Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Saturday, September 22

Takziah buat Cikgu Ahmad Zuraidi

Pada jam 8.00 malam 20hb September 2012 bonda  Cikgu Ahmad Zuraidi Bin Abd Wahab telah kembali ke rahmatullah. Semua warga sekolah mengucapkan takziah dan berdoa agar rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AMIN.....

Thursday, September 20

Lawatan Murid Tahun 6 Selepas UPSR 2012











Syukur alhamdulillah program lawatan murid Tahun 6 selepas UPSR telah dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Seramai lima orang guru pengiring yang mengikuti rombongan tersebut iaitu Encik Amran Bin Bakar, Encik Ahmad Zuraidi Bin Abd Wahab, Puan Siti Mariyam Binti Hj Othman, Puan Faizah Binti Ali serta Cik Nurul Asyikin Binti Che Aziz. Tempat-tempat yang dilawati ialah Wetland di Dengkil, dan sekitar Putraya. Terima kasih kepada semua murid tahun 6 kerana telah menunjukkan disiplin yang tinggi semasa lawatan tersebut. 

Tuesday, September 18

Jasamu dikenang.....Terima kasih...

Encik Arifin Haji Ismail selaku Pengerusi Bilik Guru sedang menyampaikan hadiah kepada Encik Zahari Bin Zakaria sempena majlis perpisahan yang telah diadakan di SK Kampong Daching. Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang beliau bertugas di sekolah ini. 

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012









Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2012 telah disempurnakan oleh Encik Abd. Aziz Bin Ishak, Guru Penolong Kanan 1 SK Kampong Daching. Sempena majlis penutupan ini pertandingan mewarna dan pertandingan nyanyian lagu patriotik telah diadakan. Terima kasih kepada semua guru yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan majlis penutupan rasmi bulan kemerdekaan ini.

Friday, September 7

Bacaan Yasin Perdana UPSR 2012


 DOA Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan....








Sekitar Suasana Majlis Bacaan Yasin 2012.

DOA Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

Thursday, September 6

Selamat Berjuang......Semoga berjaya UPSR 2012

Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah 
Ali imran : 159


  1. Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  2. Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri.
  3. Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.
  4. Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa hormat kepadanya.
  5. Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
  6. Lakukan apa yang paling disegani oleh guru.
  7. Hindari dari menyinggung perasaan guru.
  8. Mendoakan keampunan dan kesejahteraan buat guru.
  9. Selalu menziarahi mereka atau menziarahi maqam mereka setelah mereka meninggal dunia.
  10. Mengambil berat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.

Wednesday, September 5

Sekitar Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2012











Pada 30. 08. 2012 yang lalu dua majlis telah diadakan serentak iaitu Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah dan Sambutan Hari Raya. Pelbagai juadah telah di bawa oleh murid-murid  sempena majlis tersebut. Diharapkan majlis ini akan dapat mengeratkan hubungan antara warga SK Kampong Daching.

Majlis Khatam Al-Quran 2012


Majlis Khatam Al-Quran ini telah diadakan pada 15. 08. 2012 yang lalu. Khatam Al-Quran ini yelah diketuai oleh Ustaz Mohd Fadzil Bin Abdullah. Peserta khatam Al-Quran ini tediri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 yang telah mengikuti tadarus Al-Quran pada bulan Ramadan. Tahniah kepada Panitia Agama Islam kerana telah berjaya menganjurkan majlis khatam Al-Quran ini. Tidak lupa juga kepada semua guru SK Kampong Daching.