Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Thursday, March 29

PROGRAM MOTIVASI DAN BICARA ILMU 2012






Syukur alhamdulillah Kem Motivasi dan Bicara Ilmu 2012 telah dapat dijalankan seperti yang telah dirancangkan. Terima kasih kepada pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu Puan Hidayah Binti Buhari kerana telah menyumbang sedikit bantuan dalam menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti telah dijalan seperti bengkel menjawab soalan, majlis bacaan yasin, sukaneka, dan program motivasi. Terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr Suppyan Bin Husin dari UKM kerana sudi mencurahkan ilmu dalam program motivasi yang telah diadakan pada malam 24 Mac. Terima kasih juga kepada pihak PIBG kerana telah memberi kerjasama yang erat dalam menjayakan program ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua ibu bapa yang hadir dalam menjayakan program ini. Akhir sekekali kepada semua rakan guru yang memberi kerjasama serta komitmen yang tinggi menjayakan program ini. TERIMA KASIH SEMUA.

Tahniah....




Sekalung Tahniah kepada Encik Ahmad Zuraidi dan Puan Suzilawati Hj Ghazali kerana telah berjaya menghantar peserta ke pertandingan "Action Song" yang telah diadakan di SK Ahmad Manaf, Nilai. Walaupun tidak menang tetapi kejayaan menghantar peserta itu merupakan satu kejayaan yang lebih besar nilainya. Kepada peserta pertandingan tahniah sekali ..anda memang telah berjaya....

Trio SKKD Bantu Seremban 1 Capai Tempat Ketiga Di MSSNS 2012

Paroi, 28 Mac 2012: Tahniah buat 3 pemain sepak takraw SK Kg Daching, Aniq Ridzuan, Fairuz dan Haziq Aiman kerana membantu pasukan sepak takraw Seremban 1 mengekalkan tempat ketiga bagi acara berpasukan di Kejohanan Sepak Takraw MSSNS 2012. Tewas di tangan Seremban 2 (0-2) yang merupakan juara bertahan seperti sudah dijangka namun kekentalan dan semangat melawan yang tinggi pemaian Seremban 1 membuktikan mereka juga pencabar utama.

Di peringkat kumpulan Seremban 1 menewaskan Kuala Pilah 2-1, seterusnya tewas di tangan Jempol 1-2 dan akhirnya menutup peringkat kumpulan menewaskan Jelebu dengan 2-1.Pencapaian ini merupakan satu lagi titik tolak melonjakkan nama Sk Kg Daching di arena sepak takraw di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat kebanggsaan.

Melaporkan :

Mohd Riduan bin Mohamad Yusof
Nadi Sukan Daching

Sunday, March 25

Majlis Pelancaran Penubuhan Pasukan "Kelab Daching Nine"




Sempena Mesyuarat Agung PIBG yang lalu, satu majlis pelancaran Kelab Bola Sepak SK Kampong Daching telah diadakan. Kelan Bola Sepak ini dikenali "Daching Nine" yang diterajui oleh Encik Mohd Riduan Bin Mohamad Yusof selaku pengurus pasukan dan Encik Ariffin Bin Hj Ismail selaku jurulatih bagi pasukan ini. Mereka dibantu oleh guru-guru SK Kampong Daching. Penubuhan pasukan inilah adalah inisiatif PIBG SK Kampong Daching serta barisan guru sekolah. Pasukan ini telah mendapat tajaan baju oleh pihak luar. Semoga dengan penubuhan pasukan ini akan dapat meningkatkan prestasi pasukan serta menggembalikan era kegemilangan sekolah dalam sukan bola sepak.

Mesyuarat Agung Tahun 2012





Mesyuarat Agung Tahun 2012 telah diadakan pada 22. 03. 2012 yang lalu. Mesyurat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Mustapha Bin Salim, ADUN Kawasan Lenggeng. Turut hadir sama ialah Pengerusi JKKK Kampung Daching Hilir. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan mesyuarat tersebut. Tahniah kepada Encik Mazley Bin Jamaludin kerana terpilih sebulat suara menegekalkan jawatan pengerusi PIBG sekolah . tahniah juga kepada mereka yang terpilih dalam senarai AJK untu sesi 2012/2013. Semoga PIBG akan menjadi pemangkin kejayaan sekolah.

Sunday, March 18

ALLAH MENGUJI...............



Dalam hidup ini Allah akan menguji. Kadangkala Allah menguji kita dengan kesusahan. Jika kita sakit, selalunya kita akan mengingati Allah. Allah sakitnya....ungkapan yang sering kali kita lafazkan. Kadangkala Allah akan menguji kita dengan kejayaan, kemuliaan, kehebatan dan bermacam kejayaan. Ujian Allah inilah seringkali membuat kita terleka. Kadang-kadang kita alpa. Hari ini Allah telah menguji seluruh warga SKKD dengan kejayaan. Semoga ujian Allah ini akan menambahkan kekuatan untuk mencipta yang lebih baik.

