Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, October 30

Pidato Piala Diraja Peringkat Kebangsaan Tahun 2013

Pada 21-24 September yang lalu seorang murid SK Kampong Daching telah mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Dewan Serbaguna , Istana Negara. Nur Aina Fatin Binti Mohayidin murid tahun 6 SK Kampong Daching telah mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan tersebut. Terima kasih juga kepada Cik Nurul Asyikin Binti Che Aziz yang telah menjadi guru pengiring . Walaupun tidak membawa kejayaan tetapi pengalaman yang telah dilalui cukup berharga. Tahniah!


Saturday, August 31

Majlis Bacaan Yasin Perdana dan Solat Hajat Serta Meraikan Rkan Menunaikan Fardu Haji

Syukur alhamdulillah, segala perancangan yang telah dirangka akhirnya membenihkan sinarnya. Detik 30 . 08. 2013 yang lalu telah berlangsung majlis bacaan yasin perdana dan solat hajat bagi murid-murid yang menduduki UPSR 2013. Walaupun program ini merupakan satu majlis rutin yang akan dilaksanakan disetiap sekolah tetapi majlis ini memberi makna yang besar bagi ibu bapa serta murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. InsyaAllah segala usaha telah dilakukan, apa yang harus dilakukan kini ialah berdoa agar segala usaha yang murni ini akan membuahkan hasil. Terima kasih kepada Imam masjid Kampung Daching iaitu Tuan Haji Amir, Encik Mazley Bin Jamaludin, Tuan Haji Ramli serta para ibu bapa yang hadir dalam majlis tersebut. Tidak ketinggalan juga kepada guru-guru yang yang sempat hadir dalam majlis ini. Terima kasih juga kepada Encik Goh Chee Kean guru yang bukan beragama Islam yang hadir bersama memberi sokongan kepada murid yang akan menduduki UPSR tahun ini. Kepada Puan Siti Mariyam dan suami serta Puan Faizah dan suami, pihak sekolah mendoakan agar diberi kesihatan semasa menunaikan fardu Haji serta dapat melakukan rukun yang wajib serta sunat. Semoga mendapat haji mabrur. Amin. 




Sambutan Hari Raya dan Bulan Kemerdekaan 2013

Pada 30 . 08. 2013 yang lalu SK Kampong telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah dan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Terima kasih kepada semua murid yang telah membawa kuih raya serta makanan untuk jamuan semua warga SKKD. Konsep berkunjung antara kelas diharap dapat memupuk ikatan persaudaraan yang lebih erat. Murid juga telah ditayangkan video detik-detik kemerdekaan Tanah Melayu. Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberi pendedahan awal kepada murid agar mencintai negara Malaysia. "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku".



Thursday, August 22

Terima kasih kerana pernah hadir.....

Terima kasih kerana pernah hadir dalam keluarga Sk Kampung Daching. Walau jangka masa hanya 7 bulan lebih, namun kami warga SKKD mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas guru besar kami iaitu Encik Arifin Bin Md Yusof kerana telah banyak mengubah langskap sekolah ini. Beliau telah memulakan tugas sebagai guru besar mulai 16. 12. 2012 dan berakhir secara rasmi pada 30. 6. 2013 yang lalu. Beliau telah ditukarkan di SK Bukit Rokan Barat (Felda). Seseorang pernah mengungkapkan, “Perpisahan bukan bererti kita tidak akan bertemu kembali; perpisahan hanyalah nasihat agar kita tetap akrab saat bertemu kembali.” Hanya bibit-bibit kegembiraan dan kemesraan yang beliau tinggalkan, jadi kami amat berterima kasih selama beliau bersama. Walau hilang ceritamu, namun di hati tetap abadi sentuhanmu

Monday, July 29

Sekitar Majlis Berbuka Puasa...





Satu majlis berbuka puasa, bacaan yasin, solat hajat serta bertarawikh telah diadakan di SK Kampong Daching. Majlis ini telah disertai oleh seluruh warga SKKD, Iman Masjid kampung Daching, Ketua Kampung serta ibu bapa murid tahun 6. Majlis ini telah dianjurkan bersama oleh dua orang guru pelatih iaitu saudara Nasrun dan saudara Hilmi bersama mentor mereka iaitu saudara Mohd Riduan Bin Muhammad Yusof,  dengan kerjasama PIBG serta murid-murid tahun 6. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SKKD yang telah memberi kerjasama penuh dalam menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga kepada Encik Hasnoladie serta isteri yang membantu dalam menyediakan masakan untuk para tetamu. Tidak ketinggalan juga kepada semua ibu bapa tahun 6 yang menghulurkan juadah untuk berbuka puasa. JASA ANDA TETAP DIKENANG.

Sunday, July 28

Selamat Datang Puan Siti Hawa......

Selamat menjadi warga Sk. Kampong Daching kepada Puan Siti Hawa Binti Ahmad. Beliau menggantikan En. Mohd Firdaus Bin Mustafa yang telah bertukar ke Kelantan mulai 01. 07. 2013 yang lalu.  Pihak sekolah berharap agar beliau dapat mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini dengan penuh semangat serta dedikasi. Beliau merupakan guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Perguruan Kampus Tun Hussain Onn Batu Pahat. SELAMAT MEMULAKAN TUGAS DI SKKD.

Monday, July 15

Majlis Perpisahan Cikgu Mohd Firdaus di Restoran Nasi Arab Damsyik




Pada  8. 7. 2013 yang lalu satu majlis jamuan perpisahan Cikgu Mohd Firdaus telah diadakan di Restoran Nasi Arab Damsyik, Seremban. Hampir semua keluarga SKKD hadir dalam majlis tersebut. Cikgu Mohd Firdaus telah berpindah ke negeri asalnya iaitu Kelantan dan akan memulakan tugas di salah sebuah sekolah di Gua Musang. Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas segala pengorbanan beliau dalam mendidik anak-anak murid di sekolah ini. Semoga beliau akan meneruskan kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa di tempat asalnya. Seluruh warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.