Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Monday, November 25

Tahniah 5A Milik Anda.....Teruskan kecemerlangan....

Nik Nur Aqilah Binti Nik Yusof
 Shahrul Fitri Bin Ramlee
 Ahmad Amnan Bin Ahmad Hisham
 Siti Nur Fathiah Binti Mohd Nor
 Nur Aina Fatin Binti Mohayidin
 Nur Athirah Fathiah Binti Jefry
Aidiel Bin Hasnoladie

Monday, November 18

Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2013




Pada 13 November 2013 yang lalu SK Kampong Daching telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2013 yang telah dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Abu Ubaidah Bin Dato' Hj Redza iaitu iaitu ADUN Ampangan. Beliau juga merupakan ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Buat pertama kalinya hari graduasi bagi murid PRA Sekolah juga diadakan. Nur Aina Fatin Binti Mohayidin telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid bagi tahun 2013 berdasarkan kecemerlangnya dalam bidang akademik dan juga aktif dalam bidang kokurikulum. Manakala Intan Farhana Binti Halid telah dipilih sebagai murid terbaik Kokurikulum (Sukan), Ahmad Amnan Bin Ahmad Hisham murid terbaik Akademik (Akhir Tahun ). Buat pertama kalinya juga anugerah buat guru yang berjaya membimbing murid ke peringkat negeri dan kebangsaan diadakan. Guru-guru yang terlibat ialah Puan Nurashikin Binti Malik, Puan Suzilawati Binti Hj Ghazali, Cik Nurul Asyikin Binti Che Aziz,  Encik Mohd Riduan Bin Mohamad Yusof dan Encik Amran Bin Bakar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hari Anugerah Cemerlang ini terutama guru-guru serta PIBG SK Kampong Daching.

Sunday, November 10

Sukan Tahunan SK Kampong Daching Tahun 2013





Sukan Tahunan SK Kampong Daching telah selamat diadakan pada 03. 11. 2013 yang lalu di padang sekolah. Temasya sukan tahunan ini telah dirasmikan oleh Encik Mazley Bin Jamaludin iatu Pengerusi PIBG sekolah. Manakala perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Suhaimi Bin Mohd Yosof iaitu Ketua Unit Sekolah Rendah PPD Seremban. Dalam ucapannya, beliau telah memuji kerjasama yang telah ditunjukkan oleh para guru serta masyarakat kampung dalam menjayakan sukan tahunan ini. Menurut beliau lagi SARANA  ibu bapa yang telah dijalankan oleh phak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berjaya dilaksanakan disekolah ini. Dalam temasya kali ini Olahragawan telah disandang oleh Muhammad Asraf Syazwan daripada rumah Biru manakala Farah Azieh Binti Azis pula muncul sebagai olahragawati sekolah. Rumah merah telah dinobatkan sebagai johan rumah sukan pada temasya sukan tahun ini. Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah berganding bahu dalam menjayakan sukan tahunan ini. Tahniah juga kepada Puan Siti Fatimah Binti Wahab yang telah berjaya memikul tanggungjawab sebagai pemangku guru penolong kanan kokurikulum sepanjang ketiadaan Puan Hajah Siti Mariyam Haji Othman yang menunaikan fardu haji. Juga kepada Encik Mohd Riduan Bin Mohamad Yusof yang menjadi pengurus kejohanan sukan tahunan ini. 

Sunday, November 3

Naib Johan Pantun

Pada 26. 10. 2013 yang lalu SK Kampong Daching Lenggeng telah menghantar pasukan ke Pertandingan Puisi Tradisonal peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di SK Seremban 2B. Pihak sekolah telah menyertai 3 kategori iaitu pertandingan pantun, seloka dan syair. Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan pantun dan mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan seloka dan syair. 

Tahniah..............

SK Kampong Lenggeng telah menghantar dua orang peserta ke Pertandingan Bercerita Anjuran Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan sempena Pesta Buku Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2013. Dua orang peserta tersebut ialah Intan Farhana Binti Halid dan Faizatul Aina Binti Fahmi Bassa. Syukur alhamdulillah kerana Intan Farhana telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan setinggi tahniah diatas kejayaan tersebut. Terima kasih juga kepada Cik Nurul Asyikin Binti Che Aziz yang telah menjadi guru pengiring dalam pertandingan tersebut.