Pada 24 Ogos 2015 telah diadakan perjumpaan penjaga tahun 6 kali yang ke-3 di dewan sekolah. Tujuan diadakan perjumpaan tersebut adalah supaya ibu bapa dapat melihat kemajuan anak-anak atau masalah yang dihadapi oleh mereka serta berbincang bagaimana untuk menangani masalah yang dihadapi anak-anak mereka. Dalam perjumpaan tersebut juga, ibu bapa boleh berjumpa dengan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka bagi membincangkan masalah pembelajaran yang dihadapi. Murid-murid yang dapat meningkatkan prestasi pelajaran mereka juga diberi hadiah saguhati berupa wang sumbangan PIBG sebagai langkah memberi motivasi kepada mereka. Diharap dengan adanya perjumpaan penjaga murid tahun 6 ini, ibu bapa dapat memberi galakan dan semangat kepada anak-anak mereka dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR.
No comments:
Post a Comment