Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, March 12

Laporan Olahraga MSSD SBN 1 2013

Nilai, 11 Mac : Kejohanan olahraga peringakat MSSD Seremban 1 telah bermula di Stadium Mini Tuanku Ampuan Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia , Nilai. Pasukan olehraga SKKD telah berjaya mendapat pingat pertama kejohanan melalui Muhd Asyraf Syazwan, pingat gangsa bagi acara 200 m lelaki bawawh 12 tahun. turut cemerlang ialah Farah Azieah yang mendapat tempat keempat di dalam perlumbaan akhir 200 m perempuan 12. Semoga lebih banyakpingat dapat dituai oleh atlet SKKD di bumi Usim ini. Keputusan melibatkan atlet SKKD 11 mac 2013 : 1. Asyraf - Gangsa 200 m 12 tahun Lelaki Akhir 2. haziq Aiman - pemenang saringan 2 200 m lelaki 12 tahun 3. Farah Azieh - ke empat 200 m 12 Tahun Perempuan akhir 4. Intan Farahan - ke lima saringan 4 200 m Perempuan 12 tahun 5. Nurfazila - Ke lima Lompat Jauh Perempuan bawah 12 Akhir 6. Nursalina - Pusingan ke 2 Lompat jauh Perempuan bawah 12 Akhir 7. Shafrul - Pusingan Akhir Lontar Peluru Lelaki 10 Tahun 8. Ameer - Pusingan Akhir Lontar Peluru Lelaki 10 Tahun

Sunday, March 10

Kem Bestari Solat Kali Pertama






Tahniah kepada Ustazah Nurashikin Bin Abd Malik, Ustaz Mohd Fadzil Bin Abdullah, Ustazah Suryati Binti Ali , Ustazah Nurul Asyikin Binti Che Aziz serta Ustaz Khairi kerana telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat pada 9. 3. 2013 yang lalu dengan jayanya. Seramai 205 orang murid dari tahun 1 hingga 6 telah menyertai kem ini. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang turut hadir sama bagi membantu program ini. Penglibatan ibu bapa ini diharapkan menjadi contoh yang terbaik kepada ibu bapa yang lain bagi menjayakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu ibu bapa terlibat secara tidak langsung dalam progarm sekolah. Ini selaras dengan SARANA ibu bapa yang telah dilancarkan pada 24. 02. 2013 yang lalu. Terima kasih juga kepada semua guru yang hadir bersama-sama membantu melicinkan Kem Bestari Solat ini. Semoga dengan adanya program ini akan dapat memberi pengalaman yang berguna kepada murid-murid seterusnya dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari.  Mungkin bingkisan ini akan menjadikan kita lebih bermusahabah  iaitu "Memang ramai guru yang mengajar saya, tapi cikgu seorang yang mengambil berat tentang saya" InsyaAllah....

