Pendaftaran Prasekolah telah mula dibuka sekarang kepada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun iaitu bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2011 dan 2012. Oleh yang demikian, pihak sekolah sangat mengalu-alukan ibu bapa yang mempunyai anak yang layak mendaftar untuk datang ke sekolah pada waktu pejabat untuk mengambil borang permohonan Prasekolah serta membawa dokumen-dokumen seperti berikut:
1. salinan sijil lahir anak
2. salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
3. salinan hak penjagaan ( jika ibu bapa bercerai)
4. salinan penyata gaji ibu bapa/ penjaga
5. gambar berukuran pasport anak (4 keping)
6. salinan bil utiliti (bil air /api/ astro / telefon)
7. sampul surat bersetem RM0.60
Pendaftaran akan dibuka sepanjang masa namun ibu bapa diharap dapat datang secepat mungkin kerana pengambilan murid tidak melebihi 25 orang. Ibu bapa yang lewat mendaftar tidak akan diterima jika murid sudah mencukupi bilangannya.
Datanglah mendaftar di Prasekolah SK Kampong Daching kerana anak-anak tuan puan akan mendapat banyak kelebihan. Antaranya, ibu bapa hanya membayar yuran pendaftaran sahaja iaitu bagi pembelian baju serta alat tulis, sementara perkara-perkara yang lain adalah percuma terutamanya makan minum dan lain-lain lagi. Guru-guru prasekolah juga merupakan guru yang terlatih dalam membimbing kanak-kanak mencapai penguasaan membaca, menulis, mengira dan menakkul.
No comments:
Post a Comment