Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Saturday, May 29

Penyampaian Hadiah Kepada Murid Terbaik Canang 1




Daching, 22 Mei : Pada perhimpunan rasmi SKKD, telah dilangsungkan majlis penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya mendapat kedudukan 1 hingga 5 di dalam peperiksaan Canang 1. Murid-murid yang mendapat 5 A pula telah diberi sebanyak RM 10.00 yang disumbangkan oleh Puan Faiziah bt Samsudin (isteri Cikgu Amran). Hadiah ini merupakan galakan kepada semua murid Tahun 6 agar berusaha lebih gigih dan bersaing secara sihat menjelang UPSR yang bakal menjelang. Hadiah telah disampaikan oleh En. Noorlin bin Saat , Guru Besar SKKS Selamat berjaya.

Sunday, May 23

Catatan Hari Ahad



Jam 8 pagi telah sampai dipadang Futsal Kampung Rawa. Tergambar dalam diri keadaan yang bakal meriah dengan suasana perlawanan. Padang futsal yang baru bina pasti akan digunakan. Namun itu hanya gambaran dalam pemikiran.Sekalung tahniah kepada dua rakan yang begitu tabah menunggu 4 jam lebih,iaitu Riduan dan Firdaus guru KPLI yang cekal dan gigih. 4 jam barulah dapat menyepak bola. Jika difikirkan itulah cabaran yang harus dilalui jika ingin berjaya. Dalam hidup ini kita akan belajar, bukan hanya di dalam bilik darjah tetapi juga dipadang permainan. Kita akan belajar erti kesabaran, kesungguhan, kecekalan, persahabatan dan banyak perkara yang kita akan belajar. walaupun tewas dalam peringkat suku akhir namun dalam hatiku sedar betapa ada kesungguhan, ada kecekalan, dan ada harapan yang menggunung di dalam diri murid-muridku untuk berjaya. Syabas...kalah dan menang adat permainan tetapi yang pasti kita seharusnya belajar dari kemenangan dan apatah lagi mencari erti kekalahan. MOGA SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN INI, BUKTIKAN DALAM UPSR 2010 NANTI. itulah KEMENANGAN YANG DICARI!

Thursday, May 20

KESUNGGUHAN LAWAN .........kealpaan

Bukan mudah untuk mencapai sesuatu jika tidak melakukan dengan bersungguh-sungguh. Jangan mudah menjadikan sesuatu perkara alasan yang menidakkan tindakan kita dalam melakukan sesuatu perubahan. Kesungguhan dalam melakukan sesuatu tindakan amat perlu, tindakan sambil lewa akan mengundang kekecewaan. Jika diukur kekecewaan, banyak taksiran yang boleh dibuat.Semuanya ada taksiran sendiri. Dalam meneroka suatu impian kesungguhan amat ditagih. Itulah yang amat penting dalam kehidupan. Puaskahkita menjadi seorang pendidik jika setiap hari kita hanya statik. Kita perlu meneroka, mencari dan menyelesaikan segala pemasalahan. Namun bukan bermakna semua pemasalahan perlu kita selesaikan, tetapi kita perlu membantu menyelesaikan. Menyelesaikan bukan bermakna kita perlu berada sehingga garisan terakhir. Kadangkala kita hanya perlu memahami, itu pun sudah dikira membantu menyelesaikan pemasalahan tersebut. Kita juga tidaklah perlu untuk sentiasa membicarakan kelemahan, tetapi kita harus mencari bagaimana untuk mengatasi kelemahan itu. Kita boleh memberi pandangan, hujah juga fakta yang jitu, tetapi setiap kata-kata itu juga perlu disertai dengan tindakan yang akan membantu menyelesaikan kelemahan itu. Tidak prlu takut mengeluarkan pandangan kerana pandangan bukan bermakna menentang. Menentang juga bukan bermakna tidak setuju. Kesilapan yang sering berlaku ialah bila mengeluarkan pandangan sebab pandangan itu dikira menentang. Hakikatnya seorang guru perlu kreatif dan inovatif. Kreatif dalam tindakan dan inovatif dalam perbuatan dan sanggup berkorban. JADI UNTUK SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN KITA HARUS BERTANYA PADA DIRI, DI MANA KITA SEBENARNYA........... InsyaAllah kita berada dilandasan yang betul. Teruskan perjuangan kita. Amin.

