Satu majlis berbuka puasa, bacaan yasin, solat hajat serta bertarawikh telah diadakan di SK Kampong Daching. Majlis ini telah disertai oleh seluruh warga SKKD, Iman Masjid kampung Daching, Ketua Kampung serta ibu bapa murid tahun 6. Majlis ini telah dianjurkan bersama oleh dua orang guru pelatih iaitu saudara Nasrun dan saudara Hilmi bersama mentor mereka iaitu saudara Mohd Riduan Bin Muhammad Yusof, dengan kerjasama PIBG serta murid-murid tahun 6. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SKKD yang telah memberi kerjasama penuh dalam menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga kepada Encik Hasnoladie serta isteri yang membantu dalam menyediakan masakan untuk para tetamu. Tidak ketinggalan juga kepada semua ibu bapa tahun 6 yang menghulurkan juadah untuk berbuka puasa. JASA ANDA TETAP DIKENANG.
Monday, July 29
Sunday, July 28
Selamat Datang Puan Siti Hawa......
Selamat menjadi warga Sk. Kampong Daching kepada Puan Siti Hawa Binti Ahmad. Beliau menggantikan En. Mohd Firdaus Bin Mustafa yang telah bertukar ke Kelantan mulai 01. 07. 2013 yang lalu. Pihak sekolah berharap agar beliau dapat mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini dengan penuh semangat serta dedikasi. Beliau merupakan guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Perguruan Kampus Tun Hussain Onn Batu Pahat. SELAMAT MEMULAKAN TUGAS DI SKKD.
Monday, July 15
Majlis Perpisahan Cikgu Mohd Firdaus di Restoran Nasi Arab Damsyik
Pada 8. 7. 2013 yang lalu satu majlis jamuan perpisahan Cikgu Mohd Firdaus telah diadakan di Restoran Nasi Arab Damsyik, Seremban. Hampir semua keluarga SKKD hadir dalam majlis tersebut. Cikgu Mohd Firdaus telah berpindah ke negeri asalnya iaitu Kelantan dan akan memulakan tugas di salah sebuah sekolah di Gua Musang. Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas segala pengorbanan beliau dalam mendidik anak-anak murid di sekolah ini. Semoga beliau akan meneruskan kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa di tempat asalnya. Seluruh warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.
Tuesday, July 9
Sejarah Tercipta......Tahniah
Pada 29 Jun 2013 yang lalu sekali lagi sejarah tercipta di mana tiga orang peserta pertandingan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kampung Daching telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri yang telah diadakan di SK Undang Rembau. Wakil sekolah telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Pidato, Bercerita Tahaap 1 dan mengarang tahap 1 serta mendapat saguhati dalam pertandingan bercerita tahap 2. Tahniah kepada adik Nur Aina Fatin , adik Muhammad Amirul Aiman serta adik Rabiatul Adawiyah yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Tahniah juga kepada Puan Siti Mariyam Binti Haji Othman yang merupakan pembimbing pasukan sekolah.
Friday, June 28
Program Motivasi dan Bengkel Menjawab Soalan 2013
Syukur alhamdulillah setelah tertangguh beberapa kali akhirnya Program Motivasi dan Bicara Ilmu dapat dijalankan pada 21, 22 dan 24 Jun yang lalu. Jutaan terima kasih semua ibu bapa tahun 6 yang bersama-sama memasak dalam program ini. Program memasak ini telah diketuai oleh Encik Hasnaoladie Bin Bahari. Terima kasih juga kepada semua guru SKKD yang telah bersama menyokong dalam menjayakan program motivasi ini. Semoga keputusan UPSR pada tahun ini akan meningkat. Marilah sama-sama kita berdoa.
Thursday, June 20
Tahniah pasukan Bicara Berirama Sekolah
Pada 15. 06. 2013 yang lalu SK Kampong Daching telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah dalam pertandingan Bicara Berirama peringkat Seremban 1. Pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut serta memenangi hadiah dalam kategori skrip terbaik. Terima kasih kepada Pn. Siti Mariyam Haji Othman dan Pn. Faizah Binti Ali yang telah membimbing pasukan Bicara Berirama ini. Terima kasih juga kepada seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan pertandingan ini. Terima kasih daun keladi........
Naib Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri 2013
Syukur alhamdulillah satu lagi kejayaan telah dicapai oleh murid SK Kampong Daching. Kali ini dalam pertandingan sahibba peringkat negeri yang telah diadakan di SMK Dato Abdul Samad Tanjong Ipoh Kuala Pilah. Sekalung tahniah buat adik Nur Fathiah Binti Zainullah yang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Pertandingan sahiba ini merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Tengah. Tahniah juga kepada Puan Siti Mariyam kerana telah berjaya membimbing pasukan sekolah dalam pertandingan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)