33.33% daripada keseluruhan murid tahun 6. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan PIBG SK Kampong Daching iaitu Encik Mazley Bin Jamaludin. Dalam ucapannya Ustaz Mohamed Zaki mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga sekolah di atas pencapaian ini. Beliau berharap agar pencapaian ini dapat dikekalkan dan seterusnya dipertingkatkan pada masa akan datang. YDP PIBG merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus demi kejayaan anak-anak kampung di SK Kampong Daching ini. semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada semua murid di sekolah ini dan bertekad serta berazam untuk menjadi seorang murid yang berjaya didunia dan akhirat.