Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, July 27

SEJARAH..



Kenangan itu memang indah...kerana kenangan itu adalah SEJARAH. Indah jika SEJARAH itu dijadikan satu tekad untuk memperbaiki setiap kelemahan dan menjadi kekuatan untuk mempamerkan kehebatan.Semoga kita akan bertambah hebat.

Tuesday, July 13

SK Kampong telah tercalon dalam senarai dalam pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Warga sekolah dan PIBG merasa bangga dengan pencalonan ini. Sebanyak 8 buah sekolah rendah yang dicalonkan di Negeri Sembilan dan salah satu sekolah itu ialah SK Kampong Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Wednesday, July 7

Peperiksaan Canang Kali ke 2

(Tekun menjawab)
(Perbincangan meja 4 segi)

Daching, 7 Julai : Peperiksaan Canang bagi murid UPSR 2010 sedang berlangsung dengan rancaknya di SK Daching. Seliaan yang penuh teliti dan dedikasi telah dilaksanakan oleh setiausaha peperiksaan SKKD di samping guru-guru Tahun 6 yang sentiasa membantu . Ketiadaan Puan Siti Fatimah @ pen su peperiksaan @ guru sains Tahun 6 agak dirasakan . Namun gandingan 3 orang jejaka (lihat gambar) sentiasa sedia berkhidmat bila diperlukan , begitu juga guru-guru yang 'free'. Kepada Murid Tahun 6 , jawablah dengan bersungguh-sungguh dan semoga berjaya.

Saturday, July 3

Hari ini jam 4 petang ( 3.07.2010) Puan Siti Mariyam Hj Othman bersama suami telah berangkat menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Semoga selamat sampai dan kembali dan diberkhati dalam menjalani ibadah umrah. Amin.

Thursday, July 1

Kerjasama Erat Membawa Berkhat







Sekitar gambar Bengkel Menjawab Soalan B. Inggeris SK Kampong Daching Lenggeng.



Kelahiran yang dinanti..


Tahniah buat Puan Siti Fatimah kerana telah selamat melahirkan anak lelaki yang kedua pada 1 Julai 2010. Sekalung tahniah dari warga SKKD.