Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Friday, August 24

Takziah Buat Teacher Suzi Sekeluarga

Kami warga SK kg Daching ingin menyampaikan ucapan takziah kepada guru Bahasa Inggeris SK Kg Daching, Pn Suzilawati yang kehilangan ibu tercinta pada petang Khamis 23/8/2012. Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi kehilangan ini. Al Fatihah.........

Tuesday, August 7

Khidmat Terbaik Juga Satu Sedekah

Penghayatan semangat Ramadan dalam segala bidang kukuh sahsiah diri

Apabila bekerja pada Ramadan, fikiran dan hati kita sewajarnya diisi dengan semangat dan keinginan untuk menggandakan usaha sama ada secara kuantiti mahupun kualiti sesuai gandaan ganjaran, kemuliaan serta keistimewaan Allah SWT anugerahkan di bulan penuh kerahmatan ini.
Atau sebaik-baiknya kita berusaha menampung serta menggantikan sebarang bentuk kekurangan kerja semalam demi merebut dan bersyukur dengan segala limpahan yang Allah SWT janjikan pada bulan ini.

Diriwayatkan oleh Salman al-Farisi, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan (pada Ramadan) secara sukarela satu perkara daripada perkara kebaikan (sunat), maka dia seperti orang yang menunaikan kefarduan pada masa yang lain. Sesiapa menunaikan (pada Ramadan) suatu kefarduan, maka dia seperti orang yang menunaikan 70 kewajipan pada masa yang lain.”

Bulan Kualiti

Justeru, saya tertarik apabila ada organisasi mengadakan Bulan Kualiti pada Ramadan. Program diatur boleh mengingatkan dan mencabar kesungguhan diri bagaimana kita boleh menjana kualiti serta meningkatkan prestasi lebih baik berbanding bulan lain.

Ramadan sering dirujuk bulan memperbanyakkan beribadat dan bersedekah, sedangkan selain daripada itu tidak pula dianggap sebagai ibadat. Menghulur selain daripada wang ringgit dan harta pula, tidak difahami sebagai suatu sedekah.
Kefahaman ini jika dibiarkan boleh mencacatkan suasana dan hasil kerja pada bulan ini. Atas semangat ini juga kita menyemarakkan kegigihan bekerja dengan sukarela dan senang hati sambil memujuk diri bersabar menghadapi segala kesulitan dalam keadaan berpuasa sebagai suatu latih tubi.

Pengertian sedekah lebih luas

Justeru, menyegerakan urusan bagi sesuatu permohonan, mempercepatkan pembayaran, menjawab panggilan telefon serta melayan pelanggan semasa waktu rehat juga antara contoh ibadat dan sedekah di tempat kerja.

Menurut Islam, setiap kebaikan itu nilainya adalah ibadat dan apabila Allah SWT memerintahkan kita menafkahkan sebahagian harta ke jalan-Nya, tujuannya adalah sebagai tanggungjawab sosial dan untuk mengelak keburukan pada diri pemilik.

Kefahaman dan semangat inilah maka Prof Dr Yusof al-Qaradawi melebarkan maksud sedekah dalam bukunya Dawru al-Qiyam wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad Islamiy.

Sumbang buah fikiran

Salah satu caranya ialah bersedia menyumbang tenaga dan buah fikiran di tempat kerja tanpa dipaksa, menunggu arahan atau mengharapkan pujian. Inilah antara maksud mendalam yang terkandung dalam konsep sedekah meliputi segala kemampuan dimiliki.

Segala keupayaan dan kemampuan inilah menjadi modal dan ‘harta’ bersedekah. Firman Allah SWT: “Orang yang menafkahkan hartanya di malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah, ayat 274)

Konsep kerja

Jika konsep sedekah diterjemahkan dalam bekerja, beberapa parameter atau bentuk bersedekah ialah melakukan sesuatu kerja dengan inisiatif sendiri tanpa arahan tertakluk kepada bidang kuasa dan peraturan.

Menyiapkan kerja lebih awal atau dalam tempoh dikehendaki tanpa perlu diberikan peringatan berulang, bersedia memperuntukkan lebih masa untuk kerja, melayani pelanggan atau melayan panggilan telefon walaupun di luar waktu pejabat.

Usaha ini walaupun kemungkinan sukar untuk dipertimbangkan pada bulan lain tetapi pada Ramadan yang mana Allah SWT menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda, menjadikan kita lebih ringan tulang.

Usaha ini menjadikan Ramadan madrasah untuk melahirkan insan lebih baik bukan sekadar pada ibadat khususnya seperti solat, zikir dan tadarus malahan juga pada kerjaya.

Kefahaman yang betul mengenai ibadat dan sedekah kerja ini bukan sekadar bermanfaat untuk organisasi tetapi juga setiap kita supaya semangat Ramadan diserapkan dalam segenap keadaan, sekali gus membentuk kekuatan sahsiah.

Menurut pandangan Pendeta Zaaba, antara kelemahan masyarakat ialah apabila lemahnya sahsiah yang antaranya terlalu bergantung kepada orang lain, kurang hemah dan lemah cita-cita.

Dipetik dalam akhbar Berita Harian ( Penulis Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)

Tuesday, July 31

Berusaha......Bertawakal


ERTI TAWAKAL :

Tawakal kepada Allah Ta’ala ialah menyerahkan urusan kepadaNya, bergantung kepadaNya dalam semua keadaan, berlepas diri daripada daya upaya sendiri dan bergantung kepada daya dan kekuatanNya.




