Wednesday, May 5
Di mana taring murid lelaki
Hari ini satu cetusan minda aku alami ketika menghakimi pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat Seremban 2 di SK Ampangan Seremban. Aku tertanya-tanya di mana taringnya murid lelaki sekarang ini. Lelaki yang mampu berhujah, lelaki yang mampu mengeluarkan suara jantannya laksana Jamal Abdillah. Adakah murid lelaki sekarang ini akan jadi seperti Mr. Mama? Memasak, berkemas atau pun menjaga anak dirumah. Inikah yang guru-guru mahu lahirkan generasi masa hadapan? Terkedu juga melihat kejantanan langsung tidak terserlah. Jika ini yang berlaku, maka tidak mustahil suatu hari nanti lelaki akan hilang taringnya, hilang suaranya, hilang kekuatannya dalam mengemudi sebuah keluarga. Mungkin sudah sampai masa untuk kita sama-sama memikir untuk mewajibkan pertandingan yang melibatkan peserta yang berkumpulan mesti ada wakil lelaki di dalamnya. Jika tidak suatu hari nanti akan tanduslah pemidato yang hebat seperti Soekarno di Indonesia, Tun Mahadhir Mohamad Mantan Perdana Menteri dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pastinya hebat berpidato mengolah idea dan hujah yang bernas dalam melontarkan pandangan.Jadi menjadi cabaran yang hebat para guru masa kini untuk melahirkan KEJANTANAN murid lelaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dunno what 2 say.... d statistic is not happen now but it had happen a long long time ago..why? coz can u see most of the ticers in school are women or ladies....am i right? plez response..tq
ReplyDeletebanyak penyebab .. kurang kelasakan antara punca..anak2 lelaki akhir2 ini tidak lagi terdedah dgn aktiviti lasak..lebih ke video game, ps2,....
ReplyDeletedulu2 panjat pokok masuk bendang gagau ikan la ni deme buat jugak tapi kat farmville mana nak lasak..
ReplyDelete