Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Tuesday, February 28

Era Kegemilangan Sepak Takraw kembali....


Tahniah kepada pasukan Sepak Takraw SK Kampong Daching kerana telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan sepak takraw peringkat Seremban Barat setelah mengalahkan SK Mantin dalam perlawanan akhir. Kejuaraan ini telah mengulangi pencapaian pada tahun 2007. Tahniah di atas usaha keras yang telah dijalankan dengan latihan yang telah dijalankan pada tahun lepas lagi. Tahniah juga kepada barisan guru yang diketuai oleh Encik Mohd Riduan Bin Mohammad Yusof, Encik Arifin Bin Haji Ismail, Encik Mohd Firdaus Bin Mustafa serta Ustaz Mohd Fadzil Bin Abdullah. Teruskan usaha untuk memartabatkan kegemilangan sepak takraw Sekolah Kebangsaan Kampong Daching.

Monday, February 27

Sambutan Maulidur Rasul 2012







Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2012 telah diadakan pada 24. 02. 2012 bersamaan hari Jumaat. Sempena majlis sambutan ini satu perarakan telah diadakan sambil melaungkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.AW. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menanamkan semangat cintakan rasulullah. Sempena sambutan ini juga telah diadakan ceramah maulidur rasul yang telah disampaikan oleh Ustaz Khalid iaitu guru SK Mendum. Murid Tahun 1 telah berjaya memenangi sepanduk terbaik sempena sambutan kali ini. Tahniah dan syabas kepada Panitia Agama Islam kerana telah berjaya mengadakan sambutan ini.

Wednesday, February 22

SKKD 6 - 1 SK Mantin



Mantin, 21 Feb : Setelah seminggu berehat dari sebarang perlawanan persahabatan, Pasukan Bola sepak bawah 12 SKKD kembali beraksi dengan SK Mantin sebagai lawan ke dua.
Perlawanan telah berlangsung di padang SK Mantin.

Perlawanan bermula jam 4.30 petang bermula dengan tempo yang agak berhati-hati. Minit-minit awak SKKD kelihattan masih gugup namun satu serangan yang dilakukan pada minit ke 8 telah berjaya menghasilkan jaringan pertama SKKD yang telah ditolak masuk ke gawang sendiri oleh pemain SK Mantin. Permainan agak terganggu selepas itu kerana hujan lebat mula turun. SK Mantin tampil dengan beberap cubaan namun terhalang oleh palang dan penjaga gol utama SKKD, Iwan. Namun pemain SKKD melalui Haziq Aiman pada minit ke 16 dan sebelum rehat SKKD menambah satu lagi jaringan melalui Aniq Ridzuan minit ke 24. Separuh masa pertama SKKD 3 - 0 SK Mantin.

Separuh masa ke dua bermula dengan SKKD terus mendominasi saingan. SK Mantin bermula dengan beberapa pertukaran pemain. Jaringan ke 4 SKKD muncul pada minit ker 35 melalui Aniq. Lima minit kemudian tanpa di sangka-sangka pemain pertahanan Syafik Yusmahadi menambah jaringan ke 5 buat SKKD. Ketua pasukan SKKD , Aniq melengkapkan hatrik beliau pada hari ini dengan menjaringkan gol ke 6 SKKD. SK Mantin akhirnya berjaya menjaringkan gol saguhati di hujung saingan. Keputusan akhir SKKD 6 - 1 SK Mantin.

Ketua jurulatih SKKD , En Arifin yang ditemui selepas perlawanan, menegaskan kemenangan ini sekadar satu motivasi untuk pemain. Cabaran lebih besar menanti di pertandingan sebenar dan pemain harus gigih berlatih untuk terus maju meningkatkan mutu permainan.



Mohd Riduan bin Mohamad Yusof
WARTAWAN SUKAN Buletin Daching

Pasukan b.sepak SKKD dapat sentuhan bekas murid SKKD



Daching, 18 Mac : Latihan pasukan bola sepak bawah 12 tahun SKKD buat julung kalinya telah disertai oleh 2 orang bekas murid SKKD iaitu Suadara Izzudin Irfan dan Mohd Nor.Kedua orang pemain ini merupakan bekas pemain SKKD yang telah menempa banyak kejayaan pada masa itu.