Wednesday, May 19

Pertandingan Pidato Piala di Raja

Daching Hilir, 19 Mei : Hari ini akan berlangsung Pertandingan Pidato Piala Di Raja bagi daerah Seremban 1 di SK Temiang, Seremban. Sk Kg Daching akan diwakili oleh Murid dari Tahun 4 iaitu Siti Mawaddah bt Mustafa dan akan diiringi oleh Cikgu Riduan sebagai guru pengiring bersama Cikgu Amran yang akan bertugas sebagai penasihat pengadil pada hari pertandingan. Semua warga SKKD mendoakan kejayaan buat Mawaddah. Semoga latihan dan bimbingan Cikgu Mariam @ ibu beliau menghasilkan kejayaan yang gemilang. Sekian..

Tuesday, May 18

KEPUTUSAN CANANG 1...TAHNIAH....






KEDUDUKAN DALAM KELAS

1.NABILA ATIQAH BTE NOORULAZMAN
2.MOHD AMIRUL HAKIM BIN AMRAN
3.NUR HAFIZAH BTE MAZLEY
4.ZUNAIRAH BTE NOR HAMIDI
5.NUR ATHIRAH FATIN BT MOHAYIDIN
6.NOR AISHAH BT HASNOLADIE
7.NUR NAJWA FATIN BTE MOHAYIDIN
8.AMAR IRSYAD BIN ABD RAZAK
9.MARDIAH BTE MOHD RUJI
10.NURUL SYAHIRA BT AFANDI
11.AHMAD SUFI BIN MUSTAPHA
12.NATASHA ALMIDA BTE NORAZLI
13.NUR AISYAH BIN MOHD RODZEE
14.MUHAMMAD AFIF HAQIMIE BIN FAIROUK RIZAL
15.MUHAMMAD SAFFUAN B AMRAN
16.INTAN NOOR QAMARINA BT KHALID
17.NOR FATIN ZULAIKHA BTE ZULKEFLE
18.NURUL ASHIKIN BINTI ABD RAHIM
19. AHMAD SAFUAN BIN AKIRUDDIN
20.SITI NUR AISHAH BT EIDI
21.MUHAMMAD QAYYUM AKMAL BIN ZAHIRUDDIN
22.AMIR AL SAFIQ AL FAIZAL
23.MUHAIMIN B RUSLAN
24.FAZLIN NUR SALINA BT SOFIAN
25.NURUL ASYIQIN BTE RAMLI
26.NURUL SYAFIRA BTE SAAD
27.MOHD AMIRUL AZLIE BIN RAZALI
28.NASHA ALYSSA BTTE ABDUL AZIZ
28.ABDUL KARIM BIN ABDUL MUIS
30.NURUL IZZAH BT ABU SAMAH
31.MUHAMMAD ASYRAF BIN ARIB
32.MUHAMMAD ROSLI BIN JAMLOS
33.SYARAFUDDIN HARIS ASNAWI BIN RUSLAN
34.RAQIB SAFIUDDIN BIN RAHMAT
35.NUR QAYYIMAH BT ABDUL GHAFAR
36.MUHAMMAD NUR RASUL B NORHAJA
37.MUSTAKIM BIN SHAPRI
38.SITI HAWA BT ABD RAZAK
39.NUR AISHAH BINTI MOKHTAR

