Sekali lagi SK Kampong Daching berjaya melahirkan peserta untuk ke peringkat kebangsaan. Kali ini adik Siti Mawadah Binti Mustapha berjaya untuk kali kedua mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan bahasa. Jika tahun lepas beliau mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan bercerita peringkat kebangsaan di Pulau Pinang, kali ini beliau berjaya mewakili Negeri Sembilan dalam program Bakat 1Malaysia. Pencapaian beliau ini telah menepati sasaran KPI Panitia Bahasa Melayu SK Kampong Daching.
Thursday, June 14
Wednesday, May 16
Selamat Hari Guru 2012
Al-Quran telah memberikan beberapa garis panduan
sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan antara
seseorang dengan seseorang insan yang lain. Antara ayat al-Quran yang
menjelaskan tentang perkara di atas termasuklah:
“Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan
(kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang
diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah)
Allah maha kaya dan maha penyantun”. (Surah Al-Baqarah: 263)
Guru dengan itu mestilah sentiasa
bersedia menerima pandangan para muridnya dan sebarang kesilapan atau
kekurangan padanya mestilah diperbetulkan juga dengan cara yang berhikmah
bukannya dengan sindiran sinis atau memperlekehkannya. Di dunia tanpa batas
ini, guru perlu bersedia melakukan transformasi. Tidak perlu untuk mengikuti
setiap inci perkembangan dan minat muridnya tetapi cukup kiranya memiliki
sedikit sebanyak pengetahuan tentang minat dan perkembangan terkini dunia muda
belia. Hal ini pastinya dapat merapatkan jurang perbezaan pemikiran antara murid dengan guru serta memudahkan interaksi.
Hadis Rasulullah SAW yang
maksudnya: “Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu
tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari daripada guru”
(Mastika Hadis di dalam nota untuk Hadis ke-20) menegaskan dan memperkukuhkan
hal ini. Kesannya, pemerolehan ilmu melalui buku, sumber digital dan Internet
adalah boleh diragui kebenaran, kesahihan dan ketepatan pemahamannya. Ini
bersalahan dengan maksud ilmu yang dinyatakan terdahulu.
Wednesday, May 2
Tahniah.....kepada pasukan bahas
Pada 30 April 2012 yang lalu, SK Kampong Daching telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bahas peringkat Seremban 1. Pertandingan bahas ini telah diadakan di SK Jijan, Labu. Peserta SK Kampong Daching terdiri daripada Siti Mawaddah Binti Mustapha, Nur Syafiqah Binti Safrin, Mohd Najmi, Mohamad Saiful Nizam dan Khairunisa Binti Abd Aziz. Tahniah kepada pasukan bahas sekolah.
Permulaan yang baik.....
Pada 28 April yang lalu, SK Kampong Daching telah muncul sebagai pemenang tempat ke-3 dalam pertandingan Bicara Berirama yang telah diadakan di SK Wawasan. Pertandingan ini baru diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Pertandingan berkumpulan ini telah disertai oleh 30 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Terima kasih kepada En. Mohd Fadzil Bin Abdullah, Encik Goh Chee Kean dan Puan Siti Mariyam Hj Othman yang telah membawa para peserta ke tempat pertandingan di SK Wawasan. Terima kasih juga kepada guru-guru yang memberi pandangan dalam proses membentuk pasukan sekolah dalam pertandingan ini.Walaupun cetek pengalaman, namun usaha yang gigih akan membuahkan hasil yang baik. Semoga kejayaan ini akan menjadi dorongan yang lebih besar lagi pada masa hadapan.
Tuesday, May 1
Daching Nine FC Tunjuk Taring Di Padang SK KLIA
Kompleks Klia, 28 Mac : Pasukan Bawah 10 Tahun , Daching Nine FC memulakan aksi di Kejohanan Liga Perdana Prokid Academy 2012 dengan keputusan positif. Pasukan yang dilatih oleh Cikgu Arifin bin Hj ISmail menang 2 dan seri 1 perlawanan di minggu ke 2 liga.
Daching Nine FC memulakan perlawanan pertama menentang SK Desa Cempaka, ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama, Daching Nine kembali menyusun rentak kemenangan bagi memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.Perlawanan ke dua Daching Nine bertemu KJF Ghome Kids juga bermula dengan episod sama apabila Daching Nine FC ketinggalan 0-1 hampir keseluruhan permainan namun jaringan sendiri pemain lawan di minit akhir membolehkan mencatat keputusan seri. Daching Nine FC 1 - 1 KJF Ghome Kidz. Rentak kemenangan kembali diraih Daching Nine FC apabila menentang pasukan Prokids Academy B dengan 8-0. Pesta gol Daching Nine dibantu oleh kepincangan pasukan lawan yang beraksi dengan hanya 8 pemain disepanjang perlawanan.
Daching Ninen FC kini dikedudukan ke 3 liga selepas 3 perlawanan dengan 3 perlawanan lagi menanti pada 5 Mei 2012. Doakan kejayaan Daching Nine FC.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan penaja . Selepas perlawanan pemain dan pegawai pasukan diraikan dengan jamuan tengahari di rumah GPK KOKO SK Kg Daching, Cikgu Shaharudin. Terima kasih daun keladi.
oleh : Mohd Riduan bin Mohamad Yusof
Pengurus Daching Nine FC
Perkampungan Bahasa Peringkat Negeri 2012
Tahniah Buat Adik Syifa
Tahniah buat adik Syifa kerana telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan mengarang Tahap 1 Daerah Seremban 1. Adik Syifa akan mewakili Daerah Seremban 1 ke peringkat negeri yang akan di adakan di SK Wawasan pada 23 Jun 2012. Semoga kejayaan adik Syifa ini akan menjadi pemangkin kepada murid-murid yang lain untuk mencapai kejayaan. Teruskan kecemerlangan, moga berjaya diperingkat negeri nanti. Warga SKKD mendoakan kejayaan adik Syifa.
Subscribe to:
Posts (Atom)