Pencarian peserta bercerita BM yang akan mewakili sekolah akhirnya menemui jawapan setelah sekolah mengadakan pertandingan tersebut pada 13 Mac 2015 yang lalu. Keputusan yang dicapai ialah Johan bagi peserta tahap 1 jatuh kepad Iman Khadeeja binti Shahrizal, Naib Johan, Najihah binti Norhamidi manakala tempat ketiga ialah Muhd Arif Shakir bin M.Sulaiman. Bagi peserta tahap 2, johan disandang oleh Loqman Hakim bin Ahmad Zuraidi manakala Naib Johan ialah Muhammad Amirul Aiman bin Amran. Peserta yang mendapat tempat johan akan mewakili sekolah ke Karnival Bahasa peringkat daerah pada 15 April 2015 di SK Dato' Shah Bandar Abu Bakar. Diharap Iman Khadeeja dan Lokman Hakim akan dapat mengekalkan kejuaraan mereka nanti.
No comments:
Post a Comment