Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Saturday, May 29

Penyampaian Hadiah Kepada Murid Terbaik Canang 1




Daching, 22 Mei : Pada perhimpunan rasmi SKKD, telah dilangsungkan majlis penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya mendapat kedudukan 1 hingga 5 di dalam peperiksaan Canang 1. Murid-murid yang mendapat 5 A pula telah diberi sebanyak RM 10.00 yang disumbangkan oleh Puan Faiziah bt Samsudin (isteri Cikgu Amran). Hadiah ini merupakan galakan kepada semua murid Tahun 6 agar berusaha lebih gigih dan bersaing secara sihat menjelang UPSR yang bakal menjelang. Hadiah telah disampaikan oleh En. Noorlin bin Saat , Guru Besar SKKS Selamat berjaya.

Sunday, May 23

Catatan Hari Ahad



Jam 8 pagi telah sampai dipadang Futsal Kampung Rawa. Tergambar dalam diri keadaan yang bakal meriah dengan suasana perlawanan. Padang futsal yang baru bina pasti akan digunakan. Namun itu hanya gambaran dalam pemikiran.Sekalung tahniah kepada dua rakan yang begitu tabah menunggu 4 jam lebih,iaitu Riduan dan Firdaus guru KPLI yang cekal dan gigih. 4 jam barulah dapat menyepak bola. Jika difikirkan itulah cabaran yang harus dilalui jika ingin berjaya. Dalam hidup ini kita akan belajar, bukan hanya di dalam bilik darjah tetapi juga dipadang permainan. Kita akan belajar erti kesabaran, kesungguhan, kecekalan, persahabatan dan banyak perkara yang kita akan belajar. walaupun tewas dalam peringkat suku akhir namun dalam hatiku sedar betapa ada kesungguhan, ada kecekalan, dan ada harapan yang menggunung di dalam diri murid-muridku untuk berjaya. Syabas...kalah dan menang adat permainan tetapi yang pasti kita seharusnya belajar dari kemenangan dan apatah lagi mencari erti kekalahan. MOGA SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN INI, BUKTIKAN DALAM UPSR 2010 NANTI. itulah KEMENANGAN YANG DICARI!

Thursday, May 20

KESUNGGUHAN LAWAN .........kealpaan

Bukan mudah untuk mencapai sesuatu jika tidak melakukan dengan bersungguh-sungguh. Jangan mudah menjadikan sesuatu perkara alasan yang menidakkan tindakan kita dalam melakukan sesuatu perubahan. Kesungguhan dalam melakukan sesuatu tindakan amat perlu, tindakan sambil lewa akan mengundang kekecewaan. Jika diukur kekecewaan, banyak taksiran yang boleh dibuat.Semuanya ada taksiran sendiri. Dalam meneroka suatu impian kesungguhan amat ditagih. Itulah yang amat penting dalam kehidupan. Puaskahkita menjadi seorang pendidik jika setiap hari kita hanya statik. Kita perlu meneroka, mencari dan menyelesaikan segala pemasalahan. Namun bukan bermakna semua pemasalahan perlu kita selesaikan, tetapi kita perlu membantu menyelesaikan. Menyelesaikan bukan bermakna kita perlu berada sehingga garisan terakhir. Kadangkala kita hanya perlu memahami, itu pun sudah dikira membantu menyelesaikan pemasalahan tersebut. Kita juga tidaklah perlu untuk sentiasa membicarakan kelemahan, tetapi kita harus mencari bagaimana untuk mengatasi kelemahan itu. Kita boleh memberi pandangan, hujah juga fakta yang jitu, tetapi setiap kata-kata itu juga perlu disertai dengan tindakan yang akan membantu menyelesaikan kelemahan itu. Tidak prlu takut mengeluarkan pandangan kerana pandangan bukan bermakna menentang. Menentang juga bukan bermakna tidak setuju. Kesilapan yang sering berlaku ialah bila mengeluarkan pandangan sebab pandangan itu dikira menentang. Hakikatnya seorang guru perlu kreatif dan inovatif. Kreatif dalam tindakan dan inovatif dalam perbuatan dan sanggup berkorban. JADI UNTUK SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN KITA HARUS BERTANYA PADA DIRI, DI MANA KITA SEBENARNYA........... InsyaAllah kita berada dilandasan yang betul. Teruskan perjuangan kita. Amin.

Wednesday, May 19

Pertandingan Pidato Piala di Raja

Daching Hilir, 19 Mei : Hari ini akan berlangsung Pertandingan Pidato Piala Di Raja bagi daerah Seremban 1 di SK Temiang, Seremban. Sk Kg Daching akan diwakili oleh Murid dari Tahun 4 iaitu Siti Mawaddah bt Mustafa dan akan diiringi oleh Cikgu Riduan sebagai guru pengiring bersama Cikgu Amran yang akan bertugas sebagai penasihat pengadil pada hari pertandingan. Semua warga SKKD mendoakan kejayaan buat Mawaddah. Semoga latihan dan bimbingan Cikgu Mariam @ ibu beliau menghasilkan kejayaan yang gemilang. Sekian..

Tuesday, May 18

KEPUTUSAN CANANG 1...TAHNIAH....






KEDUDUKAN DALAM KELAS

1.NABILA ATIQAH BTE NOORULAZMAN
2.MOHD AMIRUL HAKIM BIN AMRAN
3.NUR HAFIZAH BTE MAZLEY
4.ZUNAIRAH BTE NOR HAMIDI
5.NUR ATHIRAH FATIN BT MOHAYIDIN
6.NOR AISHAH BT HASNOLADIE
7.NUR NAJWA FATIN BTE MOHAYIDIN
8.AMAR IRSYAD BIN ABD RAZAK
9.MARDIAH BTE MOHD RUJI
10.NURUL SYAHIRA BT AFANDI
11.AHMAD SUFI BIN MUSTAPHA
12.NATASHA ALMIDA BTE NORAZLI
13.NUR AISYAH BIN MOHD RODZEE
14.MUHAMMAD AFIF HAQIMIE BIN FAIROUK RIZAL
15.MUHAMMAD SAFFUAN B AMRAN
16.INTAN NOOR QAMARINA BT KHALID
17.NOR FATIN ZULAIKHA BTE ZULKEFLE
18.NURUL ASHIKIN BINTI ABD RAHIM
19. AHMAD SAFUAN BIN AKIRUDDIN
20.SITI NUR AISHAH BT EIDI
21.MUHAMMAD QAYYUM AKMAL BIN ZAHIRUDDIN
22.AMIR AL SAFIQ AL FAIZAL
23.MUHAIMIN B RUSLAN
24.FAZLIN NUR SALINA BT SOFIAN
25.NURUL ASYIQIN BTE RAMLI
26.NURUL SYAFIRA BTE SAAD
27.MOHD AMIRUL AZLIE BIN RAZALI
28.NASHA ALYSSA BTTE ABDUL AZIZ
28.ABDUL KARIM BIN ABDUL MUIS
30.NURUL IZZAH BT ABU SAMAH
31.MUHAMMAD ASYRAF BIN ARIB
32.MUHAMMAD ROSLI BIN JAMLOS
33.SYARAFUDDIN HARIS ASNAWI BIN RUSLAN
34.RAQIB SAFIUDDIN BIN RAHMAT
35.NUR QAYYIMAH BT ABDUL GHAFAR
36.MUHAMMAD NUR RASUL B NORHAJA
37.MUSTAKIM BIN SHAPRI
38.SITI HAWA BT ABD RAZAK
39.NUR AISHAH BINTI MOKHTAR

HARI GURU 2010