Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Friday, June 28

Program Motivasi dan Bengkel Menjawab Soalan 2013


Syukur alhamdulillah setelah tertangguh beberapa kali akhirnya Program Motivasi dan Bicara Ilmu dapat dijalankan pada 21, 22 dan 24 Jun yang lalu. Jutaan terima kasih semua ibu bapa tahun 6 yang bersama-sama memasak dalam program ini. Program memasak ini telah diketuai oleh Encik Hasnaoladie Bin Bahari. Terima kasih juga kepada semua guru SKKD yang telah bersama menyokong dalam menjayakan program motivasi ini. Semoga keputusan UPSR pada tahun ini akan meningkat. Marilah sama-sama kita berdoa.

Thursday, June 20

Tahniah pasukan Bicara Berirama Sekolah

Pada 15. 06. 2013 yang lalu SK Kampong Daching telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah dalam pertandingan Bicara Berirama peringkat Seremban 1. Pasukan sekolah telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut serta memenangi hadiah dalam kategori skrip terbaik. Terima kasih kepada Pn. Siti Mariyam Haji Othman dan Pn. Faizah Binti Ali yang telah membimbing pasukan Bicara Berirama ini. Terima kasih juga kepada seluruh warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan pertandingan ini. Terima kasih daun keladi........

Naib Johan Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri 2013




Syukur alhamdulillah satu lagi kejayaan telah dicapai oleh murid SK Kampong Daching. Kali ini dalam pertandingan sahibba peringkat negeri yang telah diadakan di SMK Dato Abdul Samad Tanjong Ipoh Kuala Pilah. Sekalung tahniah buat adik Nur Fathiah Binti Zainullah yang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Pertandingan sahiba ini merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Tengah.  Tahniah juga kepada Puan Siti Mariyam kerana telah berjaya membimbing pasukan sekolah dalam pertandingan ini.

Thursday, June 6

Masa Untuk Menuai..............

Selalung tahniah kepada dua orang rakan guru iaitu Puan Siti Mariyam Binti haji Othman dan Puan Faizah Binti Ali kerana telah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah empat tahun berjuang serta menggorbankan masa cuti persekolahan. Semoga semangat mereka berdua ini akan menjadi contoh kepada guru-guru muda untuk meningkatkan kelayakan akademik serta dapat menggunakan segala ilmu yang dipelajari demi kemajuan anak bangsa. Untuk mencapai sesuatu impian kita harus mempunyai semangat untuk berjuang, sabar serta menghadapi segala dugaaan sebelum mencapai segala impaian. Sudah pasti segala penat lelah sekarang telah dibayar dengan sebuah kejayaan. Kejayaan tidak akan datang bergolek. TAHNIAH UNTUK ANDA BERDUA.....

Wednesday, June 5

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 23. 05. 2013 yang lalu Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan. Acara sambutan Hari Guru tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa yang telah disempurnakan oleh Ustaz. Khairie Bin Jafar. Pelbagai acara telah dijalankan. Terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan program yang telah dirancang. Tahniah kepada jawatankuasa yang telah  merancang yang diketuai oleh Cikgu Mohd Riduan. Semoga ikatan ukhwah akan terus dipertingkatkan demi kelangsungan anak-anak didik kita.