Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Thursday, May 21

PESTA MUZIK PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1




Tanggal 18 Mei 2015, seramai tiga orang peserta sekolah telah memasuki pesta muzik peringkat daerah Seremban 1 yang di adakan di SK Komplek KLIA. Murid yang terlibat ialah Muhmmad Arif, Nur Batrisha Balqis dan Siti Nurul Najihah bersama guru pembimbing mereka, Puan Sharifah Munirah binti Mustapha.. Ketiga-tiga murid ini menyertai acara nyanyian solo bagi kategori lagu pop dan asli. Walaupun telah berusaha, namun, rezeki tidak berpihak kepada mereka dan tiada kejayaan yang diperoleh daripada pertandingan yang disertai itu. Jangan berputus asa. Jika berpeluang, berusaha lebih lagi untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6 PERINGKAT SEKOLAH DI EXCEL TRAINING CENTRE


 
 
Terlaksana sudah perancangan sekolah bersama PIBG untuk mengadakan Program Motivasi untuk murid-murid tahun 6 bagi persiapan menghadapi peperiksaan UPSR. Program tersebut diadakan selama tiga hari dua malam bermula 15 hingga17 Mei 2015 di Excel Training Center, Ulu Beranang. Murid-murid diberi pelbagai input melalui bengkel teknik menjawab soalan bagi setiap mata pelajaran peperiksaan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Selain itu, murid-murid juga melakukan aktiviti riadah yang dikendalikan oleh tenaga pengajar PLKN. Bagi mengakhiri program ini diadakan juga ceramah motivasi oleh pegawai Bimbingan dan Kaunseling dari  PPD Kuala Pilah yang melibatkan murid-murid tahun 6 bersama ibu bapa mereka serta guru-guru dan ahli jawatankuasa PIBG. Diharap Program Motivasi ini akan dapat membakar semangat murid-murid tahun 6 supaya rajin berusaha untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR.

Tuesday, May 12

Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri.. Tempat Ketiga dan Saguhati..






Pertandingan Sahibba peringkat negeri di SMK Jelai(F), Gemas yang diadakan pada 11 Mei 2015 telah mempertemukan guru dengan bekas murid SKKD di mana mereka bertanding untuk merebut gelaran juara bagi kategori masing-masing. Pertarungan murid seramai 32 orang  itu memang sengit kerana murid-murid yang bertanding memang hebat-hebat belaka, hanya rezeki dan nasib yang akan menentukan kejuaraan kepada peserta yang bertanding. Bagi peserta sekolah iaitu Nurul Sarah dan Nurul Syifa , walaupun telah berusaha namun mereka hanya mampu meraih tempat ketiga dan saguhati sahaja. Manakala bekas murid SKKD, Siti Mawaddah telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah menengah sementara Nursalina, juara Sahibba peringkat kebangsaan tahun lepas dan Nur Arissa mendapat saguhati. Walaupun peserta sekolah, Nurul Sarah dan Nurul Syifa tidak berjaya untuk ke peringkat kebangsaan, namun bekas murid SKKD pula yang menggantikan tempatnya. Tahniah kepada yang berjaya, diharap akan dapat meneruskan kejayaan di peringkat kebangsaan nanti.