HARI GURU 2010

Monday, May 17

HARI GURU 2010

Sekitar Sambutan Hari Guru SKKD 2010







KG Daching, 17 Mei : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.. Tepat jam 8.00 pagi (17 Mei 2010) bermlanya acaa sambutan Hari Guru Peringkat SKKD.Majlis ini elah di hadiri oleh hampir seluruh warga SKKD, Wakil PIBG dan ibu bapa. Acara sambutan di mulakan dengan perhimpunan pagi rasmi dengan nyanyian lagu guru Malaysia, bacaan ikrar dan bacaan perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Malaysia.Sambutan di meriahkan lagi dengan acara sukaneka yang di khaskan untuk guru-guru.Segmen persembahan pula mengambil tempat selepas rehat dang diserikan dengan penyampaian anugerah yang telah diundi oleh murid-murid SKKD. Guru Tahun 6 yang juga Setiausa Peperiksaan, Cikgu Amran bin Bakar telah dipilih sebagai Guru Paling Popular SKKD 2010. Kemeriahan dan keceriaan jelas terpancar di kalangan warga SKKD. Majis sambutan Hari Guru SKKD 2010 diakhiri dengan jamuan guru yang telah ditaja oleh Kantin SKKD. Selamat Hari Guru.

Posted by : Cikgu Riduan - 7.05 petang

Saturday, May 15

TAHNIAH BUAT ADIK NIK NUR AQILAH...




Setinggi tahniah buat adik Nur Aqilah kerana telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan mengarang Tahap 1, peringkat Negeri Sembilan. Tahniah juga kepada Puan Siti Mariyam selaku guru pembimbing. TERUSKAN USAHA ANDA.

Friday, May 14

Suasana Persiapan Hari Guru 2010

Jemputan Sambutan Hari Guru SKKD 2010


Adalah di maklumkan bahawa , satu sambutan Hari Guru akan di adakan pada ketetapan berikut

Tarikh : 17 Mei 2010
Masa : 8.00 - 1.oo ptg
Tempat : SK Kg Daching

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Posted by : Cikgu Duan

Thursday, May 13

Canang oh Canang

Tadi baru selesai peperiksaan canang 1, nampaknya ada banyak peningkatan dalam semua mata pelajarn. Tahniah la kepada rakan-rakan semua kerana cepat memeriksa kertas jawapan canang 1 ni. Keputusan tidak rasmi setiap mata pelajaran nampak banyak peningkatan. Alhamdulillah berkat kerja keras berpasukan. Semoga kerja keras ini diteruskan sehingga UPSR pada bulan sembilan nanti. Segala kelemahan yang terdapat dalam Canang 1 ini akan dikaji untuk diperbaiki dalam peperiksaan seterusnya. Nampaknya wira dan wirawati ini akan sekali lagi berjuang dalam peperiksaan pertengahan tahun pada 24,25,26,dan 25 Mei ini. Biar banyak peperiksan, melatih diri dalam persiapan peperiksaan UPSR sebenar nanti. Kepada rakan guru Pn. Siti Fatimah Wahab,guru sains yang penuh berdedikasi, walaupun nak bersalin pada bulan 7 nanti, tetapi tetap bersemangat dalam meneruskan perjuangan. SYABAS ANDA GURU BERDEDIKASI.

Wednesday, May 12

Cetusan Rasa Seorang Guru......

Terlebih dahulu "SELAMAT HARI GURU" kepada rakan-rakan semua. Sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun pada 16 Mei 2010, jatuh pada hari Ahad ini. Setiap tahun hari guru ini disambut penuh dengan kemeriahan, namun begitu disebalik kemeriahan terselit juga berita-berita yang menguris hati guru. Timbul jua kata-kata sinis di dada akhbar yang mempertikaikan hadiah yang diberikan kepada guru oleh murid. Kadangkala terdapat kata-kata yang bermaksud golongan guru perlu diberi hadiah, murid dipaksa membeli hadiah sempena hari guru. Ibu bapa pula pening mengikut karenah anak-anak yang ingin memberi hadiah kepada guru. Timbul konflik. Sesungguhnya hadiah itu bukanlah penting, cuma cuba fahamilah tugas guru itulah hadiah yang paling bermakna. Sebagai manusia biasa kelemahan itu tetap ada, tapi jangan hanya dipandang kelemahan itu sebagai satu fokus yang amat besar sehingga menengelamkan segala usaha-usaha yang dilakukan. Sokongan ibu bapa amat besar maknanya. Tugas membina negara bangsa bukan hanya terletak kepada guru tetapi ibu bapa, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam membina negara bangsa.Adakah kita ingin meletakkan segalanya kepada guru? Bagaimana tugas masyarakat? Apakah peranan ibu bapa? Sebenarnya setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam membina negara bangsa. KEPADA RAKAN-RAKAN GURU DI SK KAMPONG DACHING SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.Marilah kita sama-sama berganding bahu memartabatkan sekolah kita agar menjadi terbilang di kalangan yang terbaik. Untuk rakan guru hayatilah sajak ini,