PRESTASI PASUKAN OLAHRAGA SKKD DI KEJOHANAN TREK DAN BALAPAN DAERAH SEREMBAN 2012



PAROI,Seremban : Pada 5 hingga 9 Mac 2012, SK Kg Daching telah menyertai Kejohanan Trek dan Balapan Daerah Seremban 2012. Seperti kebiasaan SKKD menyertai hampir kesemua acara dalam 4 kategori iaitu L12, P12, L10 dan P10.Seperti semua sedia maklum kejohanan olahraga dan balapan adalah medan yang amat sukar bagi sekolah kecil seperti SKKD untuk menyerlah. Penyertann hampir 58 buah sekolah rendah seluruh Seremban , pencapain layak ke perlawanan akhir satu kebanggaan. Tekad untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian 1 pingat gangsa Tahun 2011 namun pada kejohanan kali ini skuad olahraga gagal menjelmakan sebarang warna pingat. Namun disebalik segala kekurangan seluruh warga SKKD masih boleh berbangga kerana skuad olahraga berjaya layak di dalam 3 perlumbaan akhir.Berikut senarai atlit SKKD yang layak ke perlumbaan akhir.

1. Nurhidayah bt SIsuul (P12) Lari 80m berpagar - Tempat ke 4
2. Aniq Al Safwan b. Al Faizap (L10) Lari 60m berpagar - Tempat ke 6
3. Quartet 4X100 m (L10) - Tempat ke 8

Semoga tahun 2013 SKKD akan lebih menyerlah di gelanggang olahraga dengan sokongan padu semua pihak.


Majulah Sukan untuk SKKD.

Oleh :

Mohd Riduan bin Mohamad Yusof
Nadi Sukan Daching

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 33 - 2012

Sunday, March 11

RENDAH DIRI DENGAN KEMAAFAN

Sebagai manusia, kita perlu menjauhkan diri daripada sifat riak, angkuh dan sombong semata-mata untuk menjaga imej diri, pangkat serta kedudukan. Individu yang bersifat mulia biasanya amat mudah memaafkan kesalahan orang lain. Jika bukan kerana keimanan dan rasa tawaduk, sukar bagi manusia memohom maaf. Mereka yang sanggup memohon maaf ialah orang yang memiliki kekayaan hati, manakala mereka yang sukar memohon maaf dikatakan memiliki kemiskinan hati. Jiwa yang kaya ialah jiwa yang bebas daripada sifat bangga diri, sebaliknya memiiki sifat pemurah dan berlapang hati. Ini memudahkan kita untuk mengakui kesilapan diri, memohon maaf dan memaafkan orang lain. Bagi mereka yang melakukan kesalahan padanya, tidak salah merendah diri dan memaafkan kesalahannya. Kasih sayang Allah itu tidak dikurniakan secara percuma. Hanya yang ikhlas sahaja akan diberi. Justeru sikap mudah rasa bersalah walaupun atas perkara remeh perlu ditanam dalam diri. Hakikatnya, tanpa sikap saling memaafkan, kehidupan manusia terus dibelenggu pelbagai masalah, terutama perkara berkaitan kehidupan bermasyarakat. Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Ada tiga perkara apabila dilakukan akan dilindungi Allah dalam peliharaan-NYA dan dimasukkan ke dalam syurga iaitu, apabila diberi ia berterima kasih, apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri.” (Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SEREMBAN 1



Pada 2,3 dan 4 Mac 2012 yang lalu SK Kampong Daching telah menghantar peserta pengakap ke perkhemahan Unit Beruniform di SK Sungai Machang, Lenggeng. Mereka terdiri daripada Siti Mawaddah Binti Mustapa, Nur Fatin Amirah, Siti Noraini Binti Esmet dan Erra Izaty. Hampir 100 orang peserta yang menyertai perkhemahan tersebut, terdiri daripada sekolah-sekolah Seremban Barat. Dalam perkhemahan tersebut peserta SK Kampong Daching telah memenangi dua acara yang dipertandingkan. Adik Siti Mawadah telah memenangi dua acara dan 1 acara lagi dimenangi oleh adik Erra Izaty. Tahniah kepada peserta-peserta SK Kampong Daching.

Saturday, March 10

Murid Contoh Bulan Februari 2012



Tahniah kepada murid yang telah terpilih untuk menjadi Murid Contoh bagi bulan Februari 2012. Anugerah ini baharu diwujudkan bagi menjadi perangsang kepada semua murid agar sentiasa menjadi contoh kepada murid yang lain. Tahniah juga kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Murid di atas inisiatif ini.

Sunday, March 4

Kem Bestari Solat Tahun 2012





Kem Bestari Solat telah diadakan pada 3.3. 2012 yang lalu di SK Kampong Daching. Kem Bestari Solat ini telah disertai oleh murid tahun 1 hingga tahun 5 Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti tayangan video, cara-cara berwudhuk dan perlakuan sembahyang dengan cara yang betul. Aktiviti ini telah diketuai oleh Ustaz Mohammad Fadzil Bin Abdullah, Ustazah Nurashikin Binti Abdul Malik, Ustazah Nurul Asyikin Binti Che Aziz, serta dibantu oleh ustaz dan ustazah KAP iaitu Ustaz Zaki, Ustazah Peridah, Ustazah Norbaiti dan Ustazah Murniza. Di samping itu dalam menjalankan aktiviti -aktiviti tunjuk cara telah dibantu oleh guru-guru SK Kampong Daching.