Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, May 12

Cetusan Rasa Seorang Guru......

Terlebih dahulu "SELAMAT HARI GURU" kepada rakan-rakan semua. Sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun pada 16 Mei 2010, jatuh pada hari Ahad ini. Setiap tahun hari guru ini disambut penuh dengan kemeriahan, namun begitu disebalik kemeriahan terselit juga berita-berita yang menguris hati guru. Timbul jua kata-kata sinis di dada akhbar yang mempertikaikan hadiah yang diberikan kepada guru oleh murid. Kadangkala terdapat kata-kata yang bermaksud golongan guru perlu diberi hadiah, murid dipaksa membeli hadiah sempena hari guru. Ibu bapa pula pening mengikut karenah anak-anak yang ingin memberi hadiah kepada guru. Timbul konflik. Sesungguhnya hadiah itu bukanlah penting, cuma cuba fahamilah tugas guru itulah hadiah yang paling bermakna. Sebagai manusia biasa kelemahan itu tetap ada, tapi jangan hanya dipandang kelemahan itu sebagai satu fokus yang amat besar sehingga menengelamkan segala usaha-usaha yang dilakukan. Sokongan ibu bapa amat besar maknanya. Tugas membina negara bangsa bukan hanya terletak kepada guru tetapi ibu bapa, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam membina negara bangsa.Adakah kita ingin meletakkan segalanya kepada guru? Bagaimana tugas masyarakat? Apakah peranan ibu bapa? Sebenarnya setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam membina negara bangsa. KEPADA RAKAN-RAKAN GURU DI SK KAMPONG DACHING SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.Marilah kita sama-sama berganding bahu memartabatkan sekolah kita agar menjadi terbilang di kalangan yang terbaik. Untuk rakan guru hayatilah sajak ini,


Kita telah ditakdirkan bersama,
Menjadi guru pembina bangsa,
Segala onak dan ranjau berduri,
Yang melekat di kaki,
Melekat dihati,

Pujian ,malahan cemuhan,
Umpat keji juga disaji,
Menjadi asam garam dalam memgharungi kerjaya ini,
Jangan kata tak tabah,
Jangan kata terpaksa,
Jangan kata nak rebah,

Katakanlah aku redha,
Aku tabah,
Aku bukan terpaksa,
Aku ingin menjadi guru pembina bangsa,
Yang penuh dengan acuan budinya,
Yang penuh dengan rasa hatinya,

Tak perlu bertanya,
Usah pula mengharap,
Cukuplah berkata "AKU INGIN MENJADI GURU"

1 comment:

  1. Kami ibubapa SKKD ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru SKKD.

    Kami mengiktiraf segala sumbangan dan jasa guru-guru kepada semua murid-murid SKKD dan semoga Allah membalas jasa jasa guru-guru semua.

    Kami akui bahawa guru-guru SKKD adalah antara guru-guru cemerlang daripada komitmen yang ditunjukkan selama ini.

    Akhir kata, marilah kita bekerjasama dengan bersungguh-sungguh untuk masa depan anak-anak dan generasi kita akan datang.

    Mazley - PIBG

    ReplyDelete