Thursday, May 20
KESUNGGUHAN LAWAN .........kealpaan
Bukan mudah untuk mencapai sesuatu jika tidak melakukan dengan bersungguh-sungguh. Jangan mudah menjadikan sesuatu perkara alasan yang menidakkan tindakan kita dalam melakukan sesuatu perubahan. Kesungguhan dalam melakukan sesuatu tindakan amat perlu, tindakan sambil lewa akan mengundang kekecewaan. Jika diukur kekecewaan, banyak taksiran yang boleh dibuat.Semuanya ada taksiran sendiri. Dalam meneroka suatu impian kesungguhan amat ditagih. Itulah yang amat penting dalam kehidupan. Puaskahkita menjadi seorang pendidik jika setiap hari kita hanya statik. Kita perlu meneroka, mencari dan menyelesaikan segala pemasalahan. Namun bukan bermakna semua pemasalahan perlu kita selesaikan, tetapi kita perlu membantu menyelesaikan. Menyelesaikan bukan bermakna kita perlu berada sehingga garisan terakhir. Kadangkala kita hanya perlu memahami, itu pun sudah dikira membantu menyelesaikan pemasalahan tersebut. Kita juga tidaklah perlu untuk sentiasa membicarakan kelemahan, tetapi kita harus mencari bagaimana untuk mengatasi kelemahan itu. Kita boleh memberi pandangan, hujah juga fakta yang jitu, tetapi setiap kata-kata itu juga perlu disertai dengan tindakan yang akan membantu menyelesaikan kelemahan itu. Tidak prlu takut mengeluarkan pandangan kerana pandangan bukan bermakna menentang. Menentang juga bukan bermakna tidak setuju. Kesilapan yang sering berlaku ialah bila mengeluarkan pandangan sebab pandangan itu dikira menentang. Hakikatnya seorang guru perlu kreatif dan inovatif. Kreatif dalam tindakan dan inovatif dalam perbuatan dan sanggup berkorban. JADI UNTUK SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN KITA HARUS BERTANYA PADA DIRI, DI MANA KITA SEBENARNYA........... InsyaAllah kita berada dilandasan yang betul. Teruskan perjuangan kita. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apabila berada di atas, pandang-pandang jeling-jeling orang di bawah...
ReplyDeletewhatever
ReplyDelete