Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Saturday, July 30

Menanti Ketibaan Ramadhan









Panitia Pendidikan Agama Islam telah mengadakan sambutan menjelang Ramadhan pada 29. 07.2011 bewrtempat di dewan sekolah. pelabagai acara telah diadakan. Menurut ketua Panitia Agama islam, Ustaz Mohd Fadzil Bin Abdullah tujuan sambutan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada seluruh warga sekolah bahawa bulan Ramadhan ini perlu dinanti-nanti keheadirannya. Bulan yang penuh dengan Barakh. Tahniah kepada semua guru yang telah memberi kerjasama yang penuh dalam menjayakan sambutan ini.

Wednesday, July 27

Tahniah...


Tahniah kepada Puan Zaimah Binti Mohamad ( Guru ) dan Puan Norlida Binti Abdullah (Pembantu Tadbir ) kerana telah terpilih sebagai penerima APC bagi tahun 2010. Warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka berdua. Semoga dengan anugerah ini akan menaikkan semangat untuk terus berusaha demi kemajuan Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Sekalung tahniah sekali lagi untuk mereka berdua.

Tuesday, July 19

Kuasa Karisma

Anda berkarisma? Kuasa peribadi yang hebat ialah karisma. Kuasa yang luar biasa. dengan menggunakan kuasa karisma, seseorang itu boleh mendorong orang lain untuk mengubah pemikiran dan tingkah laku mereka sama ada positif atau pun negatif. Hanya dengan melihat wajah dan penampilan sahaja, orang sudah terpengaruh, apatah lagi apabila mendengar kata-kata yang diucapkannya. Karisma bukanlah anugerah Tuhan sejak lahir tetapi boleh diperolehi dan dipertingkatkan. Tidak mustahil akan hilang. Sebagai seorang guru kita perlu berkarisma dan mempertingkatkan karisma kita demi tugas. Dengan mempunyai karisma kita mampu memimpin anak didik kita ke arah yang positif. Kepakaran adalah unsur yang penting dalam karisma. Apabila murid yakin kepakaran kita maka mudah untuk mereka percaya, tidak meragui pandangan dan nasihat yang diberikan.

Monday, July 18

Sekitar Jamuan Perpisahan Puan Hani Azmidah




Majlis Jamuan perpisahan Puan hani Azmidah telah diadakan pada 18. 07. 2011. Dalam ucapan, beliau mengingatkan agar semua murid sentiasa menjaga tingkah laku agar menjadi murid yang baik dan mendengar kata guru. Kami rakan guru mendoakan agar Puan hani akan sukses di sekolah baharu.

Friday, July 15

KFC di SK Kampong Daching.





Pada 12. 07. 2011 yang lalu pihak KFC telah menjalankan Program Sosialnya dengan menjalankan pertandingan esei bahasa Inggeris dan pertandingan mewarna untuk murid-murid. Program ini julung-julung kali diadakan di SK Kampong Daching. Terima kasih kepada pihak KFC yang memilih SK Kampong Daching sebagai destinasinya dalam progam sosialnya.

1M1S Gaya SKKD









Progam 1Murid 1 Sukan telah berjalan dengan jayanya di SK Kampong Daching pada 2. 7 .2011 yang lalu . Aktiviti yang telah dijalankan seperti pertandingan Futsal dan dan bola jaring. Progam ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu Encik Mazley Bin Jamaludin. Terima kasih kepada semua guru.

Selamat Bertugas.......


Selamat datang diucapkan kepada Puan Suryati Binti Ali yang baru memulakan tugas di SK Kampong Daching mulai 01. 06. 2011 yang lalu. Beliau mengggantikan Puan Hani Azmidah Fatimah Bte Azmai yang bertukar ke Selangor. Sebelum ini Puan Suryati bertugas di negeri Sarawak. Beliau merupakan guru Pendidikan Agama Islam. SELAMAT BERTUGAS CIKGU.