Buat julung-julung kalinya, SK Kampong Daching telah berjaya mengadakan Majlis Graduasi untuk murid-murid tahun enam. Majlis yang disambut dengan meriah itu telah diadakan di Hotel Nilai. Semua murid tahun enam, guru-guru dan beberapa orang wakil PIBG turut hadir dalam majlis tersebut. Walaupun baru pertama kali majlis itu diadakan, namun ia dapat dikendalikan dengan lancar dan meriah, berkat kerjasama yang padu daripada warga guru, pekerja sekolah dan AJK PIBG yang diterajui oleh Puan Siti Fatimah binti Wahab. Semua yang menghadiri majlis tersebut kelihatan begitu teruja dan gembira sekali terutama bagi murid-murid tahun enam yang akan meninggalkan sekolah tidak lama lagi.Majlis ini memberikan pengalaman baharu dan motivasi kepada mereka agar terus berusaha dalam mengejar cita-cita mereka.
Tahniah...teruskan segala usaha yang murni. Semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi .....
ReplyDelete