Kehadiran 2 orang bekas murid yang kini mewakili STAD telah menyuntik semangat para pemain untuk berlatih pada hari itu.Pada sesi latihan pagi itu, mereka berdua sempat menurunkan beberapa tips berkaitan bola sepak kepada para pemaian.

Diharap kehadiran 2 orang bekas murid SKKD ini mengamit lebih ramai bekas murid SKKD tampil bagi membantu pihak sekolah menjayakan [elbagai aktiviti.


Majulah Sukan untuk Semua.

Tuesday, February 21

Sekitar Latihan Kebakaran Tahun 2012





Latihan kebakaran telah diadakan pada 11. 02. 2012 bersamaa hari Sabtu. Latihan kebakaran tersebut diadakan untuk memberi latihan kepada seluruh warga sekolah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Mrenurut Encik Arifin Hj Ismail iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, latihan tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Walaubagaimana pun menurut beliau masih ada lagi lompang-lompang yang perlu dibaiki dalam beberapa aspek yang telah dikenal pasti. Menurut beliau lagi kemungkinan besar latihan kebakaran pada masa akan datang akan melibatkan pihak luar iaitu bomba.

Monday, February 20

Menabung Bersama Tabung Haji





Pada 16hb Mac 2012 pihak Tabung Haji telah membuka kaunter di SK Kampong Daching. Ini memberi peluang kepada murid-murid yang berminat untuk menyimpan dalam tabung haji. Sambutan yang diberikan oleh murid-murid sungguh menggalakkan. Pihak sekolah berharap agar tabiat menabung ini akan menjadi satu amalan dalam kehidupan murid-murid. Bak kata pepatah, "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" dan "kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya".

Sunday, February 19

PERTANDINGAN PEMBUKA TIRAI.....KOAKADEMIK PERINGKAT SEKOLAH







Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah telah diadakan pada 8. 02. 2012 yang lalu. Pertandingan bercerita ini telah diadakan pada waktu kokurikulum iaitu pukul 1.00 petang hingga 2.00 petang. Seramai 7 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk memilih peserta yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita yang akan diadakan pada bulan Mac nanti. Tahniah kepada peserta yang telah menang dalam pertandingan tersebut.

Thursday, February 16

Kejohanan Bola Tampar MSSD Seremban 1 2012





Paroi, 13 Feb : SK Kg Daching buat kali kedua telah menyertai kejohanan bola tampar peringkat MSSD Seremban 1 yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.Misi pada kali ini ialah sekurang-kurangnya menyamai pencapaian tahun lalu iaitu tempat ketiga bagi kategori lelaki dan perempuan.
Bagi kategori perempuan SKKD diletakkan di dalam kumpulan B bersama SJKC Kg baru Pajam dan SK Desa Cempaka. Kategori lelaki Kumpulan D bersama SK Mendum dan SJKT Labu.
Pasukan lelaki memulakan aksi dengan menewaskan SJKT Labu. Namun tewas di perlawanan kedua kepada SK Mendum. SKKD tetap layak ke pusingan suku akhir dan bertemu dengan SK Batang Benar. Perlawanan suku akhir yang berlangsung sengit akhirnya dimenangi SK Batang Benar. SKKD bagi kategori lelaki gagal mengulangi pencapaian tahun lalu.
Bagi pasukan perempuan memulakan peringkat kumpulan dengan menewaskan SJKC Kg baru Pajam namun tewas perlawanan ke dua ditangan SK Desa Cempaka. Pada separuh akhir SKKD bertemu SK Ulu Beranang. Harapan SKKD untuk menukar warna pingat yang dimenangi tahun lalu gagal apabila tewas dengan rubber set. Pasukan SKKD tempat ketiga Kejohanan Bola Tampar MSSD Seremban 1.