KEPENTINGAN TAWAKAL

Sifat ini harus dipupuk dan dibajai sebaik mungkin oleh para murid. Tanpa tawakal yang tinggi kepada Allah, mana mungkin kita dapat mengharungi ujian yang menimpa. Setelah kita berusaha sedaya upaya, tiada usaha yang dapat dilakukan untuk mendapatkan kejayaan, melainkan tawakal kita kepada Allah dengan sepenuh hati. Usaha yang dibuat selama ini, tiada nilainya, andai tiada pergantungan kepada Allah.  Apa yang penting kita harus berusaha tanpa mengenal erti jemu. Tiada istilah “ kalau” bagi orang yang bertawakal setelah segala usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh. Antara ayat-ayat yang berkaitan dengan bertawakal adalah seperti berikut;

1. أللّهم أسلمتُ نفسِي اليكَ وِفوضتٌ أمرِي اليك

( Wahai Allah, aku serahkan diriku kepada Mu, dan aku serahkan segala urusanku kepadaMu ) Riwayat al-Bukhari dan al- Muslim

2. بسم الله أمنتٌ بالله اعتصمـتٌ بالله توكلتٌ على الله لا حول ولا قوة الاّ بالله

( Dengan Nama Allah, aku beriman, dengan Allah aku berperang, dengan Allah aku bertawakal, kepada Allah yang tiada sebarang kekuatan kecuali kekuatran Allah ) Riwayat Ahmad
Kepada semua murid yang dikasihi berusahalah selagi ada peluang dan jangan lepaskan peluang yang ada. InsyaAllah, Allah tidak pernah melupakan orang yang sentiasa berusaha.

Monday, July 30

Selamat Datang.....moga menjadi guru dedikasi...


Pada 23. 07. 2012 yang lalu seramai dua orang guru pelatih telah ditempatkan di SK Kampong Daching untuk menjalini latihan praktikum kali ke-2. Mereka terdiri daripada Nor Azrin Bin Norbani dan Mohd Qarib Bin Zainal Abidin yang merupakan pelatih IPGM Kampus Raja Melewar, Seremban. Kedua-dua pelatih ini merupakan opsyen Pemulihan/ Bahasa Melayu. Semoga menjadi seorang guru yang berdedekasi dalam mengharungi cabaran dalam bidang perguruan. Jadikan pratikum ini sebagai medium untuk menambahkan ilmu yang sebenar.

Tuesday, July 24

Program Ihyak Ramadhan 2012

SK Kg Daching, 20 Julai : Betempat di Dewan SK Kg Daching telah di adakan pelancaran program Ihyak Ramadhan 2012 peringkat SK Kg Daching. Program anjauran Panatia Agama Islam ini telah dirasmikan oleh GPK Hem, En Arifin bin Hj Ismail mewakili guru besar. Antara intipati ucapan beliau ialah beliau menyeru agar semua murid menghayati pengertian Ramadhan yang sebenar. Selain berpuasa kita digalakkan memperbanyakkan amalan seperti membaca al-quran dan berzikir. Beliau berharap agar murid yang berada di tahap satu mula berlatih puasa kerana kantin sekolah akan ditutup sepanjang Ramadhan ini. Majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran, sajak dan nasyid bertemakan Ramadhan yang dipersembahkan oleh murid SK Kg Daching. Sepanjang Ramadhan ini, Panatia Agama Islam telah merancang beberapa program bagi mengimarahkan bulan Ramadhan kali ini.

Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat SK Kg Daching

Kg Daching Hilir, 17 Julai : Bertempat di dataran perhimpunan SK Kg Daching telah diadakan majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat SK Kg Daching. Program yang berjalan serentak di seluruh negara ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, En Noorlin bin Saad. Program yang dikelolakan oleh unit Hem SKKD dan diketuai oleh En Ariffin bin Hj Ismail selaku pengerusi sambutan. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dang nyanyian lagu Negaraku. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pelancaran oleh guru besar. Seterus majlis diserikan lagi dengan ceramah kemerdekaan yang disampaikan oleh Mejar (B) Jaafar bin Zainal Abidin merupakan antara anak jati Kg Daching yang berpengalaman bertugas sebagai tentera di era pasca kemerdekaan. Kemuncak acara pada hari itu ialah penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada pasukan berbasikal SK Kg Daching oleh guru besar. Akhir sekali telah diadakan konvoi berbasikal mengibarkan bendera di sekeliling Kg Daching disertai hampir 30 buah basikal.
Unit Hem akan menganjurkan beberapa acara bagi memeriahkan kempen Kibar Jalur Gemilang yang akan tamat pada 16 September 2012.

Monday, July 23

Sekitar Bengkel Menjawab Soalan UPSR Kali ke-2


Syukur alhamdulillah Bengkel Menjawab Soalan kali ke-2 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terdapat dua buah sekolah jemputan yang turut bersama iatu SK Sungai Jai dan SK Dato' Klana Putra. Semoga ikatan dan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.  Terima kasih juga kepada semua penceramah jemputan iaitu Encik Johar, penceramah BM,  Encik Husni penceramah Matematik, Encik Masli, penceramah Sains dan Puan Salbiah penceramah Bahasa Inggeris dan juga penceramah dalaman Encik Ahmad Zuraidi Abd Wahab , penceramah B. Inggeris yang telah mencurahkan ilmu untuk memastikan semua murid dapat tips yang berguna untuk persediaan menjawab soalan Pra UPSR yang akan diadakan pada 24, 25 dan 26 Julai ini. Unit peperiksaan dan Penilaian juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang sempat hadir dalam bengkel menjawab soalan kali ini. Kepada semua murid tahun 6 agar bengkel ini dapat memberi tips-tips yang berguna untuk dibawa ke bilik peperiksaan nanti. InsyaAllah usaha  yang berterusan akan membawa kejayaan.