Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Sunday, October 21




Syukur Alhamdulillah kerana pada 13. 10. 2012 yang lalu SK Kampong Daching telah berjaya dalam Pertandingan Karnival Bahasa Peringkat Negeri Sembilan. SK Kampong Daching telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Sajak, Gurindam dan Mengarang Tahap 1. Selain itu peserta SK Kampong Daching juga berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan Mengarang Tahap 2, Gurindam tempat ke-4, syair mendapat tempat ke-4 dan Bercerita Tahap 1 mendapat tempat ke-5. Karnival Bahasa ini merupakan anjuran SK Seliau iaitu Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan kerjasama Institut Perguruan Kampus Raja Melewar, Seremban.Tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian. Berikut senarai nama pemenang dalam pertandingan tersebut;

  Pertandingan Sajak            :Siti Mawaddah Binti Mustapha           -Johan
  Pertandingan Gurindam      :Adam Rifqi Bin Roslin                        -Johan
  Pertandingan Mengarang    :Nurul Syifa Binti Ahmad Laily            -Johan
  Pertandingan Mengarang    :Nurul Nafisah Binti  Mohd Rizal         -Tempat keempat
  Pertandingan Syair             :Erra Ezaty Binti Razali                        -Tempat keempat
  Pertandingan Gurindam      :NurFatihah Binti Mohd Zainullah        -Tempat keempat
  Pertandingan Bercerita       :Nur Aina Nafesha Binti Md Hussin    -Tempat kelima

Daching 9 FC Naib Juara di Padang SMK KGV

Seremban, 20 Oktober 2012 : Pasukan boleh sepak bawah 12 tahun Daching 9 FC akhrnya melakar sejarah baru apabila menjadi naib johan di Pertandingan Persahabtan bawah 12 Tahun Anjuran Prokids yang berlangsung di Padang SMK KGV. Daching 9 Fc yang dibarisi hampir sebahagiannya pemain Bawah 11 Tahun yang beraksi di Liga Super Seremban 1. Pasukan kali ini turut diperkuat beberapa pemain bawah 12 SKKD dan turut disertai 2 orang pemain import. Daching 9 FC membuka tirai pertandingan dengan menentang kleab dari Cheras, Mahkota FA. Pasukan dikejutkan dengan jaringan awal pasukan ini namun akhirnya Daching 9 menang 2-1. Kekalahan kepada kelab dari Kedah (Akademi Anak Angkat) pada perlawanan ke 4 menyebabkan harapan Daching 9 FC untuk bergelar juara musnah. Jurulatih Daching 9 FC , En Arifin Hj Ismail yang ditemui selepas pertandingan mengakui terdapat sedikit peningkatan telah ditunjukkan oleh pemain terutama yang berumur di bawah 11 tahun. Beliau berharap agar pasukan ini dapat dikekalkan kerana semakin mendapat perhatian kelab-kelab di sekitar Lembah Klang. Keputusan penuh : 1. Daching 9 FC 2 - 1 Mahkota FA 2. Daching 9 FC 1 - 0 Prokids KLIA 3. Daching 9 FC 1 - 1 Akademi Gemilang Putrajaya 4. Daching 9 FC 0 - 1 Akademi Anak Angkat Kedah 5. Daching 9 FC 5 - 0 KJF Ghome FC

Sunday, October 14

Tahniah atas tanggungjawab baharu...



Tahniah kepada Encik Shaharudin Bin Buyong yang telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan HEM dan Puan Siti Mariyam Binti Haji Othman. Kedua-dua guru ini merupakan orang lama di SK Kampong Daching dan telah mula bertugas sekitar tahun 1980-an di SK Kampong Daching. Encik Shaharudin telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Siti Mariyam pula telah dilantik menjadi guru Penolong Kanan Kokurikulum. Seseungguhnya tugas dan amanah yang dipikul itu amat berat seperti kata-kata Saidina Umar Abd Aziz, " Aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu," semasa beliau dilantik menjadi Kahlifah Bani Umaiyah. Dalam menjalankan tugas, cabaran dan dugaan pasti akan berlaku, namun apa yang paling penting "Amanah Harus Dilaksanakan". Dengan pengalaman yang ada  pastinya kedua-duanya dapat menjalankan tugas dengan baik. InsyaAllah seluruh warga SKKD akan memberi sokongan kepada mereka semasa menjalankan tugas. Mungkin kata-kata ini boleh menjadi renungan untuk kita bersama semasa menjalankan amanah sebagai seorang guru, ini berlaku ketika Khalifah Umar Al Aziz pulang ke rumah selepas perlantikan menjadi Khalifah." Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri " Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?' Beliau menjawab "Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara' (orang-orang fakir) kaum muslimin. Aku tahu mereka ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai kalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah S.A.W." TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.


Saturday, October 13

Tahniah.....Jasamu dikenang Abang Ipin


Tahniah kepada Encik Arifin Bin Haji Ismail yang telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan Ulu Beranang , Lenggeng. Beliau yang lebih dikenali dengan nama gelaran abang Ipin di kalangan guru dan abah di kalangan murid-murid telah memulakan tugas di SK Kampong Daching pada tahun 1998. Beliau yang berkelulusan Master Kesusasteraan merupakan seorang yang aktif dalam bidang sukan khasnya bola sepak dan sepak takraw. Dalam sukan bola sepak beliau mempunyai Lesen C dan pernah menjadi seorang fisioterapi dalam salah satu pasukan Liga FAM. Dalam pasukan sepak takraw pula beliau merupakan salah seorang Pengerusi Teknikal Sepak Takraw Daerah Seremban. Di sekolah pula dengan usaha serta kegigihan beliau melatih murid, Sekolah Kebangsaan Kampong Daching pernah menjadi johan dalam pertandingan sepak takraw peringkat Negeri Sembilan. Kami guru-guru SK Kampong Daching sentiada berdoa agar Abang Ipin akan sukses di sekolah baharu. DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG.

Buat Abang Ipin

Ketika tiba saat perpisahan,
janganlah kita berduka,
sebab apa yang paling kita kasihi darinya,
mungkin kan nampak,
lebih nyata dari kejauhan
seperti gunung
yang nampak lebih agung
terlihat dari padang dan dataran,
tersergam indah mata memandang.

Perpisahan bukanlah akhirnya,
dari sebuah perjalanan hidup,
Semua harus tetap berjalan,
Maafkan kami,

Jika pernah kami buat kau tersedu,
Jika pernah kami buat kau terkedu,

Atau prnah kami,
Mengawangkan kau dengan olahan kami


NuKILAN:Izam2525

Tuesday, October 9

Selamat Datang Encik Kamarul ......

Selamat datang kepada Encik Kamarul yang telah memulakan tugas di SK Kampong Daching. Semoga menjadi seorang pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.


"Sesungguhnya Allah S.W.T. suka apabila seseorang diantara kamu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh"
(Riwayat At-Tabrani).

.