Mohd Riduan bin Mohamad Yusof
Wartawan Sukan Buletin SKKD

Friday, February 10

Skuad Bola Sepak SKKD Mengaum di Labu


Labu, 9 Feb : Skuad bola sepak bawah 12 tahun SK Kg Daching (SKKD) atau Daching FC memulakan langkah kanan di dalam siri perlawanan persahabatan Tahun 2012. Lawan SKKD bukanlah calang-calang pasukan kerana SK Labu Ulu (SKLU) telah beberapa kali sejak kebelakangan ini menewaskan SKKD.

Perlawanan bermula tepat 4.30 petang di padang SK Labu Ulu. Perlawanan bermula dengan dengan SKLU membuat beberapa cubaan ke arah kubu SKKD. SKKD yang agak gugup di 10 minit pertama mula mendapat rentak dan melancarkan serangan. Akhirnya pada minit 21 , Aiman Ghazali berjaya menjaringkan gol pertama SKKD. Namun sedikit kealpaan di barisan pertahanan 5 minit kemudian SKLU berjaya menyamakan kedudukan. SKKD kembali menyusun serengan dan di minit-minit akhir separuh masa, Haziq Aiman berjaya menjaringkan gol ke 2 SKDD. Separuh masa pertama SKKD 2- 1 SKLU.

Separuh masa kedua, SKKD bermula garang dengan beberapa serangan pantas dan pada minit ke 35 Aniq berjaya menjaringkan gol ke 3 SKKD. SKKD terus mengaum dengan jaringan ke 4 melalui Aiman Ghazali dan SKKD terus menambah jaringan pada minit ke 50 melalui Haziq Aiman. Namun SKLU yang ketinggalan cuba bangkit dengan gol ke 2 pada masa kecederaan. SKKD 5 - 2 SKLU .

Ketua jurulatih SKKD , En Arifin b. Hj Ismail yang ditemui selepas perlawanan menyatakan secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan prestasi pemainnya pada hari ini. Beberapa kelemahan akan segera di atasi bagi mempersiapkan pasukan untuk kejohanan peringkat MSSD Seremban 1 nanti.

Tahniah kepada pasukan SKKD dan perlawanan ini diharap berjaya membangkitkan semangat dan kemahiran pemain SKKD untuk kejohanan peringkat daerah.


Sekian.

Mohd Riduan b. Mohamad Yusof
Wartawan Buletin Sukan SKKD.

Sunday, February 5

Perlawanan Pembuka Tirai....Bola Jaring



Sekolah Kebangsaan Kampong Daching telah menghantar pasukan bola jaring yang diketuai oleh ketuai oleh pengurus pasukan iaitu Puan Suzzilawati Binti Hj Ghazali. Jurulatih pasukan bola jaring sekolah ialah Puan Faizah Binti Ali dan penolong jurulatih iaitu Puan Nurashikin Binti Malik. Pasukan bola jaring sekolah berjaya layak hingga ke peringkat suku akhir. Tahniah kepada pasukan bola jaring sekolah.

Thursday, February 2

Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru kali Pertama 2012



Perjumpaan ibu bapa dan pihak sekolah telah diadakan pada 19 Januari 2012. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk berbincang serta membuat beberapa keputusan penting dalam beberapa perkara demi anak-anak didik yang bakal mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 2012. Kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan. dalam perjumpaan tersebut tuan guru besar telah menerangkan KPI sekolah dalam peperiksaan UPSR 2012. D samping itu beliau memperkenalkan guru-guru yang menerajui kelas tahun 6 tahun 2012. Setiausaha peperiksaan telah membentangkan program yang akan dijalankan dalam tahun 2012. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang prihatin yang hadir di dalam perjumpaan tersebut.

Wednesday, February 1

1951-1976 dan 1951-2001...Dua wajah



Dua wajah yang berbeza mempunyai matlamat yang sama. Dua generasi berbeza mempunyai semangat yang sama. Jika kedua-dua generasi ini bersama, maka matlamat yang sama akan terlaksana bersama untuk membentuk kejayaan serta kecemerlangan. Disebalik dua wajah ini tersemat cita-cita. Jika pernah mengalami kesusahan, kita akan tahu erti kegembiraan....