Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Monday, July 29

Sekitar Majlis Berbuka Puasa...





Satu majlis berbuka puasa, bacaan yasin, solat hajat serta bertarawikh telah diadakan di SK Kampong Daching. Majlis ini telah disertai oleh seluruh warga SKKD, Iman Masjid kampung Daching, Ketua Kampung serta ibu bapa murid tahun 6. Majlis ini telah dianjurkan bersama oleh dua orang guru pelatih iaitu saudara Nasrun dan saudara Hilmi bersama mentor mereka iaitu saudara Mohd Riduan Bin Muhammad Yusof,  dengan kerjasama PIBG serta murid-murid tahun 6. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SKKD yang telah memberi kerjasama penuh dalam menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga kepada Encik Hasnoladie serta isteri yang membantu dalam menyediakan masakan untuk para tetamu. Tidak ketinggalan juga kepada semua ibu bapa tahun 6 yang menghulurkan juadah untuk berbuka puasa. JASA ANDA TETAP DIKENANG.

Sunday, July 28

Selamat Datang Puan Siti Hawa......

Selamat menjadi warga Sk. Kampong Daching kepada Puan Siti Hawa Binti Ahmad. Beliau menggantikan En. Mohd Firdaus Bin Mustafa yang telah bertukar ke Kelantan mulai 01. 07. 2013 yang lalu.  Pihak sekolah berharap agar beliau dapat mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini dengan penuh semangat serta dedikasi. Beliau merupakan guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Perguruan Kampus Tun Hussain Onn Batu Pahat. SELAMAT MEMULAKAN TUGAS DI SKKD.

Monday, July 15

Majlis Perpisahan Cikgu Mohd Firdaus di Restoran Nasi Arab Damsyik




Pada  8. 7. 2013 yang lalu satu majlis jamuan perpisahan Cikgu Mohd Firdaus telah diadakan di Restoran Nasi Arab Damsyik, Seremban. Hampir semua keluarga SKKD hadir dalam majlis tersebut. Cikgu Mohd Firdaus telah berpindah ke negeri asalnya iaitu Kelantan dan akan memulakan tugas di salah sebuah sekolah di Gua Musang. Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas segala pengorbanan beliau dalam mendidik anak-anak murid di sekolah ini. Semoga beliau akan meneruskan kecemerlangan dalam mendidik anak bangsa di tempat asalnya. Seluruh warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.

Tuesday, July 9

Sejarah Tercipta......Tahniah





Pada 29 Jun 2013 yang lalu sekali lagi sejarah tercipta di mana tiga orang peserta pertandingan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kampung Daching telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri yang telah diadakan di SK Undang Rembau. Wakil sekolah telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Pidato, Bercerita Tahaap 1 dan mengarang tahap 1 serta mendapat saguhati dalam pertandingan bercerita tahap 2. Tahniah kepada adik Nur Aina Fatin , adik Muhammad Amirul Aiman serta adik Rabiatul Adawiyah yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Tahniah juga kepada Puan Siti Mariyam Binti Haji Othman yang merupakan pembimbing pasukan sekolah.