Kita telah ditakdirkan bersama,
Menjadi guru pembina bangsa,
Segala onak dan ranjau berduri,
Yang melekat di kaki,
Melekat dihati,

Pujian ,malahan cemuhan,
Umpat keji juga disaji,
Menjadi asam garam dalam memgharungi kerjaya ini,
Jangan kata tak tabah,
Jangan kata terpaksa,
Jangan kata nak rebah,

Katakanlah aku redha,
Aku tabah,
Aku bukan terpaksa,
Aku ingin menjadi guru pembina bangsa,
Yang penuh dengan acuan budinya,
Yang penuh dengan rasa hatinya,

Tak perlu bertanya,
Usah pula mengharap,
Cukuplah berkata "AKU INGIN MENJADI GURU"

Monday, May 10

Ayuh Berjuang anak-anakku.....


Ayuh berjuanglah anak-anakku , buatlah yang terbaik untuk peperiksaan Canang kali pertama ini. Kepada semua teruskan usaha, agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.

Saturday, May 8

Kak Zaimah mengikuti Bengkel Penulisan


Tahniah kepada Kak Zaimah kerana berjaya mengikuti bengkel Penulisan Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban pada 5, 6 dan 7 Mei 2010. Tahun hadapan bolehlah mengajar tahun lima pula. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah nanti.

Wednesday, May 5

Di mana taring murid lelaki

Hari ini satu cetusan minda aku alami ketika menghakimi pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat Seremban 2 di SK Ampangan Seremban. Aku tertanya-tanya di mana taringnya murid lelaki sekarang ini. Lelaki yang mampu berhujah, lelaki yang mampu mengeluarkan suara jantannya laksana Jamal Abdillah. Adakah murid lelaki sekarang ini akan jadi seperti Mr. Mama? Memasak, berkemas atau pun menjaga anak dirumah. Inikah yang guru-guru mahu lahirkan generasi masa hadapan? Terkedu juga melihat kejantanan langsung tidak terserlah. Jika ini yang berlaku, maka tidak mustahil suatu hari nanti lelaki akan hilang taringnya, hilang suaranya, hilang kekuatannya dalam mengemudi sebuah keluarga. Mungkin sudah sampai masa untuk kita sama-sama memikir untuk mewajibkan pertandingan yang melibatkan peserta yang berkumpulan mesti ada wakil lelaki di dalamnya. Jika tidak suatu hari nanti akan tanduslah pemidato yang hebat seperti Soekarno di Indonesia, Tun Mahadhir Mohamad Mantan Perdana Menteri dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pastinya hebat berpidato mengolah idea dan hujah yang bernas dalam melontarkan pandangan.Jadi menjadi cabaran yang hebat para guru masa kini untuk melahirkan KEJANTANAN murid lelaki.

Monday, May 3

Mesyuarat Peperiksaan

Assalamulaikum semua,

Satu mesyuarat peperiksaan akan dijalan seperti berikut;

Tarikh : 4 Mei 2010
Masa : 1.10 petang
Tempat : Makmal Komputer sekolah


Sekian, terima kasih


Setiausaha peperiksaan