Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, May 31

Nama berbeza..matlamat sama





Hari bersama pelanggan...Hari terbuka sekolah....Perjumpaan tiga penjuru...Hari Silatulrahim.... Jalinan Ukhwah................semua nama yang berbeza, namun mempunyai matlamat yang sama iaitu kejayaan, kesungguhan, komitmen antara pihak guru dan ibu bapa. Suasana yang hormoni antara guru dan ibu bapa akan memastikan kejayaan murid untuk guru, kejayaan anak untuk ibu bapa dan kejayaan sekolah untuk warga sesebuah sekolah. Inilah yang cuba dihasilkan oleh Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, agar usaha yang dilakukan dapat menghasilkan kejayaan. Suasana ini telah terjelma semasa yang pelbagai nama yang dilabelkan, namun matlamat yang sama yang telah diadakan pada 27 Mei 2011 yang lalu.Sambutan ibu bapa sungguh baik sekali.... . Kehadiran ibu bapa menimbulkan semangat kepada semua guru.....Terima kasih kepada semua ibu bapa yang cemerlang

Saturday, May 28

Skuad SKKD Muda A Mula Bertaring








Oleh : Mohd Riduan bin Mohamad Yusof (wartawan Buletin SKKD)

Mantin, 26 Mei : Bertempat di padang Sk Mantin telah berlangsung perlawanan persahabatan 3 penjuru antara SK Mantin, SK Ulu Beranang dan SK Kg Daching. Perlawanan yang bermula 3.30 petang itu hanya berlangsung 2 perlawanan daripada 3 yang dirancang. Perlawanan pertama menemukan tuan rumah SK Mantin dan SK Ulu Beranang. Perlawanan yang sengit dengan penguasaan hampir setara akhirnya dimenangi oleh SK Mantin dengan 1-0
Perlawanan ke dua menemukan SK Kg Daching dan SK Ulu Beranang. Perlawan bermula dengan ke dua pasukan saling berbalas serangan namun SK Kg Daching dilihat lebih mendominasi perlawanan dengan beberapa percubaan ke arah pintu gol lawan. Namun gol yang dicari hanya muncul pada separuh masa ke dua. Tidak cukup dengan gol itu , Skuad SKKD Muda A yang baru ditubuhkan melancarkan serangan bertali arus gagal menambah gol. Keputusan akhir SK Kg Daching 1 - Sk Ulu Beranang 0.
Pertemuan di antara SK Mantin dan SK Kg Daching terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat. Menurut Cikgu Riduan yang merupakan penyelaras perlawanan dan Pengurus SKKD Muda A, perlawanan ini adalah hasil cetusan idea diantara beliau bersama Cikgu Hafizudin (SK Mantin) dan UStaz Lutfi (SK Ulu Beranang) bertujuan sebagai persediaan awal menghadapi kejohanan bola sepak peringkat MSSD Seremban 1 tahun hadapan. beliau berharap lebih banyak sekolah terutama di sekitar Lenggeng menyertai perlawanan persahabatan ini.

SKKD kehilangan seorang ustazah...


Selamat bertugas ditempat baharu buat Ustazah Hani Azmidah Fatimah Binti Azmai. Beliau akan memulakan tugas baharu di SK Bukit Raya, Cheras mulai 1 Jun 2011. Kami rakan-rakan guru ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang berada di sekolah ini.

Saturday, May 21

Lima Perkataan Membina Keyakinan

Bagi setiap orang, pasti ada sesuatu atau seseorang yang menjadi pendorong kejayaannya. Untuk berjaya bukan sahaja dorongan tetapi keyakinan diri untuk terus belajar dalam mencapai impian hidup. Kita mungkin dihalang perasaan takut, kurang keinginan atau kepercayaan bahawa kita mempunyai kemampuan. Semua ini sebenarnya menyekat untuk kita terus berjaya. Berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Kita sering berkata bahawa kita mempunyai kekurangan diri, kekurangan dalam segala hal berbanding dengan orang lain. Tapi adakah kita telah mencuba. Kita sebenarnya dihalang oleh perasaan keyakinan diri. Dengan kesabaran, kesungguhan dan doa, lama kelamaan, impian pasti menjadi kenyataan. Oleh itu mulai hari katakan pada diri" AKU MESTI MULA MENGUBAH HIDUP."

Sekitar Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan















Kursus Latihan dalam Perkhidmatan telah diadakan pada 21. 05. 2011 hari Sabtu di Makmal Komputer SK Kampong Daching. Kursus ini telah disampaikan En. Mohd Riduan Bin Mohamad Yusof iaitu JU Kajian Tindakan Negeri Sembilan. Beliau merupakan guru SK Kampong Daching.

Monday, May 16

SELAMAT HARI GURU 2011





















Sambutan Hari Guru 2011 dengan tema "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" telah disambut dengan penuh kemeriahan dan hormani. Pelbagai acara telah dilangsungkan dan mendapat sambutan yang meriah. Acara dimulakan dengan bacaan doa yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaki. Kemudian bacaan perutusan yang dibacakan oleh En. Shaharudin Buyong dan En. Arifin Hj Ismail. majlis diteruskan dengan acara persembahan murid dan guru dan diakhiri dengan acara sukaneka.

Thursday, May 12

Khas Uuntuk semua rakan guru

Titipan diri

16 Mei muncul semula,

Membawa titip harapan,

Pada warga bergelar guru.

Dalam mengisi transformasi negara.

Bukan untuk sanjungan,

Tidak pula ingin merasai cacian,

Bukan juga untuk bersuka,

Apatah lagi untuk merasa selesa,

Dalam mengisi hasrat masyarakat,

Yang penuh rasa, penuh luka dijiwa,

Umpama lilin bukan ibaratnya lagi,

Takut kehangusan,

Kerna mahu berbakti lagi,

Masih mahu menyumbang hasrat hati,

Menyuntik sanubari, diri sendiri.

Terima kasih kepada diri,

Kerna masih mahu berbakti,

Dalam dunia penuh duri.