Pada tanggal 2 Mac 2015, sekolah telah menghantar 4 orang peserta unit badan beruniform Pengakap dan Puteri Islam, iaitu Siti Maysarah, Loqman Hakim, Ahmad Iqmal Firdaus dan Nur Aina Sofea ke Perkhemahan Badan Beruniform peringkat negeri di Juaseh, Kuala Pilah. Empat orang peserta ini telah berjaya terpilih untuk perkhemahan ini selama 3 hari 2 malam di Kem Badan Beruniform JPNS di Juaseh. Semasa perkhemahan itu, para peserta telah diuji dengan beberapa kemahiran untuk melayakkan diri mereka ke peringkat kebangsaan. Alhamdulillah, tiga orang peserta kita telah lulus dalam ujian kemahiran itu dan layak pergi ke Perkhemahan Badan Beruniform peringkat Kebangsaan . Mereka yang berjaya itu ialah Nur Aina Sofea, Siti Maysarah dan Loqmsn Hakim. Bagi peserta lelaki, perkhemahan di peringkat kebangsaan akan diadakan pada 23-28 Mac 2015 di Perak manakala peserta perempuan pula akan diadakan pada 6-10 April 2015 di Pulau Pinang. Tahniah diucapkan kepada tiga-tiga orang murid yang berjaya pergi ke peringkat kebangsaan itu serta guru-guru pembimbing mereka atas kejayaan ini dan diharap mereka berusaha dengan lebih kuat lagi sehingga berjaya membawa nama sekolah ke puncak kejayaan.
No comments:
Post a Comment