Friday, March 8

SK Kg Daching Tempat ke 3 Bola Sepak MSSD SEREMBAN 1 2013

Labu, 6 Mac : Akhirnya setelah hampir 5 tahun menanti kejayaan dari acara bola sepak di peringkat MSSD Seremban 1, Padang SK Labu Ulu menjadi saksi SK Kg Daching kembali menjadi pasukan pilihan di peringkat MSSD Seremban 1. Tewas di peringkat separuh akhir ditangan SK Desa Jasmin yang akhirnya muncul juara, pasukan SKKD yang terkenal dengan gelaran Daching 9 FC tangkas menumpaskan satu persatu lawan sejak hari pertama kejohanan peringkat MSSD Seremban 1. SKKD telah diletakkan di dalam kumpulan maut iaitu kumpulan H yang mengandungi SK Batang Benar (Cardiff City) , SK Seri Klana (Akademi PBNS) dan naib johan 2012 SK Dato Klana Putra. SKKD memulakan langkah di Padang SK Taman Semarak dengan menewaskan SK Batang Benar 1-0. Gol jaringan Haziq Aiman menjadi pemisah buat kedua pasukan. Perlawanan ke dua SKKD menentang lawan sama di peringkat kumpulan tahun lalu. Jika tahun lalu berakhir 0-0. 2013 SKKD dengan mudah menewaskan SK Seri Klana 2 gol tanpa balas. Perlawanan terakhir menemukan SKKD dengan pasukan berjiran SK Dato Klana Putra. Perlawanan yang sentiasa sengit ini akhirnya menjadi milik SK Kg Daching 1-0. Pusingan ke 2 di Padang SK labu Ulu menemukan SKKD dengan SJKT Tun Sambathan.Enggan memandang rendah lawan, SKKD dengan barisan utama terpaksa menunjukkan jalan keluar buat satu-satu pasukan SJKT layak ke pusingan ke 2. SKKD menang 2-0.Menanti di suku akhir ialah SK Warisan Puteri. Bermula dengan agar hambar, SKKD akhirnya menang 2-0. Menanti SKKD di separuh akhir ialah SK desa Jasmin.Berjaya bertahan hingga ke masa tambahan ahirnya kelekaan di hujung babak ke dua masa tambahan, pemain pertahanan tertampan ke gawang sendiri. SKKD tumpas 0-1 dan harapan ke perlawanan akhir terpadam. Persiapan selama 3 tahun AKHIRNYA membuahkan hasil. Jurulatih SKKD , En Firdaus berkata pasukan telah menunjukan prestasi yang sepatutnya cuma bukan rezeki SK Kg Daching untuk layak ke final. Pasukan baru akan mula dibentuk untuk pasukan 2014. Kejayaan ini ditujukan khas buat EN ARIFIN B HJ ISMAIL, insan yang melatihkan pasukan ini dari mula. Barisan kejurulatihan CIKGU FIRDAUS yang banyak berkorban wang, masa dan tenaga demi kebaikan pasukan. USTAZ FADZIL yang setia bersama pasukan sejak 2011 . Guru - guru SKKD En Ahmad, En AMRAN, En GOH (selalu tolong hantar friendly) dan semua guru perempuan.USTAZ KHAIRIE, NAIM, HILMI (GURU PRAKTIKUM) Teristiemwa Guru besar 2013 EN ARIFIN BIN MD YUSOF yang terus memberi sokongan walau apa jua keadaan. PIBG SKKD dan semua pihak yang menghulur bantuan kewangan. Seluruh kakitangan SKKD, ibu bapa dan murid-murid. KEJAYAAN INI KEJAYAAN SEMUA. MELAPORKAN : CIKGU RIDUAN @ NADI ARENA DACHING 901

Tuesday, March 5

Al Fatihah....

Seluruh warga SK KG Daching ingin merakamkan ucapan Takziah buat Ustaz Khairie bin Jafar yang kehilangan ayahanda tercinta petang (4 Mac 2013) di Melaka. Semoga beliau sekeluarga tabah dengan dugaan ini. Al Fatihah.............

Friday, March 1

SK KG DACHING vs SK MENDUM vs SK U Beranang

Mendum, 27 Februari : Satu perlawanan persahabatan 3 penjuru bagi persiapan ke ke Kejohanan MSSD Seremban 1 2013. Perlawanan pertama melibatkan SKKD menetang tuan rumah SK Mendum. Pada perlawanan ini SKKD merehatkan beberapa pemain utama berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan 6 - 0. Perlawanan ke dua melibatkan SKKD bertemu SK Ulu Beranang dan SKKD menang dengan 5 - 1. Perlawanan terakhir pada persahabatan 3 penjuru ini ialah diantara SK Mendum bertemu SK Ulu Beranang yang berakhir seri 1-1. Semoga perlawanan persahabatan ini memberi manfaat kepada pasukan terlibat. Melaporkan : Cikgu Riduan @ Nadi Arena Daching