Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampong Daching, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan, Malaysia

Wednesday, January 29

Jamuan Perpisahan Jasamu dikenang...

Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Puan Hajah Faizah binti Ali dan Encik Mohd Riduan Bin Mohamamad Yusof di dewan sekolah pada 27. 01. 2014 yang lalu. Majlis ini bertujuan untuk mengenang jasa kedua-dua orang ini yang telah banyak berjasa kepada sekolah. Di samping itu majlis ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk berjumpa serta mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua orang guru tersebut. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama, pengorbanan yang telah ditunjukkan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Puan Hajah Faizah yang telah memulakan tugas di SK Kampong Daching mulai 03. 06. 2008 sehingga 16. 11. 2013 yang lalu. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi guru penolong kanan kokurikulum di SK Batang Benar. Manakala Encik Mohd Riduan telah bertukar ke SK Labu Batu 10 di atas kepentingan perkhidmatan. Beliau memulakan tugas di SK Kampong Daching pada 01. 08. 2008 sehingga 01. 01. 2014. Pada sebelah petangnya satu majlis jamuan telah diadakan di Hotel Sri Malaysia, Seremban. Majlis ini telah dianjurkan oleh bilik guru yang diketuai oleh Puan Siti Fatimah Binti Wahab. Antara tetamu yang hadir ialah Encik Mazley Bin Jamaludin iaitu Pengerusi PIBG Sekolah.




Thursday, January 16

Keluarga Baharu SK Kampong Daching

Selamat datang kepada Puan Siti Zaida Binti Tohid ke SK Kampong Daching. Beliau telah memulkan tugas di SK Kampong Daching bermula pada 01. 01. 2014 yang lalu.  Mempunyai kelayakan dalam bidang pemulihan khas. Sebelum ini mengajar di SK Jalan Kuantan 2. Semoga kehadiran beliau ke sekolah ini akan dapat mencurahkan bakti  yang cemerlang untuk anak-anak Kampung Daching ini,  bak kata pepatah "di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung".

Sunday, January 5

Selamat Bertugas di Tempat Baharu

Pihak sekolah sekali lagi telah kehilangan seorang guru yang berdedikasi iaitu Cikgu Mohd Riduan Bin Mohammad Yusof yang bertukar ke sekolah SK Labu Batu 10. Beliau yang secara rasminya akan bertukar pada 02. 01. 204 akan memulakan tugas di sekolah baharu mulai 05. 01. 2014. Beliau merupakan seorang guru pemulihan yang berdedikasi serta memegang beberapa jawatan penting diperingkat jabatan. Seluruh warga sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama serta komitmen yang ditunjukkan semasa bertugas dan mendidik anak-anak Kampung Daching ini. Segala usaha beliau hanya Allah yang akan membalasnya.  Semoga komitmen yang ditunjukkan di sini akan diteruskan di sekolah baharu bak kata bidalan lama "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung". 

Friday, January 3

Tahniah atas pelantikan sebagai GPK Kokurikulum

Sekalung tahniah kepada Puan Hajah  Faizah Binti Ali guru Tahun 1 SK Kampong Daching atas pelantikan sebagai guru penolong kanan kokurikulum di SK Batang Benar yang berkuat kusa pada 16. 12. 2013 yang lalu.  Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah beliau tunjukkan sepanjang bertugas di SK Kampong Daching. Pihak sekolah telah kehilangan seorang guru yang sangat berpengalaman khasnya dalam mendidik murid tahun 1 serta seorang guru yang banyak membantu dalam aktiviti persembahan sekolah. Semoga beliau akan sukses di sekolah baharu.