Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Thursday, January 31

Pertemuan Dua Jiran SKKD VS SKUB

Daching, 31 Dis : 2 Pasukan berjiran akan bertarung hari ini bagi siri perlawanan persahabatan bola tampar dan bola sepak 1/2013. SK Kg Daching dan SK Ulu Beranang dua sekolah yang berjiran penuh tradisi dan sejarah di bidang sukan akan bertemu di gelanggang hari ini. Perlawanan persahabatan ini adalah menjadi medan kepada kedua pasukan mempersiapkan diri menghadapi kejohanan MSSD Seremban 1. SK Ulu Beranang akan menjadi tuan rumah pada pertemuan klasik ini. Jadual sukan seperti berikut : 1. Bola Tampar (L) - 3.15 petang 2. Bola Tampar (P) - 3.45 petang 3. Bola sepak u 12 - 4.00 petang Semua dijemput hadir.

Tuesday, January 29

Amanah itu berat........

Selamat datang kepada dua orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar ke SK Kampong Daching. Kedua-dua orang pelatih ini akan menjalani latihan praktikum disekolah ini dalam bidang pemulihan. Mohd Nasrun Naim dan Mohd Hilmi Bin Johar diharapkan agar mempraktikan segala ilmu yang telah dipelajari di institut. Gunakan segala peluang yang ada untuk mencurahkan bakti kepada murid-murid di sini. Segala peluang yang ada ini sebenarnya merupakan satu ujian pada diri untuk membuktikan bahawa tiada kesilapan dalam memilih bidang perguruan ini.
Renungan

Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran disebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.


Wednesday, January 23

Tahniah kepada adik Asyraf Syazwan Bin Sulaiman, adik Nik Nur Aqilah serta adik Nurfatiah Binti Mohd Zainullah kerana telah berjaya mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan UPKK Tahun 2012. Semoga kejayaan mereka ini akan menjadi contoh kepada murid-murid yang lain khasnya murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan ini pada bulan Oktober nanti.

Warga Daching Mengalukan..............




Selamat menempuh alam persekolahan bagi murid-murid tahun 1 Tahun 2013. Satu sesi suai kenal telah diadakan pada 30.12. 2012 yang lalu. Pelbagai ragam dan aksi yang ditunjukkan oleh murid tahun satu ini . Namun begitu semuanya mempunyai semangat dalam menempuh alam persekolahan ini. Begitu juga dengan raut wajah ibu bapa yang penuh pengharapan agar anak-anak mereka didik serta diberi ilmu pengetahuan di sekolah ini. Kepada ibu bapa terima kasih kerana memlilih SK Kampong Daching sebagai destinasi dalam menimba ilmu. 

Tuesday, January 15

SK KG Daching Kandas Di Separuh Akhir Liga Super 2012

Labu, 11 Jan : Pasukan SK KG Daching tewas di tangan SK Desa Jasmin dan gagal mara ke perlawanan akhir seperti diharapkan. Pasukan SKKD bermula agak baik di separuh masa dengan melancar beberapa serangan, namun ketangkasan penjaga gol lawan dan ketumpulan penyerang menjadi penghalang.Pada akhir minit babak pertama akhirnya SKKD dihukum dengan jaringan pertama lawan akibat kelam kabut di hadapan pintu gol. Separuh masa kedua berlangsung di dalam hujan yang agak lebat namun SKKD masih hampa mencari gol penyamaan.Sisa-sisa perjuangan SKKD akhirnya tamat apabila SK Desa Jasmin menambah gol kedua. Keputusan penuh SKKD 0 - 2 SK Desa Jasmin. Di dalam perlawanan terdahulu SK LBJ menewaskan SK Taman Semarak dengan 3-2. Kejohanan Liga Super Seremban 1 telah dijuarai oleh SK Desa Jasmin yang menewaskan SK LBJ dengan penalti 5-4.

Monday, January 14

Berani berubah........


Pupuklah budaya kerja cemerlang seawal menjejakkan kaki ke sekolah sebagai guru, manakala guru yang telah lama berkhidmat, tiada istilah terlambat untuk memulakan sesuatu kebaikan demi kecemerlangan. Jangan kita perkecilkan pilihan yang Allah tentukan kepada kita sebagai seorang guru. Hayatilah bidang pendidikan sebaiknya. Timbalah pengalaman sebanyak mungkin selagi Allah mengurniakan peluang, tenaga dan usia agar kita mampu tersenyum puas pada hari persaraan kita nanti kerana menyedari kita sudah memberi yang terbaik. Jika kita berasa tugas guru telah menjemukan, jangan terus bersungut, mengkritik dan memperlekeh. Lakukan perubahan!

Friday, January 11

DachingNine FC Beraksi di Separuh Akhir Jumaat INI

Daching, 10 Oktober : Bertempat di Padang SK Labu Hilir (Shahbandar Abu Bakar) pasukan bola sepak SK Kg Daching akan beraksi menentang SK Desa JAsmin di peringkat separuh akhir. Perlawanan dijangka berlangsung pada jam 4.00 petang selepas perlawanan separuh akhir 1 diantara SK Taman Semarak bertemu SK LBJ. Mengulas tentang persiapan pasukan menjelang perlawanan Jumaat ini, penolong jurulatih, Cikgu Firdaus agak optimis dengan peluang anak buahnya berdepan cabaran Sk Desa Jasmin. Rehat panjang sempena cuti semester mungkin akan sedikit menjejaskan rentak pasukan disertakan dengan kehilangan pemain tengah bertahan , Arbi yang berhijrah ke Kelantan. Pasukan DachingNine FC masih dibimbing oleh En Ariffin Hj Ismail buat masa ini. Sementara itu ketua pasukan, Muhd Azim Abd Rahman pula menyeru agar rakan sepasukan mempamer aksi lebih mantap ketika saingan kalah mati ini. Beliau juga menjemput seluruh warga Kg Daching turun memberikan sokongan tidak berbelah bagi. Laporan oleh : Mohd Riduan Bin Mohamad Yusof Nadi Arena Daching 901

Tuesday, January 8

Tahun Baru.....Tekad Baru...



Tahun 2012 yang berlalu telah membawa banyak kenangan manis dan pahit dalam lipatan sejarah SK Kampong Daching. Dengan kehadiran guru besar baharu pastinya semangat yang baru harus dijana dalam diri setiap kaki tangan sekolah. Apa yang lebih penting ialah Amanah yang telah diberikan oleh ibu bapa dapat dijalankan dengan sebaiknya". Memikul amanah memang amat berat, apatah lagi apabila untuk melaksanakannya. Semoga tahun 2013 ini kita dapat bersama-sama menjalankan tanggungjawab ini....