Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Monday, May 19

Guru Besar Baharu SK Kampong Daching

Tahniah kepada Encik Shamsudin Bin Mohamad atas pelantikan sebagai guru besar SK Kampong Daching yang berkuatkuasa pada 02. 05. 2014 yang lalu. Seluruh warga sekolah mengalu-alukan kedatangan beliau untuk memimpin Sekolah Kebangsaan Kampong Daching. Semoga dengan kehadiran beliau akan dapat meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Beliau merupakan bekas guru penoong kanan 1, SK Taman Rasah Jaya. Telah berbakti di Negeri Sembilan hampir 20 tahun. Merupakan anak jati negeri Kelantan. Mula berkhidmat pada tahun 1980. Tahniah...................

Tuesday, May 6

Tahniah Penerima APC Tahun 2013....


Tanhiah kepada Encik Goh Chee Kean kerana telah mendapat APC bagi tahun 2013. Beliau merupakan guru mata pelajaran Matematik Tahun 1, 4 dan 6 SK Kampong Daching.  Semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang untuk beliau meneruskan khidmat bakti yang lebih cemerlang lagi untuk anak-anak Kampung Daching ini. Tahniah.....


Tahniah juga kepada bekas guru besar SK Kampong Daching iaitu Cikgu Arifin Bin Mohd Yusof kerana menerima APC bagi tahun 2013. Belia kini bertugas di SK Rokan Bukit Rokan Barat.  Tahniah Cikgu kerana memberi impak yang besar buat kami semua.


Juga kepada rakan kita iaitu Cikgu Mohd Firdaus Bin Mustafa iaitu penerima APC bagi tahun 2013. Beliau yang kini bertugas di dinegeri asalnya iaitu di Negeri Kelantan. Tahniah.....

Program Motivasi UPSR 2014 dalam kenangan...








Program Motivasi UPSR 2014 telah diadakan pada 18, 19 dan 20 April 2014 yang lalu. Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa serta Jawatankuasa PIBG yang diterajui oleh En, Mazley Bin Jamaludin yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Jasa anda semua tetap dikenang. Program ini telah di rasmikan oleh YB. Tuan Haji Abu Ubaidah Bin Dato Hj Mohd Redza, iaitu ADUN Ampangan. 

Koakademik terus memacu kejayaan.....

Koakademik terus memacu kejayaan. Bermula dengan kejayaan merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pertandingan sahiba yang telah diadakan di SK Pantai. Usaha Hajah Siti Mariyam  yang bermula sejak awal tahun ini telah membawa kejayaan yang berganda buat SK Kampong Daching. Nursalina binti Ibrahim, Nur Arisya dan Nur Nadrah binti Abd Razak telah membawa kejayaan yang penuh bermakna buat SK Kampong Daching.
Kejayaan ini diteruskan dengan pertandingan Karnival Bahasa Melayu. Lokman Hakim Bin Ahmad Zuraidi telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita tahap 2, manakala Maisarah binti Kamal Arifin telah menjadi johan dalam pertandingan pidato. Manakala dalam pertandingan mengarang dua orang peserta telah mendapat tempat ketiga. 



Rangkuman Kejayaan....Usaha Berterusan

Syukur alhamdulillah banyak kejayaan telah diperolehi . Kejayaan yang dicapai ini adalah hasil usaha yang gigih serta tidak pernah kenal jemu kalangan guru SK Kampong Daching.  Bermula dengan kejayaan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan sepak takraw, di susuli dengan kejayaan pasukan lelaki dan perempuan yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan bola tampar. Tanhiah kepada kepada En. Ahmad Zuraidi Bin Wahab, Puan Nurashikin Binti Abdul Malik dan Puan Suzilawati Binti Haji Ghazali.



.