Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Friday, September 30

SKKD Gegar Mantin Big Run 2011









Mantin, 30 Sept : Atlet olahraga SK Kg Daching menunjukkan taring di acara merentas desa sempena Mantin Big Run 2011. Kejohanan anjuran SK Mantin ini telah menampilkan beberapa pasukan jemputan antaranya SK Ulu Beranang, SK Sg Jai, SK Batang Benar dan SK Kg Daching. Tampil dengan 12 orang peserta, atlet SKKD menunjukkan prestasi yang gemilang di arena merentas desa. Turut mengiringi atlet SKKD ialah Cikgu Riduan (pengurus) dan Cikgu Firdaus (Jurulatih).
SK Kg Daching telah meraih 3 gelaran pada Mantin Big Run 2011. Adila Rahim yang dilihat kurang bersemangat di awal perlumbaan namun meraih gelaran juara bagi kategori perempuan Tahun 6. Bertukar kategori pada saat akhir membolehkan Muhammad Aiman b Ghazali menjadi atlet pertama yang mencecah garisan penamat bagi kategori Tahun 3 lelaki. SKKD turut membawa pulang gelaran Tahun 4 lelaki menerusi Haziq Aiman.

Berikut keputusan penuh yang membabitkan altet SKKD :

Muhammad Aiman b. Ghazali - Tempat 1 (L Tahun 3)
Haziq Aiman b Md Hussain - Tempat 1 (L Tahun 4)
Nor Adila bt Rahim - Tempat 1 (P Tahun 6)
Muhd Fairuz b. Zainal - Tempat 3 (L Tahun 4)
Muhd Fikri bin Norsan - Tempat 3 (L Tahun 6)
Asraf Ridzuan b Anuar - Tempat ke 6 (L tahun 6)
Nurhidayah bt Sisul - Tempat ke 3 (P Tahun 5)
Farah Aziah bt Azis - Tempat ke 5 (P Tahun 4)
Izatul Atiqah bt Abdullah - Tempat 3 (P Tahun 6)

Semoga kejayaan manis ini menjadi inspirasi murid yang lain dan pemangin kejayaan SKKD di arena sukan. Majulah sukan untuk semua.

Thursday, September 22

Majlis Sambutan Hari Raya dan Merdeka 2011





Majlis sambutan Merdeka Raya telah berlansung dengan penuh meriah. Pelbagai juadah telah disediakan. Murid-murid telah dihidangkan satay dan ketupat. Tidak ketinggalan juga kuih muih yang telah dibawa oleh murid-murid. Sempena majlis tersebut pertandingan kuiz dan pertandingan mewarna juga diadakan untuk murid-murid.

Monday, September 12

MOGA BERJAYA....

Selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya dengan cemerlang. Kami guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Saturday, September 10

Majlis Bacaan Yasin Perdana UPSR 2011









Pada 9.9. 2011 yang lalu telah diadakan majlis bacaan yasin untuk peperiksaan UPSR 2011. Sambutan sungguh menggalakkan. Ramai ibu bapa yang hadir dalam majlis tersebut. Majlis bacaan yasin tersebut telah dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Daching. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang membawa juadah berupa lauk pauk serta kuih raya. Di samping itu ribuan terima kasih juga kepada semua AJK PIBG yang hadir sama dan memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan majlis bacaan yasin ini. Juga setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru yang hadir dalam majlis tersebut. KERJASAMA YANG ERAT PASTI TIADA YANG BERAT.