Syukur alhamdulillah SK Kampong Daching sekali lagi menempa kejayaan dalam UPSR. Satu lawatan tanda penghargaan telah diadakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan yang diketuai oleh Encik Zainal Abidin Bin Ahmad iaitu Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah. Dalam ucapan beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang banyak memainkan peranan dalam kejayaan sekolah. Di samping itu beliau berharap agar sekolah akan dapat meningkatkan keputusan yang lebih baik dalam UPSR pada tahun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kejayaan ini.
Wednesday, February 5
Sambutan Maulidurasul Peringkat sekolah Tahun 2014
Majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah telah diadakan pada 29. 01. 2014 yang lalu. Majlis sambutan Maulidurasul ini telah dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan Panitia Arab. Majlis dimulakan dengan perbarisan maulidurasul yang telah dijalankan sekitar kawasan kampung. Selepas acara perbarisan, seluruh warga sekolah telah diperdengarkan dengan ceramah maulidurasul. Seterusnya terdapat juga acara persembahan daripada murid-murid SK Kampong Daching. Pihak sekolah mengucapkan setinggi tahniah kepada seluruh warga sekolah kerana telah bekerjasama untuk menjayakan majlis ini.
Wednesday, January 29
Jamuan Perpisahan Jasamu dikenang...
Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Puan Hajah Faizah binti Ali dan Encik Mohd Riduan Bin Mohamamad Yusof di dewan sekolah pada 27. 01. 2014 yang lalu. Majlis ini bertujuan untuk mengenang jasa kedua-dua orang ini yang telah banyak berjasa kepada sekolah. Di samping itu majlis ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk berjumpa serta mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua orang guru tersebut. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama, pengorbanan yang telah ditunjukkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Puan Hajah Faizah yang telah memulakan tugas di SK Kampong Daching mulai 03. 06. 2008 sehingga 16. 11. 2013 yang lalu. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi guru penolong kanan kokurikulum di SK Batang Benar. Manakala Encik Mohd Riduan telah bertukar ke SK Labu Batu 10 di atas kepentingan perkhidmatan. Beliau memulakan tugas di SK Kampong Daching pada 01. 08. 2008 sehingga 01. 01. 2014. Pada sebelah petangnya satu majlis jamuan telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Seremban. Majlis ini telah dianjurkan oleh bilik guru yang diketuai oleh Puan Siti Fatimah Binti Wahab. Antara tetamu yang hadir ialah Encik Mazley Bin Jamaludin iaitu Pengerusi PIBG Sekolah.
Thursday, January 16
Keluarga Baharu SK Kampong Daching
Selamat datang kepada Puan Siti Zaida Binti Tohid ke SK Kampong Daching. Beliau telah memulkan tugas di SK Kampong Daching bermula pada 01. 01. 2014 yang lalu. Mempunyai kelayakan dalam bidang pemulihan khas. Sebelum ini mengajar di SK Jalan Kuantan 2. Semoga kehadiran beliau ke sekolah ini akan dapat mencurahkan bakti yang cemerlang untuk anak-anak Kampung Daching ini, bak kata pepatah "di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung".
Sunday, January 5
Selamat Bertugas di Tempat Baharu
Pihak sekolah sekali lagi telah kehilangan seorang guru yang berdedikasi iaitu Cikgu Mohd Riduan Bin Mohammad Yusof yang bertukar ke sekolah SK Labu Batu 10. Beliau yang secara rasminya akan bertukar pada 02. 01. 204 akan memulakan tugas di sekolah baharu mulai 05. 01. 2014. Beliau merupakan seorang guru pemulihan yang berdedikasi serta memegang beberapa jawatan penting diperingkat jabatan. Seluruh warga sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan semasa bertugas dan mendidik anak-anak Kampung Daching ini. Segala usaha beliau hanya Allah yang akan membalasnya. Semoga komitmen yang ditunjukkan di sini akan diteruskan di sekolah baharu bak kata bidalan lama "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung".
Friday, January 3
Tahniah atas pelantikan sebagai GPK Kokurikulum
Sekalung tahniah kepada Puan Hajah Faizah Binti Ali guru Tahun 1 SK Kampong Daching atas pelantikan sebagai guru penolong kanan kokurikulum di SK Batang Benar yang berkuat kusa pada 16. 12. 2013 yang lalu. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah beliau tunjukkan sepanjang bertugas di SK Kampong Daching. Pihak sekolah telah kehilangan seorang guru yang sangat berpengalaman khasnya dalam mendidik murid tahun 1 serta seorang guru yang banyak membantu dalam aktiviti persembahan sekolah. Semoga beliau akan sukses di sekolah baharu.
Tuesday, December 17
Pencapaian Panitia Bahasa Melayu Tahun 2013
KOAKADEMIK
PANITIA
BAHASA MELAYU
BIL
|
PERTANDINGAN
|
D
|
N
|
K
|
PENCAPAIAN
|
01
|
BERCERITA
BM TAHAP 1
|
√
|
JOHAN
|
||
02
|
BERCERITA
BM TAHAP 2
|
√
|
JOHAN
|
||
03
|
MENGARANG
BM TAHAP1
(2
ORANG)
|
√
|
NAIB JOHAN
KETIGA
|
||
04
|
MENGARANG
BM TAHAP2
(2
ORANG)
|
√
|
SAGUHATI(4)
SAGUHATI(5)
|
||
05.
|
SAHIBBA
BM (2 ORANG)
|
√
|
NAIB JOHAN DAN
KEEMPAT
|
||
06
|
BICARA
BERIRAMA
|
√
|
NAIB JOHAN
|
||
07
|
PERTANDINGAN
PIDATO
|
√
|
NAIB JOHAN
|
||
08
|
PERTANDINGAN
BAHAS
|
√
|
KETIGA
|
||
09
|
PROGRAM
TUNAS MUDA MALAYSIA (4 ORANG)
|
√
|
PENYERTAAN
|
||
10
|
PERTANDINGAN
SAHIBBA (2 ORANG)
|
√
|
NAIB JOHAN
|
||
11
|
BERCERITA
BM THP 1
|
√
|
JOHAN
|
||
12
|
PIDATO
PIALA DIRAJA
|
√
|
JOHAN
|
||
13
|
MENGARANG
BM THP 1
|
√
|
JOHAN
|
||
14
|
BERCERITA
BM THP 2
|
√
|
PENYERTAAN
|
||
15
|
PIDATO
PIALA DIRAJA
|
√
|
PENYERTAAN
|
||
16
|
P. PUISI TRADISIONAL
|
√
|
NAIB JOHAN
|
||
17
|
PERKAMPUNGAN
BAHASA DAN SASTERA (2 ORANG)
|
√
|
PENYERTAAN
|
||
18
|
PIDATO
PIALA DIRAJA
|
√
|
PENYERTAAN
|
||
19
|
PERTANDINGAN
BERCERITA PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI (2 ORANG)
|
√
|
NAIB JOHAN DAN
SAGUHATI
|
Subscribe to:
Posts (Atom)












