Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Saturday, August 31

Majlis Bacaan Yasin Perdana dan Solat Hajat Serta Meraikan Rkan Menunaikan Fardu Haji

Syukur alhamdulillah, segala perancangan yang telah dirangka akhirnya membenihkan sinarnya. Detik 30 . 08. 2013 yang lalu telah berlangsung majlis bacaan yasin perdana dan solat hajat bagi murid-murid yang menduduki UPSR 2013. Walaupun program ini merupakan satu majlis rutin yang akan dilaksanakan disetiap sekolah tetapi majlis ini memberi makna yang besar bagi ibu bapa serta murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. InsyaAllah segala usaha telah dilakukan, apa yang harus dilakukan kini ialah berdoa agar segala usaha yang murni ini akan membuahkan hasil. Terima kasih kepada Imam masjid Kampung Daching iaitu Tuan Haji Amir, Encik Mazley Bin Jamaludin, Tuan Haji Ramli serta para ibu bapa yang hadir dalam majlis tersebut. Tidak ketinggalan juga kepada guru-guru yang yang sempat hadir dalam majlis ini. Terima kasih juga kepada Encik Goh Chee Kean guru yang bukan beragama Islam yang hadir bersama memberi sokongan kepada murid yang akan menduduki UPSR tahun ini. Kepada Puan Siti Mariyam dan suami serta Puan Faizah dan suami, pihak sekolah mendoakan agar diberi kesihatan semasa menunaikan fardu Haji serta dapat melakukan rukun yang wajib serta sunat. Semoga mendapat haji mabrur. Amin. 




Sambutan Hari Raya dan Bulan Kemerdekaan 2013

Pada 30 . 08. 2013 yang lalu SK Kampong telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah dan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Terima kasih kepada semua murid yang telah membawa kuih raya serta makanan untuk jamuan semua warga SKKD. Konsep berkunjung antara kelas diharap dapat memupuk ikatan persaudaraan yang lebih erat. Murid juga telah ditayangkan video detik-detik kemerdekaan Tanah Melayu. Semoga usaha yang sedikit ini dapat memberi pendedahan awal kepada murid agar mencintai negara Malaysia. "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku".



Thursday, August 22

Terima kasih kerana pernah hadir.....

Terima kasih kerana pernah hadir dalam keluarga Sk Kampung Daching. Walau jangka masa hanya 7 bulan lebih, namun kami warga SKKD mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas guru besar kami iaitu Encik Arifin Bin Md Yusof kerana telah banyak mengubah langskap sekolah ini. Beliau telah memulakan tugas sebagai guru besar mulai 16. 12. 2012 dan berakhir secara rasmi pada 30. 6. 2013 yang lalu. Beliau telah ditukarkan di SK Bukit Rokan Barat (Felda). Seseorang pernah mengungkapkan, “Perpisahan bukan bererti kita tidak akan bertemu kembali; perpisahan hanyalah nasihat agar kita tetap akrab saat bertemu kembali.” Hanya bibit-bibit kegembiraan dan kemesraan yang beliau tinggalkan, jadi kami amat berterima kasih selama beliau bersama. Walau hilang ceritamu, namun di hati tetap abadi sentuhanmu