Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, April 26

Kejayaan itu perlu dengan usaha dan kerjasama....

Setiap kejayaan itu perlu dengan usaha yang keras. Usaha yang keras itu pula perlu disulami dengan kerjasama agar sesuatu yang dirancang itu dapat dilaksanakan dengan baik. Itulah yang dapat disimpulkan dengan kejayaan seorang murid Sekolah Kebangsaan Kampong Daching yang berjaya menduduki tempat ke-2 dalam pertandingan olahraga peringkat negeri. Satu pencapaian yang hebat bagi sekolah luar bandar. Lebih manis kejayaan acara 100m, acara pecut yang menjadi ukuran kehebatan sesuatu kejohanan olahraga. Tahniah Fikri...... . Tahniah kepada En. Mohd Firdaus selaku jurulatih, En. Mohd Riduan Mohamad Yusof selaku Pengurus, En. Goh Chee Kean penghantar peserta yang setia, En. Mohd Fadzil Abdullah, En. Shaharudin dan En. Arifin Hj Ismail yang berjaya membuka mata pihak yang tertutup matanya akan kewujudan Sekolah Kebangsaan Kampong Daching ini.

Thursday, April 14

Tahniah untuk semua....







Syukur alhamdulillah berkat kerjasama semua guru Pertandingan Pidato Daerah Seremban yang telah diadakan pada 14. 04. 2011 telah dapat dijalankan dengan lancar . Tahniah juga kepada Siti Mawaddah Bin Mustapha kerana telah berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan pidato 1 Malaysia. Kerja keras semua guru dalam menjayakan program membuktikan ukhwah yang erat dalam menjayakan sesuatu majlis. Tahniah kepada semua rakan guru...

Monday, April 4

Kejayaan lalu pencetus minda berfikir………

Telah banyak kejayaan yang telah diperolehi oleh Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Jika sekitar tahun 70-an, sebut sahaja SK Kampong Daching pastinya kecut perut bagi jurulatih-jurulatih pasukan sepak takraw sekolah diNegeri Sembilan. Semua itu adalah kerana kehebatan pasukan sepak takrawnya. Jika bertemu Daching maknanya menempah kekalahan. Itu dulu….Dalam permainan bola sepak juga, sekolah ini pernah menempa nama yang setaraf dengan sekolah-sekolah yang besar. Pernah menjadi johan dalam pertandingan futsal anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Pernah juga mengulangi kejayaan dalam pertandingan sepak takraw dengan menjadi johan peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2007. Era kegemilangan ini diteruskan dalam pertandingan ko-akademik dengan menjadi johan dalam pertandingan NILAM peringkat Negeri Sembilan dan seterusnya mewakili Negeri Sembilan dalam peringkat Kebangsaan. Jika diimbau banyak kejayaan yang telah dikecapi, pernah juga menjadi Johan dalam Pertandingan Eureka Peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di SMK Tingi Port Dickson pada tahun 2003. Kejayaan ini telah membolehkan sekolah mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan Eureka yang telah diadakan di Hotel Sri Malaysia Johor Bahru. Dalam pertandingan bahasa, sekolah pernah menjadi johan dalam pertandingan bercerita peringkat Negeri Sembilan iaitu pada tahun 2000 dan 2004, dan seterusnya mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan peringkat Kebangsaan. Pernah juga menjadi johan dalam pertandingan bahas peringkat Negeri Sembilan. Dalam pertandingan MTAQ, sekolah telah mencapai banyak kejayaan dalam tulisan Khat, dan tilawah. Jika diukur banyak kejayaan lalu yang seharusnya, menjadi pencetus minda berfikir……………